Bercerai atau Tak?

Assalamualaikum. Harap luahan aku disiarkan oleh admin. Nama aku Anis. Of course nama samaran.

Umur aku dah hampir 40an, dah berkahwin dan punya 3 orang cahayamata, semuanya perempuan. Sekarang aku tengah kandungkan anak yang ke-4.

Okay, cukupla kot intro tu. Aku teruskan pada penceritaan jela ya.

Sebenarnya sejak 4-5 tahun yang lalu, aku memang selalu sangat bergaduh dan sampai tahap minta cerai dengan suami. Atas pelbagai sebab. Perkahwinan kami tahun ni dah nak capai tahun ke-11.

Suami aku ni nak kata baik, dia memang baik. Tapi dia cuma baik dengan orang saja. Dengan aku, dia tak macam tu. Dia tak pernah hargai aku.

Dia tak pernah belikan aku hadiah harijadi, hadiah ulangtahun perkahwinan. Harijadi aku atau ulangtahun kawin pun kadang dia lupa, kadang lambat lambat saja nak ucap.

Harijadi dia aku tak pernah lupa. Terbaru aku buat surprised birthday untuk dia. Dahlah dia tak ucapkan terima kasih pun pada aku,

Kemudian dia up status dalam fb dia, dia kata terima kasih kepada bekas makwe yang sudi buat surprised pada dia. Dia anggap aku ni bekas makwe saja.

Aku marah dan sedih sampai aku screenshot dan whatsapp suami tanya, aku ni taraf bekas makwe saja ke? Kenapa tak tulis bekas isteri saja? Sedih sangat..

Okay. Kalau korang nak tahu, suami aku dah blocked aku pun dari fb. Tapi macamana aku boleh tahu status dia? Aku bukak fb dia melalui phone aku. Aku tau password dia.

Kalau jadi kat korang, korang sakit hati tak? Berderai airmata aku. Rasa terhempas jatuh.

Pasal fb, korang mesti nak tau kenapa suami aku blocked aku. Kesnya beberapa tahun lepas, kawan lama dia pm dia.

Pm tanya khabar melalui fb dan bergurau senda mesra. Padahal kawan dia tu isteri orang. Aku memang agak marah. Jadi aku pm perempuan tu dan tanya apa sebab dia cari suami aku.

Mula² perempuan tu main tarik tali. Dia dok marah aku pulak cakap aku cemburu buta la apa la. Bila aku dah mula marah², perempuan tu boleh pulak up status cerita pasal aku.

Kemuncaknya aku marah balik perempuan tu. Kemudiannya barulah perempuan tu bagitahu yang dia cari suami aku sebab nak tagih hutang lama.

Aku dengan niat nak stopkan saja hubungan diorang tu, aku pun bayarkan hutang tu. Yang peliknya masa perempuan tu mintak hutang dengan suami aku, suami aku blocked dia.

Lepas saja aku settle bayar hutang tu jumlah rm150 atau rm250 kot (lupa dah aku), terus elok saja suami aku unblocked dia.

Aku marahlah. Sampai aku up status bagai (walaupun tak directly tapi suami aku faham). Sejak tu la suami aku blocked aku. Sedih kan. Dia lagi pentingkan orang lain dari aku, isteri dia ni.

Kes lain, dia pernah mesej guna wechat dengan perempuan yang entah mana mana pun tak tahu.. siap minta gambar semua. Masa tu aku tengah mengandungkan anak kedua. Kantoi masa dia baru balik memancing.

Masa subuh aku baca dan sambil screenshot nak send ke whatsapp aku, tapi dia tersedar dan rampas phone dia dan dia delete semua mesej yang aku dah screenshot tu tanpa sempat aku send ke phone aku.

Masa gaduh tu memang aku mintak cerailah dan terjadi adegan dia tolak aku sampai patah gigi aku.

Dia mintak maaf masa tu dan dia cakap kalau aku nak report polis pun dia tak kisah. Kononnya. Pagi tu aku niat nak balik ke kampung aku tapi aku tak nak susahkan hati orang tua aku.

Penyudahnya aku hantar anak ke taska dan aku ke pejabat. Petang aku ambil anak, lepas maghrib baru aku balik. Memang banyaklah aku terima mesej dan call dari dia tapi aku ignore saja.

Aku niat nak tidur di hotel saja tapi aku takut dengan keadaan aku tengah mengandung dan dengan anak sulung aku baru umur 5 tahun masa tu.

Akhirnya aku balik ke rumah tapi aku dingin. Hinggalah beberapa hari dia pujuk aku dan janji takkan ulangi lagi. Memang setakat hari ini takde lagi dah kejadian macamtu.

Tapi, ada kes lain pulak. Untuk pengetahuan korang, suami aku ni agak jenis kurang prihatin soal hati dan perasaan aku. Aku sakit ke aku penat ke, apa sahajalah, dia tak berapa cakna dan peduli.

Pendek kata dia bukan pendengar yang baik. Tapi kalau masalah dia, aku sedia jadi pendengar dan cuba bantu dia.

Tapi dia tak berbuat yang sama pada aku. Perkara ni nampak kecik tapi sebenarnya sangat besar impak dalam hubungan kami. Lama lama benda ni jadi kudis yang tinggal parut atas luka yang lama. Pedih teramat pedih.

Kisahnya jadi bila kami sekeluarga keluar makan. Masa ni aku dah lahirkan anak ke3 kami. Anak ke3 aku tu masa tu dalam 6-7 bulan umurnya.

Masa di restoran seperti biasa dia akan makan dulu, memang dia takkan mengalah la nak biarkan aku makan dulu. Masa dia makan tu la aku handle anak kecik, sambil suap makan anak ke2.

Bila dia dah siap makan, aku pulak makan. Dia keluar bawak anak ke3 kami ke kereta, tanpa dia sedar anak ke2 kami ikut dia. Aku tengah makan dengan anak sulung aku perati saja berharap suami aku peduli pada anak ke2 kami.

Tapi tak. Dia nampak pun dia buat tak reti. Tiba² anak nak lintas dan kereta lalu. Mujur aku sempat tarik tangan anak sebab masa aku nampak tu, aku dah tak sedap hati aku terus bangun berlari ke anak.

Pendek cerita, aku cepat² makan, dan terus masuk kereta dengan anak sulung. Dalam kereta memang kami bergaduh.

Dia salahkan aku hal anak tu. Aku memang meletuplah. Aku sakit hati sangat sampai aku tolak lengan dia dan tolak badan dia sambil pukul² dia.

Kemudian tiba² dia naik angin dia tampar muka aku dan kalini memang gigi aku patah lagi, berdarah² keluar dari mulut aku.

Sampai rumah, aku terus ambik kereta dan ke hospital untuk dapatkan rawatan. Kemudian atas nasihat doktor, aku buat laporan polis.

Pukul 3 pagi aku balik ke rumah. Esoknya aku perlu berjumpa dengan pegawai polis samada nak teruskan pendakwaan atau tak. Akhirnya aku decide untuk tarik report tu.

Seriously sekarang aku menyesal aku tarik report tu.

Dia tak lagi sakitkan aku dengan tangan tapi dia memang tak pedulikan aku langsung. Dia cuma cari aku masa dia perlukan bantuan, masa dia susah dan masa dia nak bersama aku saja. Selebihnya dia buat hal dia saja.

Aku sedih. Aku kecewa. Aku marah dan memberontak. Tanpa diduga aku mengandung lagi dalam keadaan aku tak nak pun. Setiap hari aku sedih.

Aku memang disahkan ada darah tinggi sebab aku stress. Aku pernah meluah pada mak mertua tapi akhirnya aku juga dipersalahkan.

Ipar juga menangkan abang dia sebab pada pandangan mereka abang dia seorang yang baik, lemah lembut. Memang ya aku tak nafikan. Tapi macam aku tulis dari awal tadi la.. dia cuma baik dengan orang tapi bukan dengan aku..

Dulu masa aku mula mula berkahwn dengan dia, gaji dia kecik dan aku pulak masa tu terus lekat (bunting pelamin).

Segala keperluan anak, memang guna duit aku 90% daripada sebelum lahir hingga la anak tu membesar. Dia cuma bayar yuran taska anak sahaja dan top up barang dapur.

Tapi belanja rumah memang lebih 50% aku yang tanggung. Masa tu aku tak berkira sangat.

Yerla sebab aku faham situasi dia. Kerja gaji rendah, cuti saja potong gaji. Jadi aku redha ajer. Aku jugak yang pilih dia masa nak kawin dulu jadi kenapa aku mesti nak kisah kan?

Lepas beberapa tahun, dia dapat kerja lebih bagus gajinya. Aku bersyukur sangat. Masa tu kami dah beli rumah sendiri lepas 5 tahun berkahwin.

Di rumah baru inilah juga aku disahkan mengandung anak kedua. Aku happy sangat sangat. Tapi aku ingatkan dia akan cover dan bantu aku balik bila dia dah bergaji lebat sikit, rupanya tak.

Dia jadi makin berkira dengan aku. Duit bonus raya cina dia tak pernah belikan aku apa² hadiah walhal dia dapat sebulan gaji.

Duit raya pun boss dia bagi, pada awalnya boss dia bagi RM500 tiap tahun, hinggalah sekali, dia dapat RM1,000 tapi dia cakap pada aku dia cuma dapat RM500. Aku redha sahaja.

Tapi Tuhan tu Maha Penyayang, Maha Mengetahui, kejap saja kantoi resit cek aku jumpa tertera RM1000 dia masukkan cek duit raya. Allahu. Sedihnya aku. Dahlah dia menipu.

Tahun tu aku tengah mengandungkan anak ke 3. Aku ingat lagi, dia belikan aku baju raya berharga hampir RM200. Tapi dia mengungkit esoknya bila aku minta belikan sandal. Bila terkantoi macam tu, terus hati aku jadi sedih.

Allah Maha Kaya. Ditakdirkan Allah, dia diberhentikan kerja awal tahun lepas. Boss dia bagi pampasan sebulan setengah gaji dengan jaminan kerja di tempat lain.

Dia memang kerja la ditempat baru sampai sekarang. Tapi apa jadi? Jangankan bonus raya, duit raya pun takde. Duit pampasan yang dia dapat tu, aku tak merasa sesen pun.

Baru ni pkp sebulan tak bekerja, gaji dia pun dibayar separuh sahaja.

Dia ada buat kerja part time jual produk yang kira laku keras jugalah. Pada awal jualan dia punya jualan memang kencang.

Aku cuba mintak dia belikan aku sebentuk cincin pesen sekarang (tak kisahlah ketum atau apapun asalkan pesen sekarang) tapi jadi gaduh akhirnya.

Penyudahnya aku makan hati sahajalah. Sebab memang tak dapat dan takkan dapat.

Sebutlah duit morotarium, i lestari, i sinar dan sekarang i citra semua dia mohon tapi takde langsung apapun bahagian untuk aku. Kotla ada duit lebih aku mintak dia belikan sesuatu, takde dapat..

Sofa ke apa ke barang rumah nak tambah².. takde.. yang ada cuma barang² motor dia dan sekali sekala barang dan pakaian anak².. untuk aku, takde.

Sedih sangat aku rasa..

Maaflah cerita aku sangat panjang dan agak beremosi.. kadang aku cemburu tengok kebahagiaan orang lain.. orang lain walau susah, tapi suaminya mampu bahagiakan dan gembirakan isteri dia.. tapi aku?

Aku tak pernah rasa semua tu.. aku rasa hanya aku saja yang memberi tapi aku tak pernah menerima.. lebih teruk lagi aku tak dihargai walaupun cuma kata² terima kasih..

Awal tahun haritu aku dah ambil borang cerai tapi aku belum submit sebab keadaan sekarang ada belanja yang aku memang harapkan dari dia.. selain aku fikirkan anak²..

Bantu aku bagi pandangan perlu ke aku berpisah dengan dia? Aku tak tahan dah nak tanggung perasaan sedih dan kecewa saban hari.. saban tahun..

Terima kasih semua..

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *