Kali ni entah yang keberapa kali saya buat luahan di sini. Bukan untuk meminta pendapat atau menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada berkongsi cerita..
Saya seorang isteri. Mempunyai 4 anak (3 hingga 11 tahun).. Hidup saya dulu banyak bergantung dengan suami.. Saya tak pandai drive kereta. Mempunyai bisnes dari rumah.
Suami kakitangan kerajaan.. Seorang yang sangat2 bertanggungjawab tetapi kalah dengan hobi sendiri.. Kehidupan kami ups and downs.. Biasalah kehidupan suami isteri mana yang tak diuji..
Sehinggalah 1 hari suami saya terlibat dengan kemalangan motosikal.. Kecederaan yang agak serius..
Dia tidak seperti dulu yang saya kenal. Dia totally berubah perwatakan.. Dia dah tak boleh drive.. Dia tidak seperti kita yang normal.. Allah tarik nikmat akalnya.
3 tahun berlalu, 2 tangan ni lah yang menjaga dia dari luar dan dalam.. Dari tak boleh jalan. Sampailah boleh berjalan sendiri. Dari tak pandai urus diri sendiri sampailah mampu urus diri sendiri.
Allah tu tahu saya masih ada 4 orang anak kecil yang perlukan perhatian saya. Sikit demi sikit suami saya semakin sembuh. Tetapi tidak seperti suami orang lain.
Malu?? Ye masa mula2 dulu saya agak malu.. Tapi ajaibnya Allah hilangkan rasa malu dalam diri saya.. Saya tak pernah rasa down bersuamikan lelaki yang tidak waras.
Tapi saya rasa sangat2 bersyukur dalam keadaan suami saya macam tu. Dia masih boleh berkerja. Gajinya 100% serah pada saya untuk menguruskan keluarga..
Suami saya sediakan saya kereta untuk menghantar dan mengambil suami dan anak2 dari sekolah dan tempat kerja. Suami menyediakan tempat tinggal untuk saya dan anak2 berteduh.
Dalam apa jua perkara. Keutamaan saya pada suami dan anak2.
Andai saya diberi pilihan untuk cari lelaki lain.. Saya akan pastikan suami saya akan dapat wanita yang dapat menjaga dia lebih baik dari saya jaga dia.. Baru lah saya akan pikirkan kebahagian diri saya..
Sekiranya tiada.. Saya akan korbankan kehidupan saya untuk menjaga suami saya.
Saya fikir kenapa perlu saya pikirkan 1 kekurangan suami sebab diri saya sendiri pun banyakkk sangat kekurangan diri.
Kenapa saya tak boleh bersabar jaga suami saya sekarang. Entah2 semasa dia sihat dia pun banyak bersabar dengan kerenah saya..
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allahh. Allah yang maha baikkk amat sayangkan kita.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jangan putus asa puan. Teruskan berdoa kepada Allah agar suami puan diberi kesembuhan walaupun nampak mustahil dari segi perubatan. Saya doakan suami puan cepat sembuh. Allahummaamiin