Assalamualaikum hai aku Seri, umur pertengahan 20-an, merupakan puteri tunggal dalam 3 orang adik beradik dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, penyayang tapi strict.
Sorry sebab story aku memang panjang, harap korang enjoy baca sambil kunyah jajan biar tak bosan sangat, hehe.
Aku nak story tentang kisah hidup aku yang mana dulu aku terlalu letak perasaan yang tinggi kepada pasangan which is tunang aku sendiri.
Macam aku bagitahu keluarga aku strict dari parent sampailah kedua abang aku. Nak berkawan dengan lelaki is a big no kecuali urusan penting contoh assignment group.
Dulu kalau masih bawah jagaan mereka, memang susah ya nak hang out dengan kawan2 even perempuan. Dah masuk U baru bebas sikit tapi wajib inform kemana saja aku pergi.
Alhamdulillah aku masih tidak pernah menipu lagi lah, and aku senang dengan didikan keluarga ku, rasa macam dilindungi. Aku kenal tunang masa zaman diploma, tapi more pada kawan tugasan sebenarnya dan sebab dia jugak presiden MPM, tak ada catch feeling lagi.
Masuk tahun akhir degree bila masing2 bawak hala tuju ke tempat lain, barulah tunang aku approach and bagitahu yang dia ada perasaan pada aku.
Aku yang tak pernah didekati mana2 lelaki esp bab luahkan perasaan macam ni ofc aku rasa macam berbunga pada masa yang sama tak percaya.
Pendek cerita, aku inform family aku and mereka minta bertemu empat mata dengan dia dan family dia. And yes terus jadi majlis merisik dan bertunang ya.
Dua pihak keluarga termasuk kami setuju untuk ikat setahun sebab lagi beberapa minggu ja nak habiskan degree and fokus untuk kerjaya dulu plus extra saving (bagusnya dia dah ada saving untuk kahwin sebab memang jenis rembat kerja2 part time masa study).
Bila dah bertunang, kadang ada yang jadikan tiket untuk ke mana saja berdua (pra dating kot haha) atau lebihkan masa untuk kenal hati budi masing2 sambil create moment yang sweet. Tapi tidak ya untuk aku dan dia.
Kami berurusan macam orang profesional, call atau chat sekadar tanya pasal preparation nak kahwin tu pun banyak dalam group (ada both parent dalam tu).
Kalau nak pm nie boleh kira berapa kali tu pun sepatah2 ja, apatah lagi nak bergayut tengah malam bawak ke pagi memang tak ada. Kadang aku terfikir aku nie ada tunang ka, betul ka dia nie ada perasaan kat aku sebab nothing special bonding antara kami.
Aku pun positifkan diri maybe nak bercinta lepas nikah nie baru lagi sweet. Aku pun tak kisah sangat part tak call ka apa, cuma macam rasa pelik sebab yang biasa aku dengar dari story kawan2 relay dorang indah2 belaka haha kalau gaduh pun mesti ada babak romantik.
Untuk medsos, lawaknya aku ja yang follow dia, dia cuma ada ig, fb yang dah berhabuk sebab tak aktif and Whatsapp. Memang kalau tengok posting dia tak menarik langsung, macam orang tak ada life haha semua bab kerja atau motivasi quotes.
Aku pun taklah aktif mana nak update life aku, tapi aku tahu posting aku tak sebosan dia. Dia langsung tak ada nak follow back aku ka apa. Status Whatsapp aku adalah kadang dia view tapi tak respons pun.
Memang tak pernah tanya langsung part medsos aku, maybe dia tahu aku nie sejenis setia tapi still pelik untuk aku, dia nie tak minat nak tahu pasal aku ka. Kata ada feeling tapi macam tak ada.
Aku pernah ja tanya dia and yes jawapannya dia tahu aku boleh jaga batas. Dua ratus peratus dia percayakan aku sebab dia boleh tengok dari cara didikan family aku. So aku pun iyakan ja.
Even masa hari pertunangan kami, biasalah mesti ada post kan hari bahagia kita. Aku tahu bila tunang nie tak perlu heboh sana sini, sebab tu aku decide aku post ja sekeping dua gambar tangan aku yang ada cincin tanda tu pun kat status Whatsapp dan ig story ja sebabkan tempoh 24h.
Aku tak ada mention dia pun, cuma kawan2 rapat aku tahulah siapa orangnya. Tapi part dia, tak ada post apapun.
Aku tanya jugak maybe dia pun berpegang bab tunang tak perlu kecoh bagai, jawapan dia, dia tak nak orang tahu dia ada aku and tak nak kongsi gambar aku pada orang lain, kiranya diri aku nie cukup untuk tatapan dia sorang ja.
Mulanya aku rasa wow so gentle, ada part protective macam family aku jugak (tapi family aku still post macam biasa ja haha). Aku pun iyakan ja sebab menghormati pandangan dia. Dia pun pesan aku nak post apa2 pasal relay boleh tapi jangan obvious sangat tunjuk dia atau mention dia.
Again aku iyakan lagi, sebab berdasarkan hasil risikan aku melalui kawan2 terdekat, dia memang sangatlah menjaga privasi, major posting dia semua berkaitan skop bidang kerja atau study saja.
Kami teruskan pertunangan macam biasa, yang aku suka kat sini kami rapat dengan family masing2 like dia sangatlah rapat dengan my family esp mama aku, dan aku pun begitu lagi2 dengan ibu dia.
Memang kalau tak chat by group selalu kami pm mak masing2 sampaikan mama aku cakap dia ada 3 orang anak lelaki kandung ya, tahap sayang kat tunang aku tu. Ibu dia pun layanan kat aku macam puteri memandangkan aku first menantu perempuan and anak2 dia semua lelaki.
Walaupun kami jarang berbual secara personal, tipulah perasaan aku sendiri tak terbukak lagi2 dah masuk fasa bertunang tunggu nak kahwin ja.
Aku belajar kenal pasal dia memang banyak melalui ibu dia atau kawan2 terdekat. Slowly perasaan tu makin bertambah sebab banyak benda2 baik ja mereka cakap pasal tunang aku.
Dia baik, dia berdisiplin, dia matang, dia tiptop dalam bab agama, dia itu dia ini, eh memang baik2 lah orang puji dia. Dan aku pun akui jugak sebab masa diploma ramai crush dengan dia.
Cuma aku tak sangka bila mereka cakap aku nie orang first yang in relay dengan dia. Lagilah berbunga hati aku and bersemangat nak melayari bahtera rumahtangga dengan lelaki ini.
Habis degree, kami masih dalam ldr sebab dia dapat offer kerja di Selatan tanah air dan aku pulak bekerja di negeri tempat tinggal aku. Macam biasa segala urusan hanyalah dalam group, jumpa pun sekali dua selepas bertunang itupun kami ditemani keluarga, tak ada nak keluar berdua ka apa.
Sampailah satu haritu, dia datang sendiri tanpa keluarga (masa tu family dia tak dapat join sebab nenek sakit and dia pun terpaksa datang sebab masa tu ja cuti yang dia ada untuk fitting baju kahwin). Dia tinggal kat rumah family aku dalam 2 hari sebab nak settle bagi habis bab baju and cari cincin.
Masa kami bersarapan sebelum nak keluar, family aku dan dia berboraklaa macam biasa sampailah abah and abang aku pergi nak bersiap, tinggal aku, mama and dia kat dapur masa tu.
Mama maybe tahu awkward nya kami berdua, mama bagi ruang untuk kami berbual berdua tapi mama still ada ya (maksudnya kami kat meja makan, and mama kat sinki adalah jarak sikit2 haha).
Sumpah aku rasa kekok plus malu yang amat, sebab tak pernah nak bercakap personal macamnie. Yang dia nampak chill and cuba cari topik berkait wedding untuk sembang dengan aku. Lama2 tu aku dapat lah rentak nak borak dengan dia walaupun just sepatah dua ayat yang aku boleh respon.
Tapi aku dapat rasa nie satu achievement untuk aku sebab macam berjaya tackle dia haha ntah apa2. Maafkan aku yang masih innocent dengan bab cinta nie.
Lepas 2 hari, dia balik semula sambung kerja, macam biasa aku recap semula mana2 video/gambar yang family aku hang out dengan dia sekali. And for the first time aku mention dia ya dengan caption counting months with tag dia.
And yes ada sekeping gambar dia with my family aku post. Konon rasa yakin yang kami nie makin rapat (pandangan aku laa) selepas hasil open table haritu.
Ibu dia siap mengusik tau cakap tahniah2 bagai nampak sweetlaa apalaa. Lagilah bertambah yakin aku berjodoh dengan dia. Ofc kawan2 yang tak tau terkejut dengan posting aku and maybe ada yang sampaikan kat dia.
And first time sepanjang kami bertunang, dia call aku ya. Terkejut jangan cakaplah, aku mati2 ingat dia nie buang tabiat sebab tetiba call. Aku fikirkan dia call maybe dah terbukak hati agaknya nak kenal2 sesama kita tapi rupanya tidak. Dia mintak untuk aku delete posting aku serta merta.
Nada dia sangatlah unpleasant untuk aku dengar sebab macam nak marah tapi control. Yang pasti dingin ja gaya dia bercakap tak macam yang kami borak berdua. Dia siap cakap, kan dah bagitahu jangan petik nama dia or post pasal dia yang kita ada relay dll.
Aku dengan tenang pun balas, nie first gambar and first aku mention tu pun isu besar ka. Dia auto tinggi suara and yes aku sentap betul masa tu, dia bagi warning untuk delete semua posting tu dan end call macamtu ja tanpa sebab yang kukuh.
Aku mula rasa dia bukan someone yang aku biasa dengar pasal personaliti dia sampaikan aku jatuh cinta.
Serious talk, aku terasa sangat, maybe ada yang salahkan aku why still post kalau tuan badan tak bagi, pastu nak terasa padahal salah sendiri.
Tapi bagi aku tu cuma selingan kenangan indah aku untuk aku gambarkan sebab hari kami hari berborak, hari yang sangat bahagia untuk aku lebih dari hari dia bagitahu perasaan dia atau hari kami bertunang. Tambah yang aku post pasal tunang aku, bukan tunang orang lain.
Lepas kena marah tu aku terus delete ya, and since kejadian tu dia terus tak muncul dalam group kalau ada bincang pasal our wedding. Ibu ayah dia jerlah yang banyak wakilkan dia untuk respons.
Dia pun tak ada nak contact balik terangkan apa yang jadi, kalau betul kena dengan sebab kukuh and buktikan memang salah aku posting semua tu.
Aku ada tanya ibu kenapa dia tak muncul dalam group, ibu cakap dia busy rasanya and dengan ibu pun dia dah kadang2 contact. Mama pun siap tanya aku kenapa anak lelaki kesayangan dia kerap busy jarang contact mama.
Aku tak inform apa yang jadi pada family aku and family dia, sebab isu tu aku takut mereka fikirkan terlalu kecil and paling takut ada yang tak percaya apa yang jadi. Aku simpan rasa ralat tu walaupun banyak pertanyaan yang tak terjawab. Hanya sebab posting tu dia tengking dan terus bawak diri.
Sebabkan tinggal 2-3 bulan nak kahwin, aku pujuk diri sendiri cuba tebalkan muka chat personal tapi tiada balasan. Aku cuba lagi dengan call dia untuk meminta maaf atas salah aku yang aku pun tak pasti, tapi tidak diangkat.
Aku sampai jadi lost ya, sebab dia orang first yang berjaya buat aku jatuh hati, tapi bila jadi macam ni aku down sangat. Rasa bersalah yang amat sangat, kalau lah aku tak post aku ikut cakap dia mesti aku dengan dia tak macam ni. Aku kerap salahkan diri aku.
Sebabkan aku tak dapat nak pikul rasa nie, dengan persiapan kahwin hanya aku and family kami ja nampak beria tapi dia tak muncul2 atas alasan banyak kerja, aku luahkan jugak pada sahabat aku untuk bertanyakan pendapat.
Aku tak ada lagi sampai tahap nak putus kan pertunangan sebab aku rasa aku boleh fix balik hubungan kami. Sahabat aku ada jugak suggest itu ini contoh ambik hati dia dengan buat surprise delivery, bagilah ayat jiwang tangkap leleh.
Aku usahakan jugak buat walaupun aku nie sejenis tak pernah buat benda2 tu tapi still tiada balasan. Aku buntu sangat2 memandangkan hari perkahwinan kami tinggal sebulan dua lagi. Sampailah sahabat aku terdetik cakap dia syak yang tunang aku maybe ada benda dia rahsia dari aku.
Aku mulanya sangkal jugak, tak mungkin dia buat benda2 macamtu sebab yelah dia sendiri yang luahkan perasaan kat aku, proceed tunang sampai dah nak kahwin. Punyalaa suci otak aku masa tu, rasa tak kan dia sanggup nak buat benda yang tak baik pada aku dengan family.
Tapi apa yang aku sangkal mula berubah sikit demi sedikit. Aku cuba stalk semula IG dia tapi tak ada apa2 yang pelik bagi aku.
Aku cuba pulak stalk FB dia yang jarang aktif tu and guess what nama FB dia tapi profile picture adalah gambar orang lain bukan gambar kereta dia macam yang pernah aku tengok berbulan yang lepas.
Hati aku masa tu Tuhan ja tahu dah retak macammana, aku kuatkan jugak hati untuk screenshot untuk bertanyakan pada dia. Aku mahu tahu kebenaran dan jujurnya aku dah penat nak memujuk dia untuk terima aku semula seperti sediakala.
Bila aku hantar ja screenshot tu, surprisingly dia terus reply ya. Chat aku yang sebelum nie panjang berjela memohon maaf pujuk rayu bagai tidak diendahkan. Hanya dengan screenshot laju dia membalas.
Dia balas FB dia dah lama kena hack and minta aku jangan nak fikir bukan2 pasal dia. Then dia hantar gambar skrin laptop dia, ada gambar ibu dia sarungkan cincin pada aku kat desktop.
Laa tiber sangat, sweet laa tu. Dia minta maaf sebab merajuk lama, dia nak tenangkan diri and the same time dia rindukan aku. Dia cakap dia memang busy kerja tapi dia tak pernah lupa aku tu yang dia letak gambar aku sebagai cara lepaskan rindu.
Aku hampir goyah masa tu jujurnya bila dia cakap macamtu. Yelah lelaki yang kita sayang, cakap rindu walaupun dah layan kita macam apa ja, confirm lemah jugak. Tapi aku still keraskan hati paksa untuk dia berkata benar.
Aku dah malas nak layan perasaan sendiri, sampai menangis setiap hari salahkan diri takut perkahwinan terbatal, tunang bencikan aku kerana puncanya aku.
Dia masih dengan jawapan sama, siap nak datang rumah ajak aku keluar dengan family shopping barang2 kahwin kami. Nak tunjuk lah dia masih nak serious dengan aku.
Start dari tu, barulah dia muncul semula dalam group walaupun kadang2 ja dia respons. Dengan aku pun, ada masa dia chat personal, tanya khabar tanya apa saja yang aku buat. Aku balas macam biasa tapi sepatah2, aku pun tak pasti kenapa aku layan dia macamtu padahal itu yang aku mahukan sebelum nie.
Hati aku dah berbolak balik, tiada lagi jatuh cinta, tiada lagi doa setiap hari aku mengharapkan dia lah suamiku, tiada semua tu.
Paling ketara aku kerap sangat stalk FB dia sebab nak pastikan betul ka kena hack and aku selalu tenung ja desktop skrin laptop dia. Aku pun tak pasti kenapa, padahal di skrin tu hanyalah gambar aku, then folder2 kerja dia.
Gambar skrin dia tu aku suka sangat zoom in maybe tak percaya yang dia tu letak gambar aku kat situ. Yang FB dia dari ada gambar orang lain tiber dah tukar tak ada gambar apa2.
Aku pun oklaa kena hack laa tu. Mungkin Tuhan nak tunjuk lagi dua minggu kami nak berkahwin, sebelum aku nak lelap dah jadi habit aku zoom in gambar skrin laptop dia.
Aku ternampak satu folder yang bernama My Love Alisa (bukan nama sebenar) yang pasti bukan nama aku. Folder tu elok ja duduk tengah2 dikelilingi folder kerja2 dia. Aku pun again tanya dia and tunjuk bukti zoom in aku. Aku siap jujur jangan main perasaan aku dan family aku.
Aku memang tak ada pengalaman dalam soal hati tapi jangan buat aku macam orang bodoh. Aku bagitahu dia selama nie aku menangis tunggu dia, tapi sekarang air mata aku dah kering.
Aku cakap, selagi air mata aku menitis sebab dia tu maksudnya aku masih ada perasaan nak bertahan tapi sekarang aku pilih tak nak menangis maksudnya hati aku dah mati. Dia terus call aku menangis2 meminta maaf. Kali kedua dia call aku tapi kali nie dia yang pujuk rayu aku.
Dia mengaku dia ada hubungan dengan rakan sekerja dia selepas sebulan kami bertunang. Fuh lama dia punya peram hubungan sulit dia and lama dia buat drama dengan aku dan family aku.
Dia minta maaf sebab dia rasa bersalah tipu aku and family, dia tak tahu nak explain kat aku macammana and dia takut family kami berdua makin berbalah sebab kan ini.
Dia mengaku dia masih sayangkan aku dan nak teruskan perkahwinan kami, dan hubungan sulit dengan rakan sekerja hanya sekadar suka2 saja katanya.
Yang fb kata kena hack tu semua dusta ya, perempuan tu login and up gambar sendiri. Special betul perempuan tu sampai dibenarkan login bagai, aku yang tunang dia pun tak dapat sampai tahap tu.
Selepas pengakuan tu, aku tarik nafas lega sebab pemikiran aku yang terbeban selama nie diangkat jugak. Aku tak salah, dan bukan salah aku. Dia marah sebab aku posting pasal dia, dia takut kantoi pada kekasih dia sebab kekasih dia tak tahu langsung status sebenar tunang aku.
Agaknya satu office dia tak tau yang dia nie bakal berkahwin, nak cakap dia tu single lagi. Dia mohon maaf berkali2 dan merayu supaya diberi peluang. Dia siap cakap kesian kat parent kita, mereka berharap sangat kita disatukan please jangan musnahkan harapan mereka.
Dari situ aku nampak dia bukan lagi sayangkan aku macam dia luahkan perasaan pertama kali, yang aku nampak dia nak bertahan sebab keluarga. Takut malu, takut dipersalahkan.
Dengan tegas aku tekad nak putuskan pertunangan, walaupun kad undangan sudah diedarkan. Aku tak sanggup nak teruskan selepas apa yang jadi.
Ofc aku bagitahu family aku, and reaksi mereka terkejut besar kenapa aku bertindak macamtu sedangkan dalam group kami, semuanya baik2 saja. Mama lah yang paling terkejut dan agak bising pertikai kenapa aku buat keputusan saat akhir macamnie.
Aku pun akhirnya membuka mulut dan meludahkan apa yang jadi hampir setahun aku simpan sendiri. Sungguh aku makin tekad nak putuskan pertunangan adalah bila mana aku lihat abah aku yang selama nie tegas mengesat air mata tanpa berbunyi sepatah pun.
Kedua abang aku dah mula naik angin lepas dapat tahu apa yang tunang aku dah buat pada adik bongsu mereka, mama pulak macam cuba nak menghadam apa yang jadi. Aku tak salahkan mama sebab macam 50-50 yeah anak kesayangan buat onar kan.
Ibuayah bila tahu soal putus pertunangan nie, terus datang ke rumah dengan dia. Nampak lah wajah dia yang macam sugul macam serabut, sebab kena marah teruk dengan family dia.
Ibuayah minta maaf banyak kali pada aku dan family, sebab tak sangka anak sulung mereka sanggup buat semua tu. Depan family kami, dia mengaku salah akan perbuatan dia.
Ibu cuba pujuk aku untuk tidak putuskan pertunangan, tapi aku tetap berkeras sebab kalau aku teruskan pun hati aku dah tawar.
Dan akhirnya kami berpisah cara baik. Walaupun kami berpisah, alhamdulillah keluarga kami masih ok.
Aku ada jugak kadang contact ibu tapi lebih kepada tanya khabar ibuayah semata, ibu jer yang selalu update soal anak dia yang sekarang tak terurus dan sering menyalahkan diri kerana sia2 kan aku.
Kalau tanya aku masih mau kembali beri peluang, jawab aku tidak walaupun dialah lelaki pertama yang ajar aku indahnya cinta tapi dia jugak yang ajar deritanya sebab cinta. Aku selesa dan lagi bahagia dengan diri aku sekarang.
Soal jodoh aku serah ja pada Tuhan, kalau takdir aku memang sendirian saja, aku okay sebab aku boleh spend time lebih dengan mama abah. Hati aku masih perlu dirawat, walaupun lukanya sudah berbekas.
Doakan aku ya supaya boleh bangkit semula. Ok bye..
– Seri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Actually, you make a right choice
InsyaAllah satu hari nanti kamu akan berjumpa dengan jodoh sebenar kamu
dari bacaan saya macam takde proper communication antara kamu berdua, and salah satu kunci dalam perhubungan ialah communication.
jadikan luka ni sebagai pengajaran masa akan datang
Alhamdulillah. Saya setuju dengan tindakan kamu, dik. Lelaki ni, jika dia bersungguh-sungguh, dia yang datang kejar. Dia akan halalkan dan lindung perempuan yang dia cinta. Nampak sangat yang hati dia lebih cenderung pada officemate dia. Sebab dia cuba lindung hati Alisa dari rasa sakit kalau tahu yang dia dah bertunang dengan kamu. Tak mengapa, sayangi diri sendiri dulu. Spend masa dengan famili. Dalam waktu yang sama, teruskan berdoa pada Allah. Teruskan bersangka baik pada Allah. Untuk lelaki tu, sila mereput. Sepatutnya dari awal dia patut jujur yang dia suka orang lain. Ni menyusahkan kedua pihak😑
hebat cerita ni, cara penulisan pun menarik…