Bercinta Dengan Suami Orang

Aku Eka. Sejak dari zaman belajar lagi aku diuji memiliki kekasih iaitu suami orang.

Sebenarnya lebih dari 5 kali aku bercinta dengan suami orang. Yang aku sudah lali & hafal akan pengakhirannya bagaimana.

Aku akui aku salah. Sepatutnya dari awal aku menghindari. Aku sedar. Tetapi aku begitu lemah.

Penyayang, ambil berat mereka melebihi segalanya. Tidak sama seperti ketika aku bercinta dengan orang bujang. Sangat sangat tidak sama.

Aku pernah bercinta dengan orang bujang. Dan kesetiaan aku di balas dengan kecurangan.

Ketika aku kuat berikan semangat kepada bekas kekasih “frontliner” aku pada waktu pandemik covid melanda teruk, konon risau dia bertugas di Sabah jauh di sana.

Yala benda tengah sayang, akhirnya dibalas dengan kecurangan di belakang. Yang membuatkan ku serik untuk bercinta lagi.

Tidak mengapa aku redha & terima. Sudah tiada jodoh. Mereka2 itu pun sudah berkahwin.

Cuma apa yang aku nak kongsikan di sini, adalah sebenarnya rasa bersalah terlampau pada isteri isteri yang pernah aku “curi” seketika takhta mereka sebagai seorang isteri. Walaupun telah berlalu.

Kerana aku pernah melihat, betapa keluarga mereka terlalu sempurna dan bahagia.

Tidak sedikitpun aku rasa cemburu, malah terlalu rasa bersalah kerana ku adalah punca bakal keretakan rumah tangga orang. Sudah dikurniakan anak yang comel pula.

Sepanjang semua perkenalan sebelum ini bersama suami orang, tidak mereka ajak aku pun ke tahap yang seperti tidur bersama & lain lain.

Tidak. Kami berjumpa seperti biasa, makan ada sesekali tengok wayang lepas tu dihantar pulang. Kemudian mengulanginya.

Aku pernah buka IG / FB isteri mereka, ku tatap gambar isteri & anak anak mereka, jelas terpancar cantiknya isteri mereka, comelnya anak anak.

Apa yang kurang mereka ini? Sedangkan aku pun ada kekurangan.

Dan pernah aku juga terfikir, sekarang aku buat begini pada mereka, tak mustahil benda itu akan terjadi padaku lagi seperti sakitnya dicurangi ketika aku bercinta dengan orang bujang.

Dan aku pasti sakit itu akan lebih kerana ketika itu aku idup didalam satu rumah, tidur pula sebantal. Hmm. Maafkan aku. Aku hanyut. Aku tak fikir apa.

Selepas berlaku kantoi aku bercinta dengan suami mereka, satu per satu isteri mereka “contact” aku & menasihati, ada juga yang beri amaran terselit dengan nasihat.

Mereka baik, kerana tidak langsung mencaci maki malah bermula ucapan “Assalamualaikum” kepadaku.

Kami berborak panjang walaupun sekadar di whatsapp, dan akhirkan ucapanku dengan meminta maaf & aku mohon dimaafkan.

Alhamdulillah satu per satu dari mereka nyatakan mereka memaafkan tetapi jangan hadir atau ganggu suami mereka lagi.

Tetapi dari sudut hati, aku tahu mereka terluka, hati sudah pun tawar, sudah tidak mula mempercayai suami mereka.

Sebenarnya tiada guna pun mengambil atau merampas suami orang. Masa kita bersama mereka pula suntuk. Hanya ada masa tertentu saja boleh berchatting.

Keluar pula bukan pada hari cuti, jumpa sorok sorok. Itu hanya keseronokan yang berakhir dengan kekesalan.

Kerana percaya lah, sebaik saja perkara itu kantoi, kita akan ditinggalkan begitu sahaja oleh “suami orang” ini.

Sedang mereka? Pulang dan kembali kepangkuan si isteri & sedaya upaya memujuk isteri mereka. Mereka sudah bahagia, disini pula derita.

Janganlah, kerana aku pernah menanggung peritnya rindu akan orang yang bukan milik aku.

Dan kini hampir 3 tahun aku membujang. Aku sibukkan diri dengan kerja, aku cuba & kuat untuk tidak melayan walaupun ada saja yang “mesengger” di fb, “replied” story aku di mesengger.

Bila tengok profile hmm sudah pun punya isteri. Aku cuba kuat. Aku tidak ingin mengulangi.

Tolong doakan aku kuat. Aku pasti, setiap orang Allah pasti kurniakan jodoh yang terbaik.

Sungguh aku siap apa yang akan terjadi padaku jika suatu hari suami ku curang dibelakangku, kerana itu lah pembalasan dosa yang pernah aku lakukan iaitu menyakiti kaumku sendiri.

Namun, aku cuba doa yang terbaik untuk diriku & masa hadapanku. Maafkan aku.

Sudah lumrahnya insan,

Tak lepas kesilapan,

Maafkan dosaku,

Lupakan detik hitam,

Sejarah yang berlalu,

Jadikan pengajaran,

Menuju bahagia idaman…..

– Eka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *