Berdamai Dengan Diri Sendiri

Nama aku Rem (lelaki). Usiaku sudah masuk pada umur 30. Aku cuma nak ceritakan satu pengajaran dan semestinya aku bukan cuba nak jadi terpaling bagi pengajaran ke apa cuma nak bagitau tentang berdamai dengan diri sendiri

Aku ni kira dikatakan seorang yang simple. Yer simple dekat luaran tapi dalaman complicated nak mampus.

Masa umur budak2 aku ada satu mindset dimana semua benda yang aku mahu aku mesti dapat. Kalau aku tak dapat benda yang aku minta apa2 dari mak/bapak aku konfem aku meroyan punya.

Tapi masa tu macam lah aku pikir struggle mak bapak aku. Yang aku tahu permintaan aku dipenuhi tu jer. Tapi ofkos la bapak aku tak kalah dengan mindset bodoh aku ni. Sebab kalau aku masih tak paham bahasa sangat memang kena la jawabnya kan.

Tapi dekat sini aku masih bersyukur apa2 hukuman yang aku terima dari mak bapak aku masih tak terlintas perasaan benci terhadap diorang.

Dan aku realize lepas aku dah meningkat umur ke 20-an aku bukanlah seorang anak yang baik sebab masa umur budak2 aku banyak melawan cakap mak bapak aku masa tu. Bapak tak sangat sebab aku goyang giler dengan bapak aku.

Dah start umur 20-an kalau kena berleter sikit2 tu memang aku senyum dalam hati dah sebab aku fikir kalau lah dulu aku dah berfikir macam sekarang. 

Start pada umur 20-an lah aku dah mula kurang meminta apa2 dari mak bapak aku. Kalau time belajar dekat u aku rela meminjam dengan member daripada susahkan mak bapak.

Sampai lah hari konvokesyen aku rela tak nak pegi sebab nak kena pakai duit lagi tak nak susahlan mak bapak datang jauh2. Aku pinjam jubah konvo member aku pergi buat photoshoot sendiri jer.

Aku berfikir kalau apa2 baik bagi jerlah dekat adik2 aku yang lain. Time belajar tu jugak aku tak terpikir nak minta bapak aku belikan moto utk aku belajar nanti bertambah lagi komitmen. 

Aku juga ada terfikir kalau wujud satu mesin masa aku nak sangat kembali waktu aku budak2 dulu nak betulkan apa semua perkara bodoh yang aku pernah buat. Hidup aku dikatakan penuh dengan penyesalan dan sampai satu tahap aku condemn diri sendiri.

Dekat sini aku nak cakap perkara yang lepas tu biar jadi pengajaran. Aku tak mampu kembali pada masa silam untuk betulkan kesalahan dan kesilapan tapi aku masih boleh bina future dengan apa yang aku ada sekarang agar benda tu jangan diulang lagi.

Maafkan la diri sendiri itu yang cuba aku mindsetkan tiap2 hari dan yes benda bukan senang. Fasa ni aku bertarung dengan diri sendiri cuba pujuk hati sendiri dan sebagainya.

Lagi satu aku ni pemendam perasaan yang professional. Kalau tengah lepak dengan member2 bukan main ceria tapi bila dah duduk sorang tu fuhh. 

Seriously berperang dengan diri sendiri ni sungguh memenatkan. Hati aku cakap macam ni tapi otak cakap lain. Rasa2 nak ikut yang mana? 

Tapi setelah satu moment ni aku dapat rasa hidup aku berubah hampir ke arah 360. Moment apa? Perempuan. Nak ikutkan aku memang dah lama suka sorang ni. Member sekolah aku jugak walaupun time sekolah aku tak lah pandang sangat pun dekat dia.

Lepas abis sekolah tu aku dah mula simpan perasaan dekat dia. Kalau orang tanya aku sebab apa aku pun tak tahu nak cakap apa.

Beberapa tahun lepas tu baru member aku tahu aku ni ada perasaan dekat perempuan ni tu pun sebab aku sendiri yang bagi tahu. Kalau aku tak cakap sampai ke sudah lah diorang tak tahu. Aku bagitahu dekat 2 3 org ni jer tapi lepas tu faham2 lah. Takleh pakai punya membe.

Aku banyak belajar dari diorang sebenarnya. Aku ni seorang yang “takut” dengan perempuan. Yer betul aku memang malu dengan perempuan. Depan member jer aku cakap besartambah lagi perempuan yang aku suka tu jenis susah nak open dengan laki. Lagi ngam hahaha.

Korang mesti tak percaya sampai umur aku sekarang 30 tahun aku tak pernah ada girlfriend.

Zaman sekolah dulu aku memang tak layan sangat perempuan bukan sebab aku bajet hotstuff ke apa memang aku jenis slow dengan perempuan. Hidup aku dulu dekat padang bola jer dengan member2. Itu jer lah zaman sekolah aku.

Ramai salah faham dengan aku diorang anggap aku ni takder perasaan dekat perempuan. Tapi aku tak heran sangat dengan perlian tu aku faham diorang bukan menghina ke apa cuma saja2 menganjing. Aku ok jer. 

Ofkos aku ingin melamar dia dan aku serius. Dan aku sedar banyak benda yang aku perlu belajar disamping aku banyak down ketika dalam proses ketika mana aku jatuh naik.

So dekat sini aku nak cakap jgn biarkan masa lalu menjadikan produktiviti kita menurun. Ketika kita berada pada titik terendah memang pelbagai anggapan dalam kepala masa tu.

Dan aku juga yakin apa yang aku lalui ni tak lah berat sangat apa yang orang lain lalui sebab aku sendiri pernah baca luahan orang di dalam page ni jugak.

Aku cuma nak kongsikan apa2 perkara yang kita lalui jangan biarkan minda kita bersangka buruk dan putus asa sebab outcomes diri kita daripada mindset kita sendiri.

Ya aku pernah lalui fasa bersangka buruk dan juga fasa putus asa. Sekarang pun masih bergelut. Tetapi terima hakikat dunia ini tempat ujian. Allah first guys. Yes Allah first. Walau teruk macam mana sekali pun keadaan Allah first.

Dimana ketika aku didalam satu titik rendah dalam hidup aku cuba berperang dengan sangka buruk aku sendiri yes memang bukan senang.

Sampai tahap aku buka socmedia untuk cari ayat quran/hadis dan juga quotes dari orang berpengaruh untuk pujuk balik hati. Beginilah ujian aku sekarang. Berperang dengan diri sendiri. 

Sampai satu masa nanti aku harap aku dapat tewaskan prangsaka aku sendiri sebab aku tahu I have to prepare for another worst dalam hidup aku.

Aku yakin titik terendah yang aku dah lalui bukanlan yang paling rendah untuk setakat ini. Thats why I have to put Allah first. Always Allah.

Jika struggle aku ini adalah asbab untuk aku dimasukkan ke dalam syurgamu ya Allah maka tanamlah keyakinan 100% ke dalam diri aku dimana aku sentiasa di landasan yang betul. 

– Rem (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. En Rem, Kan Allah suroh ingat Dia, mas a senang dan susah. Jangan cari Allah masa susah aje. Itu la kita hambaNya yg lemah , hanya cari Allah bila susah. Sbb tu Allah bg sedikit kesusahan, sikit risau, sikit dugaan, utk kita kembali padaNya. Muhasabah utk saya juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *