Assalamualaikum semua.. terima kasih admin kalau sudi siarkan confession saya.
Bercinta dengan Al-Quran.. macam mana nak bercinta dengan Al-Quran?
Sebelum tu sedikit sebanyak tentang saya, umur mid 20s, selain single hot and available, saya ni wanita biasa-biasa aje. Bukan jenis tudung labuh, apatah lagi pakaiaan labuh-labuh.
Tapi semenjak bercinta dengan Al-Quran, saya sungguh-sungguh nak perbaiki iman, nak perbaiki akhlak dan semua-semua sekali, sikit-sikit saya nak perbaiki.. mohon doakan semua ya..
So berbalik kepada main point, macam mana nak bercinta dengan Al-Quran? Bercinta sampai rasa nak lagi, lagi, lagi, lagi, lagi… Macam mana?
Saya kongsikan journey saya dan mungkin boleh jadi panduan untuk anda yang masih tercari-cari cinta pada Al-Quran..
1. Baca terjemahan Al-Quran. Setiap kali lepas baca Al-Quran saya akan baca terjemahan.
Lepas tu, mohon tandakan ayat2 kegemaran kita dengan sticker warna-warni ke highlight ke atau just guna pen buat bintang.
Saya siap bahagikan sticker kuning untuk ayat2 pujukan Allah. Kisah2 nabi sticker oren, ayat2 suruhan sticker biru, ayat2 azab sticker hijau. Ini cadangan, sekarang saya guna pen je buat bintang.
2. Bila dah 2-3 kali khatam terjemahan semua ayat2 yang dekat dengan jiwa, saya catit dalam buku nota. Ayat yang kita tanda tu la.
Kebanyakkan ayat kegemaran saya adalah ayat reminder/pujukan dari Allah.
Contoh ayat fav saya: ayat Allah cakap, Allah akan makbulkan doa kita, setiap kesusahan ada kemudahan, pahala sekecil zarah pun akan dihitung, dunia ni sementara.
Sikit2 saya catit dalam buku nota bila berkelapangan. Malas tu memang la. Tapi lama2, bila sedih atau stress atau tak boleh tidur, saya akan buka buku nota ni and baca semua ayat kegemaran ni..
Entahlah magic apa.. tenang balik jiwa. So saya paksa diri untuk catit sebab ini merupakan sumber healing jiwa saya..
Cara catit ayat kegemaran ni saya belajar dalam Kelas Cinta Al-Quran bersama Pn Cahaya Norhaini Sulaiman. Boleh follow beliau.
3. Bila dah rajin baca terjemahan, saya nak kenal lagi Al-Quran yang kita maklum sebagai penawar, petunjuk dan semua2.. macam mana boleh jadi penawar, petunjuk semua ni?
Bila kita tadabbur. Apa maksud tadabbur?
Secara mudah, tadabbur kita carik sampai dalam apa maksud yang nak disampaikan. Bukan berhenti setakat baca terjemahan.
Contoh, surah Al-Fatihah.
Hari2 kita baca tunjukkan lah kami jalan yang lurus. Apa maksud jalan lurus?
Tengok ayat seterusnya, jalan yang Engkau berikan nikmat kepada mereka. So siapa mereka ni? Haa inilah yang kita nak tahu.
Bukan jalan orang yang Engkau murkai. Siapa yang dimurkai Allah sampai kita sebut tiap rakaat ni? Iaitu orang yahudi. Jangan rasa selamat Allah kecam orang Yahudi, tapi ambil tahu, kenapa Allah murka?
Rupa-rupanya mereka adalah golongan berilmu tapi tak beramal! Mereka tahu tapi tak buat! Ada tak ciri2 ni dalam kita? :'(
Itu ayat kecaman. Tengok ayat2 cinta Allah dalam surah Al-Fatihah. Nama Allah yang disebut antaranya AlRahman dan Al-Rahim. Kenapa dua nama ni instead of lain2 nama Allah yang lain?
Both nama ni berasal dari perkataan rahmat. Ringkasnya, AlRahman ni, Allah bagi nikmat. Kita nak Allah bagi, Allah bagi, tapi kalau sampai kita lupa leka dengan nikmat Allah, siaplah kita. Jangan sampai nikmat Allah ni membuatkan kita jauh dariNya.
Kalau AlRahim pulak Allah bagi ‘musibah’. Musibah ni kita je rasa musibah… Sedangkan setiap sesuatu yang kita rasa ‘buruk’ itu adalah sebenarnya rahmat Allah nak tarik kita bagi dekat dengan Dia balik.
Cuma kita kena sabar, dan bertindak mengikut panduan dalam Al-Quran sampai kita mampu nampak hikmah setiap sesuatu berlaku…
Dua insan terhormat kegemaran saya bab tadabbur ini adalah Dr Sholihah Kaswari dan Ustaz Syaari Ab Rahman.
Saya recommend 100% untuk follow mereka. Mereka cuma medium sampaikan makna Al-Quran kepada kita, tapi asbab mereka terangkan mukjizat kalam Allah ni la kita nampak, rupany2 banyaknya panduan dan tips hidup di dunia ni! Terima kasih Ustaz Ustazah.
Bukak IG/Fb mereka. Dengar je live/video mereka. Banyak yang percuma walau ada yang berbayar.
Percayalah kalau kita dah cinta ayat2 Al-Quran ni, nanti nak pergi kelas tadabbur, kita akan sanggup spend duit, bercinta kan? Kita tak rasa berkira nak spend duit sebab kita sayang.. sebab kita nak dia dekat dengan kita.. (saya assume la rasa bercinta macam ni, tak pernah bercinta lagi).
4. Okay, last point nak pilih surah apa untuk tadabbur sebab banyak kan?
Saya pilih dengan surah yang saya biasa baca. Surah Al-Fatihah, 3qul. Almulk, alKahfi, Alwaqiah.. surah Yusof dan baru berjinak2 dengan ayat2 surah lain.
Percayalah, tak perlu nak tadabbur satu surah albaqarah pun nak faham. Kadang2, satu perkataan tu pun bila kita tadabbur deep dia tu, Allah je tahu.. sikit2 kita upgrade ilmu dan amalan..
Bila orang kata kalau depress baca Al-Quran tu, bukan setakat baca, kita cuba faham, beriman dan beramal dengan ayat2 Allah.. contoh sedekah, buat baik, memaafkan orang lain, sabar..
Ini lah rahsia penawarnya.. rahsia kita berlapang dada dan tenang dengan ujian hidup.. bab ni pandangan peribadi saya je tau… saya bukan depression fighter. Saya cuma lawan dengan diri sendiri supaya tak di diagnose dengan depression..
Banyak nak cerita tapi cukupla sampai sini. Terima kasih yang baca sampai ke habis.
Saya tengah sedih. Iman down. Nak pegang Al-Quran tengah datang bulan, nak baca terjemahan malas, nak dengar video malas.. benda ni selalu jadi.. saya assume bercinta memang macam ni kot kan. Ada up and down..
Semoga saya diberi kekuatan untuk terus bercinta dengan Al-Quran..
Mudah-mudahan anda semua juga.. semoga hati anda didekatkan dengan kalam Allah. Diberi petunjuk, diberi kekuatan untuk bercinta dengan Al-Quran dan mendapat manfaat, syafaat, berkat dari kalam Allah ini..
Salam Nuzul Quran.
– CS (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit