Untuk part I, (https://iiumc.com/berdamai-dengan-luka/).
Assalamualaikum dan hai semua. Aku Seri, tak perlu dah aku kenalkan diri aku lagi. Yang pernah baca confession aku, ye akulah tu, haha.
Aku muncul semula dalam confession kali nie, bukan nak story panjang lagi macam haritu tapi kalau masih panjang harap maaf, sebab aku tak reti nak shortcut, haha. Sekadar hadir untuk beberapa perkara yang boleh aku kupaskan lebih detail, maybe.
First of all, aku nak cakap thank you so much untuk semua kata2 dan doa2 yang baik, yang membina, yang memberikan aku semangat, yang puji2 aku (malu kita wak haha), thank you sangat2.
Aku baca semua komen2, ya Allah rasa terharu sangat sebab kita tak pernah kenal, tapi tak expect aku dapat banyak support dari adik2 akak abang mak ayah online aku iaitu korang semua.
Tak dapat aku nak balas apa yang korang dah bagi pada aku, cuma aku harapkan apa yang korang doa tu berbalik pada korang, moga2 kebahagiaan hidup sentiasa milik korang, in shaa Allah, aamiin.
And maaf jugak sebab story aku masa tu terlalu panjang, aku takut jugak ada yang marah2 tapi aku memang tak reti nak jadikan story tu ringkas sebab risau ada point yang buat pembaca salah faham ka dll.
Sebab tu aku kena jugak story dalam teks yang panjang serta detail supaya pembaca boleh faham dan menghayati dengan sempurna, hah gitu.
Alhamdulillah sama seperti yang aku nyatakan sebelum nie, walaupun aku dan dia sudah berpisah, hubungan sesama keluarga kami masih baik2.
Aku dan ibu masih keep in touch, mama abah aku pun ada ja contact ibuayah kadang2 (group tu dah bubar ok), yang dia dengan mama aku tak tau dan tak nak ambik tau mereka masih contact atau tak since mama pun tak bukak dah topik pasal anak kesayangan dia yang tak jadi.
Kenapa masih berbaik sedangkan dah putus, move on jerlah nanti takut masih terkenang2. Aku ada jugak terfikir macamtu awalnya and hampir nak block pun ibuayah (anak dia aku dah block siap2), tapi abah tak benarkan buat macamtu.
Abah kata anak dia yang bermasalah, jangan libatkan orang tua dia. Cukuplaa mereka dah sedih kecewa dengan anak mereka, jangan ditambah lagi luka yang dah sedia bernanah.
Lagipun mereka dah layan aku baik2 sangat lebih dari anak mereka, buktinya first mereka sendiri terus datang face to face dengan keluarga aku untuk minta maaf lepas tahu apa yang anak mereka buat pada aku dan family.
Ibuayah jugak bayar semula ya kos ganti rugi yang habis kami dah labur untuk majlis walaupun aku sendiri yang putuskan pertunangan and mama abah dah menolak tapi mereka tetap berkeras nak bayar ganti rugi.
Even sampai sekarang pun ibuayah tetap minta maaf berulang kali dan menyesali perbuatan anak mereka.
Soal dari mana kekuatan aku dapat tu, mungkin aku boleh cakap sebab aku dah fed up setelah cubaan meminta maaf dan memujuk rayu tak tahu berapa banyak kali untuk aku fix balik hubungan kami atas kesalahan yang aku rasa bukanlah satu kesalahan besar tapi dia yang saja buat kecoh.
Aku tak pernah bercinta dan aku tak pernah melalui semua benda nie, biasa dengar story kawan2 tertanya jugak kenapa ada yang sampai tawar hati. Bila aku sendiri rasa, baru aku faham.
Tak kisahlah kau pernah bercinta lama atau masih berjinak dalam soal cinta, tapi bila dah masuk fasa nak halalkan hubungan tu tapi terputus tengah jalan tetap rasa sakit ya. Lagi2 dialah lelaki pertama yang buat aku rasa berbunga2 setiap hari.
Second kekuatan aku untuk tekad called off pertunangan nie even semua preparation dah siap tinggal nak kahwin ja adalah family aku esp abah.
Macam aku katakan malam aku meluahkan segalanya, aku menangis teruk depan family aku sebenarnya sebab terlalu lama aku simpan dan cuba berlagak nothing happened to me, abah cuma diam ja weh tak bersuara apapun.
Kalau nak tau abah aku nie sejenis tegas, suara lantang dan protective pantang tau kalau anak2 dia kena usik (contoh kena buli) memang abah lah yang maju ke depan.
Tapi malam tu tidak ya, abah aku diam dan aku nampak sendiri for the first time abah kesat air mata dia. Cuba bagitahu hati anak mana yang tak remuk tengok orang tua menangis?
Lama abah diam, abang2 aku ja yang nampak marah2 sebab abang2 aku pun sejenis protective dan caring.
Mama pun sampai terdiam jugak, maybe tak sangka kan bakal menantu lelaki yang disanjung buat khianat anak perempuannya sendiri, and abah cuma cakap, abah mama ikut ja keputusan adik.
Masa hari last perjumpaan untuk putuskan pertunangan secara baik, tak ada lah scene gaduh2 walaupun aku nampak abang2 aku dah gigil tangan masa tu tapi abah halau awal2 suruh dorang duduk luar, hahaha.
Memang tinggal kami berenam jerlah kat ruang tamu tu bercakap dari hati ke hati sampailah part dia mengaku salah tu, suasana masa tu tak tau nak describe macammana.
Rasa sakit tu muncul semula bahkan lebih sakit walaupun hati masa tu cuba nak berdamai, tapi tetap rasa lega sebab bukan salah aku dan bukan aku tak cuba nak bertahan.
Abah mama lah nampak betul kecewa dengan ex aku tu, mama dah menitik air mata weh tapi surprisingly abah tenang ja bukan lantang macam yang aku kenal. Maybe sebab ada rasa hormat pada ibuayah.
Tu kalau ex aku datang sorang, aku tak jamin dia macammana kalau abah dengan abang2 aku brainwash dia. Aku ingat lagi part abah cakap dengan dia, betul2 makan dalam dan buat aku sebak sangat; terima kasih sebab datang ambik dan pulangkan anak abah dengan baik.
Tapi tak bermakna abah boleh lupakan ja apa yang kamu dah buat pada anak abah. Seri masih ada orang tua dan keluarga, sekali kamu sakitkan dia berjuta kalilah kami jugak hancur melihat dia sakit.
Ingat lepas nie kalau ada yang berkenan di hati, sebelum nak mainkan perasaan anak orang, fikir dulu apa akibatnya.
So kat sini korang boleh faham kan, aku auto jadi bijak dan tegas bertindak bukan saja sebab aku dah penat nak mengemis cinta tak pasti tapi sebab lainnya adalah family aku sendiri.
Aku pun manusia, masih boleh kalah dengan perasaan sendiri lagi2 bila part dia kembali dan merayu.
Tapi bila mata sendiri jadi saksi mama abah menangis, abang2 naik hantu yang selama nie aku tak pernah tengok pun mereka macamtu, aku terfikir kenapa aku masih nak buang masa bertahan dengan orang yang dah buang aku?
Dia memang janji nak berubah, tapi aku tak boleh accept ketidakjujuran ya yang akhirnya membawa kepada kecurangan dan kehancuran.
Alhamdulillah jugak rezeki aku dapat support system yang padu dari sekeliling esp keluarga aku termasuk keluarga besar tau. Semestinya mereka tanya kenapa majlis tak jadi tapi abah aku sekali lagi yang tolong jawab tak ada jodoh. Simple tak ada nak bukak aib sesiapa.
And bagusnya family besar aku tak ada soal lebih2 pun, macammana mereka follow ja apa family aku plan untuk majlis (sebelum cancel) begitulah selepasnya batal majlis.
Sebabkan kenduri sebelah aku, abah mama sponsor katering and khemah2 tu, so kenduri tu masih berjalan seperti biasa tanpa pengantin iaitu aku, haha.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan dimudahkan urusan kami sekeluarga. Bila aku lihat balik apa yang dah jadi, aku syukur walaupun aku dilukai oleh seseorang, tapi Tuhan hadirkan aku ramai orang yang baik2 yang sentiasa ada dengan aku.
Maybe aku dah biasa hidup dibawah jagaan mama abah and abang2 dengan penuh kasih sayang, Tuhan tak nak aku berterusan sakit dengan orang yang salah.
Ayat yang masih aku ingat sampai sekarang, masa malam selepas perjumpaan kedua belah keluarga soal kami putus tunang, abah cakap abah minta maaf sebab gagal jaga aku dengan baik, abah kata abah memang marah sangat2 pada dia sebab buat aku macamtu,
Tapi abah tetap maafkan dia sebab dia berani mengaku salah (walaupun dah kantoi dulu) and lepaskan aku cara baik.
Abah siap cakap abah tak paksa aku untuk maafkan apa yang dia buat, janji bila aku tenang dan bersedia, maafkan dia, jangan simpan sakit tu lama, adik berhak bahagia.
Aku meraung weh bila abah cakap macamtu sebab orang cakap aku nampak macam tak ada perasaan bila mana aku tekad buat keputusan nak putuskan pertunangan walaupun dipujuk berkali2.
Tapi hakikatnya aku simpan dendam tu, aku memang sakit hati sangat2. Sebab dia bukan saja dah buat aku hancur, tapi dengan family aku jugak dia dah hancurkan.
For now, macam aku story sebelum nie aku masih dalam fasa nak berdamai dengan luka yelah kes putus tunang nie pun jadi tahun lepas, makan masa nak sembuh kan.
But still alhamdulillah aku dah berjaya bangkit walaupun ada masa datang sedih tu, cuba jalani hidup macam biasa malah aku rasa sekarang bertambah bahagia disamping keluarga.
Berkat kasih sayang dan sokongan keluarga dan sahabat2 tanpa henti, aku redha dan maafkan dia atas apa yang berlaku. Dia pun baru saja selamat melayari alam rumahtangga bersama pilihan hatinya.
Doakan yang baik2 untuk dia ok. Misi untuk aku, aku nak enjoi dulu masa single mingle aku dengan family dan kawan2 dan fokus kerjaya aku sambil2 kumpul aset. Ada jodoh yang baik, in shaa Allah aku raikan ja. Doakan aku jugak ok.
Sampai sini dulu kisah perjuangan aku yang zero tentang cinta tapi kembali bangkit sebabkan cinta orang tua pada anaknya yang cantik lagi comel iaitu aku, haha. Peace no war. Sekian, terima kasih semua.
– Seri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum. Bagus penulis ni sebab redha dan maafkan. Saya harap jadi sekuat penulis. Rumahtangga saya hancur disebabkan suami gay. Dan selepas bercerai, saya stalk dia berbahagia dengan pasangan laknat tu. Saya masih tak redha dan tak memaafkan.