Bercinta Dengan Isteri Orang

Aku Roy (bukan nama sebenar) dan gf aku paling aku sayang nama dia Ekin (bukan nama sebenar)

Aku kenal Ekin ni dari 2021. Aku sayang dia sangat tapi itulah, aku memang tak boleh kawen dengan dia pasal dia isteri orang.

Anak Ekin ada dua, sorang tu baru lepas spm. Laki dia hensem, putih, muka chinese look, ada bisnes import export. Jauh beza dengan aku yang hidup harapkan Ekin ni belanja.

Iphone 16 aku pun Ekin belikan, makan kedai mana-mana Ekin bayar. Harap gaji aku mana cukup.

Aku ada satu kereta brand M yang entry level punya. Dapat beli pun Ekin banyak tolong, duit dia dapat dari duit belanja suami dia bagi.

Nak harap aku, hm aku ni duduk dengan mak lagi walaupun umur dah nak isyak.

Macam biasa, dah hidup aku sempurna, ramai pulak musuh. Ramai tak puas hati dengan aku dengan Ekin.

Aku ni bergaduh lah dengan kawan kerja aku dekat kilang. Perempuan pula tu.

Aku rasa dorang syok dekat aku tapi aku tak layan. Yelah, masing-masing dengki dekat Ekin kerana bercinta dengan aku yang hensem ni.

Bagi aku Ekin sangat cantik tapi aku syak dorang ejek dia muka macam bapuk walaupun aku tak pernah dengar dorang cakap. Mahu aku tak bengang gila. Aku makikan dorang habis-habis.

Aku sakit hati betul, dorang cakap aku jantan perangai macam pondan mulut jahat tiba-tiba serang orang tanpa sebab..

Dan mereka cakap lelaki lemah je gaduh dengan perempuan. Aku sakit hati betul sampai sekarang.

Lepas tu sekarang dorang tahu Ekin ni siapa, mereka macam ada bunyi ugutan nak bagitahu suami Ekin.

Suami Ekin tu garang, dulu dia pernah report polis pasal aku kacau bini dia dan aku tak nak lah perempuan ni bagitahu laki dia.

Tapi, kalau laki Ekin dapat tahu akibat dari mulut perempuan tu, apa patut aku buat. Boleh saman kan.

Aku buntu, harap tolong bagi pendapat bernas.

– Roy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Haihh bangg, kau tu patutnya sedar diri dengan siapa kau bercinta.. semoga ofismate kau bagitahu dekat suami Ekin sebab korang dua dah bebal.. lepastu, kau ponn seronok ada perempuan bela biawak macam kau.. pupus jelaa jantan macam ni, bini orang gak nak pilih.. merosakkan rumah tangga orang..

  2. Netizen cakap rekaan tu tak pernah berhadapan ke bini org curang dengan laki miskin? Semua demi nafsu.

    Sebijik orang aku kenal perangai gini. Geli siot

  3. Semua sebab HAWA NAFSU semata2.
    Fikirlah masak2..ekin isteri org.
    Kau sengaja menempah bala kan.

    Jgn smpai jd kes mayat ko kena campak dlm gaung lepas dicencang2 sudahlah.Igt la manusia zmn skrg sanggup buat apa je..lg2 suami ekin berduit anytime blh upah org bunoh ko senyapkan ko dari dunia ni
    Ekn pon isteri terlaknat sebab menduakan suami.Elok dua2 korg ni go to hell

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *