Aku hampir bercerai, bukan kerana orang ketiga. Bukan juga kerana masalah kewangan. Tapi..
Perkahwinan ni dah menjangkau 10 tahun. Masalah yang sama berlarutan sampai sekarang. Sampai ada ketika aku rasa berpisah itu lebih baik.
Masalah apa? Masalah ego kaum isteri yang tak pernah faham masalah kaum suami. Apa? Layanan bat*n..
Yes.. Nampak remeh, tapi ni lah punca aku tak rasa bahagia.
Apa yang aku tak korbankan dalam rumahtangga ni? Nak kata isteri aku penat? Sama-sama kerja. Penat urus rumah? Sama-sama buat kerja dalam rumah ni.
Basuh baju, urus anak, mop lantai, basuh pinggan, basuh toilet semua sama-sama. Aku tak pernah biar dia seorang uruskan rumah.
Tapi aku jadi stress bila nak bersama je, tak dapat.. Alasan banyak sangat.
Aku ni lelaki normal. Dapat sekali seminggu pun aku rasa dah ok. Bukan aku nak tiap hari. Jiwa rasa tenang, kalau tak aku rasa stress. Terganggu kerja aku.
Bab masalah bat*n suami ni sebenarnya ramai hadap. Bukan aku seorang. Macam mana aku tahu? Aku baca komen-komen di media sosial bila ada Doktor yang bincang isu ni.
Satu lagi, korang ingat tak ada perempuan tiktoker yang selalu share pasal layanan bat*n isteri kepada suami tu? Ramai perempuan kecam dia sebab share benda macam tu.
Bagi aku, aku setuju je apa yang dia cakap. Cuma aku tak setuju dia buat group tele lepas tu bincang skil2 dalam tu. Kecoh juga isu ni.
Korang baca sendiri komen suami-suami dekat sana. Banyak yang bermasalah. Komen kaum isteri ada ke? Ada je.. Siap berlagak lagi, “aku tak bagi pun suami aku elok jerr”.. Nampak tak bod*h dekat situ?
Bagi aku semua lelaki sama.. Layanan bat*n sangat penting. Kau tengok kucing jantan dah la, tak dapat mengawan macam mana jadi agresif dia. Itu binatang. Yang manusia ni macam mana?
Layanan bat*n ni tak la 24 jam s*ks semata. Suami ni ada masa dia nak rasa dilayan dengan elok. Nak isteri peluk cium dia. Benda basic dalam rumah tangga. Macam mana sweet masa couple dulu, macam tu la jugak masa dah kahwin ni.
Sebab tu aku nak tanya korang. Kenapa isu-isu viral suami curang atau suami kahwin dua ni mesti dengan perempuan yang tak secantik isterinya? Jawapan simple sebab layanan berbeza, bukan sebab rupa. Korang sedar ke tak tu?
Berbalik pada kisah aku.. Jauh aku pusing cerita nak bagi korang faham. Sebab nak bagi kaum hawa faham ni bukan senang. Sebab dia rasa dia je yang betul..
Ada masa aku rasa nak bercerai, tapi fikir pula pasal anak-anak. Masalah ni effect pada kerja aku. Jadi tak tenang.
Bayangkan ada masa bil tertunggak sampai sebulan, korang nak aku buat apa? Memang stress tak boleh bincang. Aku bukan jenis baran, tapi bila jadi macam ni sentiasa rasa nak marah.
Aku tak nampak hala tuju rumah tangga, punca ini je sebenarnya.. Boleh bayangkan tak?
Ada masa nafsu mengatasi akal, aku pun hampir terjebak nak langgan perempuan. Benda hujung jari je.. Bayar RM230-RM300 dah boleh dapat. Nak apa? Thai? Indon? Vietnam? Sampai ke tahap ni tau.
Cuma aku masih terfikir panjang. Iman masih ada. Aku takut bila terlalu lama, aku boleh terjebak dalam dunia ni..
Cuba para isteri semua check. Cukup tak layanan kepada suami.. Bila last bersama? Dah berapa kali tolak ajakan suami? Berapa banyak bagi alasan? Pernah tanya suami cukup tak layanan korang bagi?
Sekian,
– Suami tersakiti. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Berbincanglah dengan isteri dan luahkan apa yg awak perlukan. Kalau dia beri berbagai alasan cuba2 awak tazkirahkan hak suami dari segi batin yang isteri perlu patuhi. Kalau degil juga minta izin kawin lagi supaya ada isteri yang boleh beri keperluan suami dari segi batin secara halal. Awak jgn memendam rasa dan dapatkan hak awak. Tengok gelabah tak dia.
Bagus lah awak ni, nak buat dengan isteri sendiri cara halal tapi tulah, ni pulak ujian awak.
Setuju dgn komen isteri Bahagia. Bawa bincang. kalau bole, bgtahu isteri, sebiji2 apa yg u tulis dlm confession ni. Luahkan waktu dating berdua tnpa anak2. bagitahu jg kesan bila xlayan batin suami. semoga dipermudahkan urusan.
Mslh aku lak .somi aku lak mcm isteri tt ni… Aku dh kawin 17 tahun..anak dah 3.. suami aku baik serba serbi .kerja rumah semua buat tip top..bantu aku..aku happy wife dan paling bahagia.. tp kekurangan dia… Dia x perform sgt kt bed..
Aku? Aku pernah minta pisah ngan dia.. aku bukan nk wang ringgit dr dia.. aku just nk ksih syg dia, nk manja dr dia.., nk layanan batin dr dia
Sma lah kita tt… Baik lelaki atau perempuan masalah batin ni mmg akan buat rumahtangga goyah tau
Apa aku buat?.. nnt aku bls confension juga..tgok la klau rajin 🤣🤣🤣
Cuba duduk berdua dan luah tentang ni. Tanya apa masalah dia.
Adakah sebab dia ada ambil perancang keluarga jadi nafsu pun tak ada? Ramai tau perempuan lepas bersalin bila ambil perancang jadi kacau hormon. Hormon nafsu tu sampai hilang tak ada langsung. Tapi benda ni kena bincang sama2 isteri, dgr luahan dia dan punca.
Semoga rumah tangga kembali berseri dan bahagia.
*Reply to İsteri Bahagia*
Nak bincang apa, orang lelaki ni pemikıran tak sama macam perempuan. Dah tentu sebelum confess, penulis dah berbincang suami isteri. Tapi tulah, benda ni tak boleh dengar sebelah pihak je. Boleh jadi si isteri dah tawar hati atau takde mood sebab penat kerja, layan anak apa semua. Tapi kalau betul, kalau kahwin semata mata seks baik kahwin lain atau baik takyah kahwin.
Confront dengan wife u soal hubungan seks dalam rumah tangga u berdua. U nilai response dan jawapan dia.
If jawapan yg u terima tak masuk akal, you ckp terus terang option you. Samaada nak berkahwin lain atau bercerai termasuk dlm pilihan u, just bincang. See how she gonna respond.
If ur wife bitter dan ada masalah, you kena bertegas dptkan hak u.