Bercerai, Pilihan atau Takdir

Assalamualaikum…. Salam Ramadan Mubarak.

Tajuk ni saya tulis kerana terkesan dengan kes tiga artis yang kes mereka disebut di Mahkamah Syariah di bulan Ramadan ini…

Maaf, kes artis… Macam banyak sangat masa tengok hal orang sedangkan masa untuk pembangunan diri dan peningkatan ibadah masih tidak menggalakkan…

Sedih sendiri tak kuat nak rebut pahala berganda dengan banyak solat, sedekah dan baca Quran… Sedih tu dah jadi jiwa saya…

Saya adalah seorang yang mudah terasa dan sering bersedih sejak kecil hingga dewasa… Sehingga beli buku ‘La Tahzan’ dan ‘How to being Happy’.

Banyak dengar baca dan ikuti motivasi pun tak membantu sangat melainkan diri betul betul tekad nak berubah…

Tapi saya suka juga dengan kemampuan menangis dengan sangat mendalam sedih menyesal kerana ujian hidup…

Jika saya menangis kerana insaf dan mengharap rahmat Allah selepas itu saya dapat rasakan ketenangan dan keceriaan hidup… Allah Maha Mendengar…

Antara perkara yang pernah buat saya nangis sangat masa saya begitu tekad minta diceraikan… Kami sangat banyak masalah.

Setelah saya hitung ternyata negatif lebih dari positif jadi selepas mohon petunjuk saya mohon dilepaskan dengan baik.

Waktu tu tahun PKP dan nak raya, boleh rentas daerah suami ajak balik raya rumah keluarga nya… Saya dah tawar hati sakit hati makan hati, malas nak hadap lagi kesedihan.

Tak mahu dah balik kampung dia sebab dipulaukan dihina diketawakan kerana kekurangan tertentu atau kerana diri sendiri rasa rendah diri bila terbanding kelebihan orang lain..

Saya cakap baik dengannya… Jika sayang saya lepaskan saya… Saya sebut semua benda yang saya tak suka. Dia diam dulu.

Kemudian dia berbicara, dia kata dia dah redakan isterinya ini hujung rambut hingga hujung kaki.. halal makan minum.. maafkan semua dosa…

Kemudian dia sebut tarikh nama dan lafas ceraikan saya dengan talak satu. Saya terkesima. Saya lega…

Sebelum tu saya pegang tangannya menangis bersungguh antaranya kata tolonglah abang jaga ibu ayah tu baik baik, saya tak mampu nak jadi menantu yang baik..

Bila dah lafas cerai tu saya cepat lepaskan tangannya…

Rasa kami dah tak boleh bersentuhan… Sedangkan malam sebelum dah selesai setubuh terakhir dengan hati yang hambar.

Ini yang saya nak saya syukur. Tapi dia sebenarnya tak gembira sebab anak dengan saya…

Saya tak buat tuntutan hadanah sebab tak ada keperluan tapi saya berkeras je kata anak saya jaga ikut cara saya.

Awak buatlah anak lain.. ada sebab saya tak lepaskan anak padanya.. anak perempuan dan dia kaki perempuan..

Saya sangat sabar sebab dalam edah saya masih sebumbung dengan bekas suami berlainan bilik…

Bayangkan dia suruh saya siapkan sarapan saya kata pergilah makan di kedai… Rasa macam dah lepas tanggung jawab nak layan dia.

Bila sebutan kes lafas cerai di Mahkamah Syariah, hakim wanita tanya punca bercerai pada suami. Lantang dia kata tak suka saya.

Sedangkan saya yang berkali minta cerai kerana banyak salah dia termasuk tak bertanggungjawab dan culas nafkah. Saya kelu, hakim tak tanya saya sebab terus kata kes ni sah.

Malu waktu ni macam tak ada maruah. Dia berlalu je dan tak urus apa apa dokuman, seratus peratus saya. Nampak tak sikap tak bertanggungjawab tu.. waktu kes ni, saya pergi sendiri dan suami datang seorang.

Tiada keluarga menemani. Banyak hari baru ada keluarga yang tahu melain ibu bapa saya memang sangat ambil berat diri saya dan cucu. Syurga buatmu mak.ayah..

Ada yang kata sebab PKP ramai yang bercerai kerana tertekan. Saya bercerai bukan sebab PKP tapi sebab sikap buruk dia yang dah bertahun.

Saya cuba bersabar bertahun, bukan kes kecil terus nak bercerai. Saya percaya mereka yang bercerai kerana kes berat dan itu adalah takdir.

Takdir yang tersurat dari awal dah timbul krisis… Ada hikmahnya. Cantik Allah susun… Lihatlah berapa ramai artis yang pernah bercerai bina hidup baru yang lebih baik…

Artis juga yang saya follow… Jiwa suka hiburan… Moga saya lebih tawaduk dan tahajud… Moga anak saya membesar dengan bahagia dan berjaya..

Tipulah tak sayang bekas suami… Tetiba dia muncul dalam mimpi malam tadi… Entahlah apa petanda… Sayang walau ada benci. Maaf walau pernah tersakiti…

Masih cuba berdamai demi anak tapi bersama cukuplah dia sekadar insan yang hadir memberi kasih dan kecewa untuk merasai perjalanan pengalaman hidup sebagai pengajaran.

Ada kawan, sedara yang bila tahu saya bercerai menangis… Saya terharu. Mereka sayang saya. Mereka suruh saya kuat, InshaAllah.

Saya percaya ramai pasangan baik dan bahagia di luar sana… Kisah saya sekadar di pinggiran… Kisah kita mungkin berbeza, kerana rupa juga berbeza, namun mungkin ada ikhtibar dan kekuatan tersendiri.

Hidup ini perjuangan, hidup ini sementara, semoga diberkati dengan mengingati Ilahi..

Maaf, terima kasih..

– Mawar Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *