Terdetik dihati untuk membaca tentang kisah-kisah yang biasa berlaku dalam realiti. Sebenarnya macam ni saya pernah terjebak dalam situasi yang sama.
Bermula dari hari pertama saya bekerja disebuah company retail.
Saya harapkan suasana bekerja yang saya harapkan selama ini. Ye betul bekerja dengan suasana rakan dan majikan yang sangat prihatin dan saling tolong menolong.
Sampailah suatu hari saya masuk kerja diwaktu shif pagi saya terserempak dengan salah seorang ketua department yang dikatakan adalah suami orang.
Dari awal saya masuk memang saya tahu yang dia suami orang.
Tapi siapa sangka dengan sikap saya yang kurang mesra alam akhirnya berjaya dilembutkan.
Dia selalu ambil tahu tentang saya. Pukul berapa shif saya semuanya dia cuba ambil tahu. Muka saya pucat pun dia nak tegur.
Pada mula saya tak ambil kisah langsung tentang itu. Bila bertegur hanya ingin bercakap mengenai kerja sahaja.
Sampai lah saya diberi latihan untuk ke jawatan yang seterusnya.
Bermula dari situ dia mula untuk meminta nombor telefon, tapi saya hanya berdiam diri tanpa menjawab sepatah kata.
Saya malu dan saya tahu yang dia suami orang. Sehingga la supervisor saya meletakkan saya di dalam group whatsapp dari situ dia mula dapat nombor telefon saya.
Dalam group whatsapp untuk orang yang penting di dalam company sahaja yang ada list dalam group tersebut.
Saya mula kurang senang dengan cara dia tapi lama kelamaan dia makin kerap menegur saya tanpa disangka.
Orang kata bila benci lama-lama akan jatuh sayang. Tapi saya tak pernah ada benci atau pun perasaan masa itu.
Sikit demi sedikit dia mula mendekati saya tanpa saya jangka yang akhirnya saya makin rapat dengan dia. Walaupun suami orang, masa itu saya sedar ia satu kesilapan.
Tapi saya tak mampu untuk mengelak atau pun menjauhkan diri dari dia. Sebelum kami rapat saya banyak korek cerita tentang dia dari sahabat karibnya sendiri.
Dan saya tak tahu apa punca yang menjadikan dia nekad untuk mendekati saya.
Sebenarnya saya dah kalah dengan kata-katanya setiap kali dia chat saya melalui whatsapp. Hanya itu jalan dia untuk berhubung dengan saya.
Bila ada waktu dia ajak jumpa ditempat yang takkan ada sesiapa yang tahu. Cuma dia dan saya. Dia harapkan yang dia boleh memiliki saya.
Tapi saya tahu itu bukan niat yang sebenarnya. Sedangkan dia dah pun miliki segalanya. Keluarga yang menyayangi dia tapi saya yang hanyut dengan kata-kata dia semata-mata.
Betul dia sangat sweet talker. Bila kata pada dia, jawapan dia pada saya hanya pada saya seorang.
Kadang saya cuba elak dari dia. Bila dia rasa saya cuba mengelak dari dia. Dia akan muncul di depan saya dengan wajah yang buatkan saya tak mampu untuk buang perasaan saya terhadap dia.
Hanya dengan pandangan mata sahaja sudah cukup untuk buat saya lemah.
Dulu saya mengharapkan pasangan saya seperti dia. Tapi Allah takdirkan saya lelaki yang saya tidak jangka.
Saya mula menjauhkan diri pada dia bila saya sedar yang saya bakal menjadi isteri kepada pasangan saya. Dan akhirnya saya bernikah kepada lelaki yang mencintai saya.
Selepas saya bernikah, dia masih tetap berharap yang hubungan itu berterusan. And yes masih lagi dia menghubungi saya hanya ditempat kerja.
Saya tak tahu kenapa saya tak mampu untuk buang segala rasa yang ada.
Sehingga satu tahap yang saya akur dan saya mula sedar yang saya adalah seorang isteri. Dan terfikir sekiranya saya melakukan kecurangan suatu hari nanti saya akan terima hal sama.
Allah mula bukakan hati saya dan saya mula rasa yang hati saya sudah hilang rasa pada dia. Saya hanya merasakan hati saya hanya untuk lelaki yang bergelar suami.
Sampai suatu saat saya mula kurang membalas chat dari dia. Setiap kali bertembung saya kurang berbual dengan dia. Dan dia mula sedar yang saya menjauhkan diri dari dia.
Dan sehingga satu hari dia meminta untuk bertemu di tempat rahsia kami setiap kali bertemu.
Dia bertanya pada saya yang dia ternampak surat perletakkan jawatan saya dibilik HR sewaktu dia bertemu HR,
Saya hanya berdalih tapi dia berharap yang saya akan jujur dan dari haritu dia sedar yang saya akan terus menjauh dari dia.
Siapa sangkakan wanita yang dia “mencintai dan menyayangi” akan melangkah pergi meninggalkan dia.
Saya tahu itu tidak penting baginya sekiranya saya angkat kaki dari situ. Entah kenapa hati saya yang pedih bila hari terakhir saya berada di company tersebut.
Saya hanya kata pada hati saya yang saya buat keputusan yang betul. Saya undur diri bukan kerana situasi kerja tapi kerana cinta yang bukan milik kita.
Sekurangnya saya dapat menyelamat dua masjid. Saya tak minta semua ini berlaku dan saya tahu ia satu kesilapan bukan kebetulan.
– Ayra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit