Bercerai atau Bertahan? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/bercerai-atau-bertahan/).

Assalamualaikum semua. Untuk pengetahuan saya pernah confess di sini. Sebab saya tak tertahan mental dah. Terima kasih buat kakak2 yang komen bagi semangat dan nasihat. Saya hargai sangat.

Saya masih belum bercerai. Saya masih pertahankan keluarga yang saya bina. Demi anak2 saya. Sebelum ni anak bongsu saya masih baby. Hari ni da besar sikit lebih mudah saya jaga mereka.

Suami saya. Masih sama. Tiada perubahan sangat. Selepas saya confess di sini. Saya baca komen semua dan saya tabahkan diri dan kuatkan semangat untuk berusaha dengan lebih lagi.

Ada masa saya tanamkan dalam hati. Ini pengorbanan saya. Demi anak2 membesar dalam kehidupan yang punya ibu bapa.

Ada kala saya cuma paksa hati saya untuk redha. Mungkin inilah pahala saya. Walau pun ada masa saya ikhlas dan redha ada masa saya cuma paksa diri saya untuk bertahan.

Hidup saya lebih mencabar bila anak sulung saya mula bersekolah walaupun baru 5 tahun. Kenapa mencabar? Sebab saya bekerja waktu shift bukan waktu pejabat.

Suami saya juga sama. Bekerja shift tetapi berlainan kementerian. Kadang2 saya rasa tak mampu da nak lalui perkahwinan ni. Sebab penglibatan suami sangat kurang bab pengurusan rumah dan juga anak2.

Mungkin dia hebat dalam kerjaya dia. Tetapi bukan lah suami dan bapa yang hebat. Sebab dia cuma bantu bila disuruh. Setiap hari saya rasa.

Waktu saya rehat hanyalah waktu tidur saja. Bukak mata. Saya macam robot yang sudah di charge. Mulakan rutin harian saya dengan uruskan kerja2 rumah. Bersiap untuk kerja dan uruskan anak sekolah dan ke pengasuh.

Memang baru 2 orang anak. Yang saya rasa inilah maksimum kuantiti anak buat saya. Saya memang merancang kehamilan saya dengan ketat. Walaupun hubungan fizikal sangatlah kurang. Buat masa ini saja.

Sudah 2 bulan kami tak bersama. Confession sebelum ni ada cakap hilang spark semua. Saya da cuba macam cara. Merasa la jugak walau tak kerap.

Untuk 2 bulan ni pun saya ada ajak suami bersama berkali2 jugak. Tapi dia cuma cakap penat dan tidak sihat saja. Saya??

Ok jeeee. Kalo nak kita on. Tak nak tak apa lah. Nanti jawab dengan Allah. Inilah penguat semangat saya. Kerana Allah. Jika ini ujian saya. Maka saya lalui semua ni dengan usaha saya.

Cuma hari ni. Saya mental breakdown. Seminggu yang memenatkan. Sebab kerja dan uruskan anak2 sendiri. Off day pun tak rasa rehatnya. Issue yang sama.

Keadaan rumah yang tunggang langgang. Hari2 saya tinggalkan rumah tergesa2 sebab berkejar masa nak settlekan anak dan kerja. Kalau suami saya banyak bantu mungkin kerja rumah jadi ringan dan kurang. Tapi suami saya begitu juga.

Sebelum ni saya pernah cerita. Suami saya susah untuk terima teguran saya. Dari teguran yang biasa akan jadi tegang dan terus ke pergaduhan besar. Sama macam hari ni. Siap maki saya lagi.

Sebelum ni kalau dia start maki. Saya akan balas dengan makian dan bahasa yang kasar juga.

Tapi hari ni saya pandang dia dengan mata yang tak ada apa2 rasa langsung. Saya teruskan jugak bebelan saya dalam melawan penat yang tak cukup rehat sebelum saya masuk kerja malam ni.

Cuma dalam suami dengan ego ke atau cacat otak nak melenting saya tadi dia jadi diam bila saya dah sebut perkataan cerai.

Selalunya bila perkataan tu di sebut dalam pergaduhan kami tu mesti ada air mata saya. Tetapi hari ni. Setitik pun tak ada.

Mesti semua marah dan menyampah dengan diri saya kan. Masih bertahan dalam keadaan hidup yang terang2 toksik ni.

Sebab bila bergaduh saya yang akan melutut. Saya pujuk suami saya. Mintak maaf dengan dia kerana berkasar. Saya juga mintak dia mintak maaf dekat saya. Supaya hati kami masing2 dapat pulih sendiri.

Hari ni. Saya tak mintak maaf pun. Saya warning suami saja dengan tegas air muka dia berubah. Sebelum masuk kerja. Saya suruh dia mintak maaf dekat saya kerana maki saya.

Dan bagi amaran saya akan keluar rumah dan proceed untuk bercerai sekiranya setiap pergaduhan tu muncul makian dari mulut dia. Saya luahkan pada dia. Saya nk bercerai sebab saya dah penat dan tak mampu dah nak jadi org tanpa gaji dia.

Dengan hidup macam sarang tikus. Lebih baik saya hidup sendiri dengan standard saya sendiri tak payah penat2 nak uruskan kain baju dia yang bersepah2 n barang2 yang tunggang langgang. Kita berpisah tapi kita tetap perlu jadi kawan demi anak2. Jaga anak bergilir.

Buat sendiri semua benda yang selama ni diuruskn oleh saya. Saya cakap kat dia. Bila kita masih suami isteri kita akan kerap bergaduh. Dia melenting dia pun tension lagi sakit hati dengan bebelan saya. Saya pulak tak sudah2 makan hati.

Jadi berpisah tu sebenarnya jalan yang baik. Supaya kita hidup berasingan. Jaga diri sendiri tak ada istilah merajuk da. Nak jaga hati la apa la. Saya juga pesan. Tolong siapkan kerja rumah yang ada.

Sebab saya sangat2 penat.Kalau dia sayang keluarga ni masih sayang saya dan hubungan suami isteri ni. Tolong jaga saya dan rumah tangga ni.

Kalau tak.. Dah… !!!! Saya dah give up. Saya takkan menangis dan melutut lagi. Lepaskan saya habis cerita. Kemudian saya keluar rumah dengan yakin dan berani.

Apalah yang saya nak bangga sangat kan?? Tapi bagi saya. Ini adalah sesuatu yang sangat2 saya banggakan. Sebab emosi saya makin kurang. Hati saya lebih cekal.

Sama ada perkahwinan saya berkekalan atau tak. Saya juga tak pasti. Tapi saya yakin dengan diri saya. Suami saya??

Saya tak pasti dia nak rasa apa dengan saya lagi. Saya dah tak ambil peduli. Selama saya hidup dengan dia. Saya paksa diri saya untuk bertahan demi ank2. Saya rasa suami saya pula akan paksa diri dia untuk bertahan. Kerana apa?? Kerana nafkah.

Suami saya tak kan mampu untuk beri nafkah buat anak2 saya sekiranya kami bercerai. Bila saya isteri kita boleh kongsi gaji saya. Walaupun gaji isteri hak isteri.

Tapi frasa ni boleh bergaduh bermakian kalau saya sebut. Yela sebelum ni saya kan isteri yang bodoh2 gitu. Tapi bila da bercerai dan bukan isteri. Apa hak kau pulak kan.

Buat semua. Saya cuma mohon kata2 semangat. Jangan nilai saya dan downkan saya. Mohon sangat. Bantulah saya supaya saya lebih kuat.

Kalau Allah kata rezeki saya untuk hidup dengan suami sampai dia berubah lebih baik. Maka tak sia2 usaha saya. Tapi kalau Allah kata sebaliknya. At least saya mampu berdikari.

Terima kasih buat suami juga lah. Sebab selalu sangat jadi tak guna sampai saya mampu untuk buat banyak benda sendiri. Kemampuan yang dia sendiri bina kan untuk saya hidup sendiri satu hari nanti.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *