Berdamai Dengan Takdir

Assalamualaikum semua, terima kasih admin andai posting ini disiarkan.

Aku Tasha berusia 29 tahun. Aku tak tahu nak ceritakan benda ni dengan siapa, agak segan kalau nak bercerita dengan family mahupun kawan². Mungkin macam aib pun ada.

Dalam masa yang sama aku dah tak mampu nak pendam sorang2.

Aku dah berkahwin hampir 2 tahun masih belum ada rezeki dikurniakan zuriat, apabila usia perkahwinan dah begini sudah tentu akan ada soalan2 daripada keluarga & rakan2 perihal anak.

“Dah ada isi ke?” “Bila lagi ni, si polan tu dah ada anak satu, kahwin tahun sama kan?” Hahh macam tu laa bunyi² yang sering ku dengar bila jumpa saudara & kawan2.

Pada tahun pertama mungkin aku agak terkesan dengan pertanyaan macam ni. Tapi lama kelamaan aku dah lali dan aku masuk fasa untuk menerima takdir yang tertulis. Ye 2 tahun perkahwinan ni fasa “honeymoon” bak kata orang. Tapi tidak bagi aku.

Orang lain ada fasa “malam pertama” but not for me. Aku masih dara sepanjang setahun perkahwinan tu. Suami aku langsung taknak “bersama” hanya sekadar “foreplay” je (maaf agak kedengaran lucah pulak).

Hampir setahun macam ni even aku dah bersedia. Tapi dalam masa yang sama orang sekeliling dah mula tanya “ISI”, Macam mana nak berisi kalau tak ada benihnya hahaha kelakar.

Aku hanya mampu senyum dan berkata belum ada rezeki. Btw aku dan suami kami bercinta agak lama, mungkin ini jugak balasan atas dosa2 kami sepanjang perhubungan kami sebelum halal.

Mungkin sekarang pandangan dia terhadap aku tak seperti ketika zaman couple dulu. Mungkin Allah dah tarik nikmat tu mungkin. Atau syaitan sedang sedaya upaya buat keje dia.

Kalau nak kata suami aku gay, aku tak rasa dia ke arah itu. Dia bukan jenis kaki lepak luar.

Kadang aku yang lepak luar sebab bosan duduk rumah tengok dia main game huhahuha dengan kawan dalam tu terjerit terlolong kadang aku sound je apehal memekak sangat ni.

Dia seorang yang kaki game kalau boleh hadap game tu sampai ke subuh, aku dibiarkan tidur sorang2. Sampai tahap aku rasa lepas kahwin hidup aku lagi sunyi berbanding zaman bujang.

Dan lagi satu kalau bab anak, bab mengandung memang asyik kena tanya perempuan je ke? Cuba sekali sekala tu tanya dekat para suami pulak. Aku takkan mengandung kalau suami kerjanya menghadap game je hahaha.

Ikutkan hati nak je aku jawab dekat orang yang sebok tanya ni. Tapi banyak hati yang perlu dijaga. Cukup la aku buat luahan disini orang tak kenal siapa aku dan siapa suami aku.

Sekarang ni aku sedang cuba untuk berdamai dengan takdir mungkin takdir aku dah tertulis begini. Mungkin aku memang ditakdirkan untuk dapat suami macam ni & tak ada zuriat sendiri.

Entahlah aku penat kalau fikir soal ni. Kadang aku akan jadi down bila tengok kawan², cousin yang seumur aku dah ada small family.

Tapi aku tak ada apa2 yang nak dibanggakan. Setakat suami gamer tak ada apa yang nak dibanggakan. Aku dah puas masam muka, dah tegur tapi masih tak jalan, perangai sama je.

Kepada adik2 yang sedang syok bercinta jaga lah batas antara lelaki dan perempuan tu jangan sampai manisnya hilang.

Dan kepada yang bercita2 nak kahwin dengan gamer tu kena kentalkan jiwa kalau tak lupakan jelah. Nanti dah kahwin makan hati sorang2.

Sekian…

– Tasha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. tt try goda suami.. means raba2 suami..
    foreplay suami.. klw suami xterangsang mybe suami tu yg masalah.. ade lelaki suke perempuan mulakan dulu…
    klw bab game.. suami sayapun kaki game kdg2 lepas balik kerja boleh main game sampai pagi.. tapi before main game die akan bawa jln2 lepastu baru main game..
    sis kne meluah kut dekat suami..

  2. Lelaki macam laki awak ni dik, bukan jenis kena ajak bersama. Dia jenis ko pakai seksi seksi, bau wangi wangi, raba raba dia, baru dia tergoda. Kalau tak tergoda jugak dan masih lagi main game, percayalah cakap ku, laki ko ada masalah seksual

  3. ini situasi yg sy hadap. sesungguhnye bukan mudah.
    semoga sis dipermudahkan segalam urusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *