Bercinta Tapi Pendiam

Hai semua.. Nama saya Sarah, 27 tahun. Seumur hidup tak pernah bercinta dari zaman sekolah sampai lah sekarang.

Mungkin sebab tak berapa nak menarik di mata lelaki ataupun saya yang tak banyak cakap ni.

Tapi lately ni macam tercari cari lah jugak jodohnya sebab takkan nak hidup sensorang sampai bila. So cari lah kat semua aplikasi atas talian.

Pastu ada lah berkenalan dengan sorang ni. Saya minat kat dia ni pastu confess lah kat dia then kitaorang pun declare lah.

Dalam masa 3 bulan kenal dah jadi bosan kat hubungan ni. Sebab macam senyap sangat rasa kosong rasa macam ada benda yang hilang dalam hubungan ni.

Bagai retak menanti belah jerlah ni. Tinggal nak dengar dia cakap, “saya dah taknak teruskan hubungan ni”

Tapi tulah saya tak mampu berani dengar lagi dia cakap macam ni, sebab sayang lagi kat dia. Mungkin salah sendiri lah sebab tak pandai nak sembang dengan dia.

Tak tahu nak buat apa dengan relay ni. Tak pandai nak ambil hati dia ker. Tak mampu lagi nak jadi girlfriend dia yang caring yang sweet yang penyayang macam apa yang dia nak tu.

Selalu kalau kitaorang keluar pun borak sikit2 pastu selalunya senyap. Dah takder benda sangat nak boraknya lah.

Duk pikir lah apa lagi yang boleh buat ni. Sampai kan dia pernah cakap,

“Saya ni tak rasa pun macam ada girlfriend sebab saya tak nampak pun apa fngsi kita ni sebenarnya. Setakat update pepagi dah sampai tempat kerja, dah makan ker belum, takat tu jerlah relay kita ni”

Pergh deep duh dia cakap macam ni..

Macam mana korang yang pendiam ni boleh ada love relay. Adakah korang cari karakter yang berlawanan dengan korang jugak.

Saya tak nak lepaskan dia. Sebab saya tahu saya yang masalahnya kat saya iaitu kurang dalam komunikasi ni. Tak pandai nak menyembang pendiam sangat.

Tapi saya tengok kawan2 saya lain yang pendiam tu boleh jer kahwin.. Huwaa nak nangis lah. Macam mana nak baiki relay yang pendiam sangat ni?

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kita sebagai orang Islam percaya ada batas yang tidak boleh dilanggar sebelum berkahwin. Sweet2 sblm kahwin ni akan membuka jalan kepada maksiat. Lelaki jika dia suka, dia akan mengejar. Tanya sejauh mana seriusnya hubungan, jika serius bila nak hantar tanda. Jika tidak ada, perancangan itu, maka carilah yg lebih sesuai.

  2. Cuba sis cari titik persamaan antara korang berdua. Tahu apa yg masing2 minat. Saya pon jenis pendiam, tapi kalau dengan orang yang selesa, banyak benda boleh borak. Boleh cuba cerita apa yg berlaku di tempat kerja, psl family atau psl isu semasa.

    Paling penting, kena tahu hala tuju hubungan sis. Jangan sampai melanggar batas agama. Kena ada plan utk berkahwin, then bolehla slow2 bincang psl hal merisik. tunang dan kahwin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *