Bercerai Atau Bertahan Demi Anak

Assalamualaikum semua. Saya harap sangat pihak admin dapat siarkan post ini kerana saya dalam belenggu yang sangat teruk dan perlukan nasihat dan pandangan semua disini. Semoga ada jalan keluar untuk masalah saya ini. Mohon keizinan untuk membahasakan diri sebagai aku supaya lebih dekat.

Aku telah berkahwin 7 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Bekerja sebagai executive di swasta dan gaji lebih tinggi dari suami. Perkenalan bersama suami sewaktu dia baru lepas putus cinta,kami berkawan beberapa bulan dan kahwin.

Awal perkahwinan lagi aku sudah nampak yang perkahwinan kami tidak normal seperti suami isteri lain. Suami seakan tidak mencintai aku. Kehidupan kami dari awal seperti housemate sahaja. Dia tidak sentuh aku dan tidak tergila-gilakan aku. Tapi dia bukan gay.

Pada tahun pertama kahwin, aku yang aturkan waktu yang perlu kami berhubungan intim sebab aku perlukan anak. Selepas aku mengandung dia tidak sentuh aku langsung.

Aku dapat tahu dia masih berhubung dengan bekas teman wanita dalam tempoh waktu berpantang. Aku sedih dan cuba tarik perhatian suami kembali. Tak sangka walau baru sekali aku mengandung anak kedua.

MASALAH BERMULA DISINI. Bermula tahun kedua perkahwinan hingga sekarang, kami langsung tidak berhubungan intim sehingga bertahun2. Aku ada suarakan kenapa. Dia asyik beri alasan macam2 seperti penat.

Hari makin hari.. Makan bulan.. Dan kini langsung tiada apa2 dalam setahun. Tahun 2019 sudah ke penghujung, namun untuk tahun ini sahaja kami langsung tidak berhubungan intim. Dia suami yang baik, sayang anak2 dan bantu buat kerja rumah. Namun aku tahu dia hanya bertahan sebab anak2.

Aku rasa hubungan ini lebih kepada HOUSEMATE DAN BUKAN SUAMI ISTERI. Aku hanya manusia biasa. Aku juga perlukan teman yang betul2 ikhlas cintakan aku sepenuh hati sama seperti pasangan suami isteri lain.

Bantulah aku. Perlukah aku bertahan sebab anak2 sebab mereka rapat dengan ayahnya dan masih kecil. Aku sudah tawar hati. Macam2 usaha sudah buat, minta jumpa Doktor pakar tuan, jumpa kaunselor. Tapi semua tidak bersungguh2 buat.

Aku dah penat nak bersuara. Aku dah hilang diri aku yang dulu yang manja, lemah lembut. Suami telah mencorakkan aku menjadi seorang yang berbeza dari diri aku yang sebenar.

Aku harap sangat semua dapat memberi pandangan dan nasihat sama ada wajarkah aku bercerai atau bertahan sebab anak2.

– Merpati Biru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *