Hi aku Ayu. Aku di awal 30 an. Aku nak bercinta pengalaman aku, bercinta dengan ubat.
5 tahun lepas, setelah mengalami beberapa fasa frustation dalam kehidupan, aku telah di diagnos menghidapi MDD dan Adjustment Disorder.
Aku putus tunang, diberhentikan kerja, SPA aku tak pernah dapat (ini adalah harapan kedua ibu bapa aku), kehilangan adik lelaki aku dalam kemalangan.
MDD kerana aku terlalu sedih dengan apa yang terjadi dalan hidup aku. Adjustment disorder kerana aku dah takboleh cope dan tak tahu untuk buat apa selepas semua benda berlaku serentak.
Fasa pertama aku sedar diri aku tidak sihat, aku mula ada auditory hallucination. Aku dengar suara adik aku. Aku dengar nama aku dipanggil interview kerja. Aku dengar perkara yang aku nak dengar, padahal tidak ada.
Jangan kata aku tidak cari Tuhan. Malam sebelum aku serah diri ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental GH berhampiran aku, aku solat isyak hampir 30 rakaat.
Kenapa? Aku nak Tuhan ada dengan aku. Aku nak ada dengan Tuhan. Betapa terdesaknya aku masa tu.
Bermulalah kisah aku dan ubat.
Aku dapat ubat. Aku makan ubat. 4 tahun aku makan ubat. Diazepam di awal treatment. Lorazepam dan fluvox untuk seterusnya.
Ubat seperti syurga aku. Aku makan, lupa lah masalah aku. Kadang kadang aku overdose. Aku tidur dari malam hinggal ke malam seterusnya.
Aku makan ubat hingga aku puas. Aku bawa ke sana sini ubat aku, kalau tertinggal aku menangis, sebab aku takut. Aku layan sahaja diri aku.
Beg aku penuh ubat.
Apa apa event yang tidak menyenangkan aku, balik aku makan ubat. Duit takada, balik aku makan ubat. Sedih, balik makan ubat. Penat, balik makan ubat. And the list goes on.
Seterusnya, selepas 4 tahun ,aku dah penat makan ubat. Aku decide untuk cut ubat. Ini fasa paling menakutkan. Kerana jika kita stop ubat sendirinya, akan ada withdrawal effect.
Aku kerap di marah oleh Dr kerana keputusan aku yang ini, tapi aku tetap dengan diri aku . Aku nak cut ubat.
Antara effectnya adalah dada aku laju, sampai nak muntah. Sampai masa badan aku kejang, hingga aku cirit birit. Aku pernah kejang, aku ingat aku dah nak mati.
Alhamdulillah tak. Air liur aku bertakung, aku takboleh bercakap kerana lidah aku keras. Berpeluh jangan kata.
Tapi.. aku tekad untuk cut ubat.
Hingga satu masa selepas 5bulan aku tidak makan ubat, aku rindu pulak nak makan ubat. Iyalah, 4 tahun aku totally depends on ubat. Aku cuba makan. Badan aku tolak.
Apa jadi lepas makan ubat setelah 5 bulan cut ubat? Badan aku kejang semula. Mulut aku keras dan ketap. Aku ketap gigi sampai aku rasa mcm nak terpatah gigi aku.
Aku jumpa Dr dan cerita symptoms aku. Dr kata “Ayu, awak sangat kuat. Saya stop beri awak ubat ya?”.
Aku menangis. Aku menangis teresak esak macam awal awal aku didiagnosis dulu. Sampai sesak dada aku. Aku kata “Macam mana saya nak hidup tanpa ubat? 4 tahun Dr ubat tolong saya”.
Sekarang sudah setahun lebih aku tidak makan ubat. Tetapi, aku potong ubat aku yang lama lama dulu kecik kecik, aku letak dalam bekas dan letak di dalam handbag.
Aku bawa ke mana mana sahaja aku pergi. Aku tak makan, tapi, aku takboleh takada ubat aku. Ubat tu banyak selamatkan aku.
– Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit