Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca pembaca.
Cerita ini mengenai remuknya hati apabila bercinta bagai nak rak, akhirnye si dia memilih untuk berkahwin dengan pilihan keluarga.
Aku dan M mula berkenalan ditempat kerja. M mula mula meminta no telefonku dan kemudian hubungan kami semakin rapat.
Tetapi selepas 4 bulan berkenalan, aku kemudian ditugaskan ke negeri seberang untuk berkerja dan hubungan jarak jauh kami pun bermula dari situ.
M banyak kali mengajak untuk mengahwini dia dan ikut berpindah dengannya. M memang sangat jujur dengan aku.
Aku bukannya tak mahu kahwin, umur pun da menjejak 30 -an, tetapi aku masih terikat dengan komitmen keluarga (kesihatan ayah, adik adik masih bersekolah, hutang belajar).
Aku minta diberi masa untuk memberikan keselesaan kepada keluarga aku dan M ketika itu setuju sahaja dengan permintaan ku.
Tapi tak beberapa hari M asyik memaksa, takut tua, takut umur tak panjang dan takut aku mandul.
Ketika itu keluarga ku sibuk dengan persiapan perkahwinan abang. Abang pun terpaksa berhadapan dengan banyak dugaan sebelum dapat berkahwin. Aku tak mahu mengganggu hari bahagianya.
Aku janji mahu bawa jumpa keluarga ku selepas selesai urusan perkahwinan abang.
Malangnya kes covid semakin meningkat. Aku sebagai pekerja barisan hadapan dibekukan cuti dan diminta fokus dengan situasi diseberang. Aku pasrah terpaksa tangguhkan perjumpaan keluarga.
M masih menaruh harapan. Setiap kali bercakap melalui telefon M berkali kali cakap mahu berkahwin hatta kahwin lari pun.
Aku rimas, sudahla berhadapan dengan beban kerja yang meningkat, kesihatan ahli keluarga pula semakin merosot dan adik terpaksa berhenti belajar ketika itu.
Aku stress, setiap malam menangis sendiri mengenangkan nasib aku tidak dapat balik untuk menjaga ahli keluarga sendiri.
Kemudian hubunganku dengan M makin renggang. Sehinggalah aku terima mesej whatsapp yang M tengah keliru.
Ayah M sudah merisik S untuk dikahwini. Konon, M masih sayangkan aku tapi gadis tu adalah impian M selama ini.
M beritahu aku memang dari dulu dia mengidamkan percintaan selepas berkahwin. Tidak seperti aku yang asyik menangguhkan perbincangan perkahwinan.
Urusan untuk berkahwin dengan S sangat dipermudahkan jadi M menganggap jodohnya lebih baik bersama S.
Aku tahu ketika itu, M bukan keliru, M mahu minta putus tetapi terlalu pengecut sehingga aku terpaksa membuat keputusan untuk memutuskan hubungan selama 3 tahun.
Bodohnya rasa diri ini setia dengan M. Rupanya selama ini apabila aku meminta masa, M hanya setuju padahal hatinya tak rela.
Selapas 7 bulan putus, M berkahwin dengan S. Gembira sangat muka M. Kadang kadang rasa hati remuk tengok kebahagiaan orang yang pernah kau sayang. Lihat muka S bahagia berselfie dengan M.
Mungkin S tidak tahu menahu tentang aku. Membara bara api kemarahan dan rasa dikhianati. Sehingga rasa mahu menghantar mesej kepada S masa tu dan beritahu tentang M.
Mahu saja menyalahkan S menjadi punca hati aku sakit, mental aku terseksa. Aku geram, diriku ini seakan akan sebuah patung tiada perasaan, dibuang terus.
Aku membuat keputusan untuk mengelilingi diri aku dengan kawan kawan yang selalu menasihati aku. Beristighfar.
Kadang kala aku menyalahkan diri memilih keluarga, memilih kerjayaku. Mungkin semua ini salahku. Mungkin semuanya salah M terlalu pengecut dan tiada pendirian.
Atau memang tidak tertulis jodoh kami.
Susahnya mendidik hati supaya redha. Harap ada hikmah di sebalik semua ini. Doakan supaya aku kuat melalui ujian ini dan ujian Covid-19 ini berakhir untuk kita semua. InsyaAllah.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit