Berdepan Suami Curang

Hi semua. Aku Sally dan suami aku Salad. 2 bulan sebelum bergelar suami isteri, Salad secara tiba- tiba berterus terang dia telah mengenali seseorang. Serai, melalui aplikasi dating.

6 tahun kami bercinta secara jarak jauh ini perbuatannya buat aku.. Alasannya lama dia tunggu aku. Jadi dia saja-saja cuba app itu.

Sakit dada aku menangis nangis perbuatan Salad. Salad cakap dia dah putuskan. Cuma dia nak jujur dengan aku sebelum kahwin. Itu sahaja. Dia pujuk aku. Aku ingatkan dia jangan berhubung lagi dengan Serai.

2 bulan seterusnya berbekalkan cinta, kami selamat bergelar suami isteri. Kami bahagia dengan kehidupan perkahwinan kami. Namun, aku nampak dari mata Salad. Cinta kami seperti diganggu. Mata Salad pudar untuk aku. Mukanya gelisah seperti putus cinta.

Aku berdoa kepada Tuhan menangis-nangis minta Tuhan kembalikan cinta suami aku buat aku sepenuhnya.

Aku mula ingin tahu siapakah perempuan itu…. Hanya Serai namanya yang aku tahu. Terhad untuk aku siasat. Handphone Salad berkunci. Aku hanya boleh tengok bila dia bukakan.

Aku beritahu Salad suami isteri tak sepatutnya ada rahsia. Salad balas percaya dia. Dia bukannya sejenis mudah curang. Curang dia hanya sebelum kahwin. Bertegas kenyataannya. Serba salah pulak aku asyik menuduh suami curang.

Hingga suatu hari 5 bulan perkahwinan, aku terpandang di skrin nama penuh Serai. Sakit dada aku kembali lagi. Rupa-rupanya suami aku masih berhubung dengan Serai.

Marah aku. Tapi air mata hilang. Salad cakap mereka berhubung kerana hal bisnes. Aku minta Salad jangan guna alasan bisnes untuk terus berhubung. Salad marah aku kerana terlalu cemburu.

Akhirnya malam itu berakhir dengan Salad marah aku. Dan aku pula yang mula ingin menyiasat gerangan Serai berbekalkan nama penuhnya itu.

Aku google. Aku cari di social media. Aku jumpa siapa Serai. Cantik dan muda daripada aku. Berpenampilan muslimah seksi. Macam mana? Bertudung tapi singkat menyingkap dada. Berpakaian seperti pinjam baju adik. Mungkin ini yang menjentik kelakian suami aku.

Bermulalah aku stalk Serai dengan fake account. Postingnya kebanyakan merintih putus cinta. Aku tersenyum bangga suami aku memilih cinta kami berbanding dia yang hanya 6 bulan kenal.

Esoknya aku pujuk Salad. Aku mohon maaf cemburu bukan-bukan. Aku anggap kemarahan Salad mungkin kerana aku masih meragui kepercayaan dia. Jadi, aku mengalah dengan Salad.

Kami teruskan kehidupan seperti biasa sehingga 9 bulan perkahwinan, aku terpandang password telefon Salad. Aku hafal. Salad tidur senyap-senyap aku buka. Seorang lelaki teks dengan ungkapan sayangkan suami aku. Puji suami aku. Aku ambil nombor tu. Aku siasat.

Allah. Terkejut aku. Luluh. Rupanya Serai! Modus operandi Salad sama macam drama dengan save nama Serai sebagai nama lelaki iaitu tagging rakan kerja. Aku geram. Kali ni aku tak kan diam.

Aku teks Serai. Aku send gambar-gambar posing melintuk riuk mendada dia dengan kata-kata tulisan cercaan. Lagaknya seperti Along conteng rumah. Serai respon. Bersahaja dia jawab.

Tapi telefon aku tak berhenti dia call. Aku tak jawab. Dengan Salad aku tahan kemarahan. Dia mesti tahu melalui Serai yang akan hubungi dia.

Esoknya, aku malas untuk balik kerja awal. Serabut. Aku bawa seluar nak jogging lepas kerja. Tapi sayang petang itu hujan. Jadi aku terpaksa balik awal berdepan dengan Salad. Salad bukakan pintu rumah tersengih-sengih. Tapi tak berapa pandang aku bila bercakap.

Muka Salad seperti cuak dah kantoi tapi terpaksa buat cool. Aku jeling. Jelingan paling tajam buat Salad. Salad tidur. Senyap-senyap aku ambil phone Salad. Aku teks lagi Serai. Kali ni aku hantar gambar Serai tak bertudung dan seksi.

Aku ugut Serai gambar ni nak aku viralkan kemana. Ayah dia ke. Ibu ibu dia ke atau siakap keli? Ya ibu ibu. Ayahnya kahwin ramai. Dia anak isteri bernombor. Bercita-cita mewarisi penyondol. Umpan mengena. Serai trigger. Lagak bersahaja dah jadi hangin.

Terus handphone Salad berdering. Salad terjaga. Aku angkat. Aku bentak Serai. Suami aku terkulat-kulat. Direbutnya telefon itu dan dimatikan panggilan.

Maka bermulalah kemarahan aku. Salad bukan lagi Salad. Bagaikan musuh. Aku tanya, Salad pujuk. Salad tak jawab persoalan aku. Air mata berlinangan. Nafas aku turun naik. Tangan aku mula naik. Kesabaran aku hilang.

Aku tampar Salad berkali-kali. Aku tunjal-tunjal kepala Salad. ‘Jujur jawab soalan aku Salad!’ Beraku kau. Berkasar aku dengan Salad. ‘Sayang jangan macam ni sayang..’ ‘Dah la tu sayang..’ Salad cuba merangkul aku. Aku tolak. Geram sebelum ini aku dituduh kuat cemburu. Kali ni terbongkar semua.

Aku bertanya kenapa dia sanggup tipu aku. Berapa kali aku nak menangis sebab ini? Dia nak kahwin ke dengan perempuan itu?

Kali ni Salad jawab dia tak berniat. Habis buat apa teks. Sharing picture. Apa yang ada di perempuan itu aku ada. Nafsu dia aku boleh layan sampai dia penat! Aku isteri yang halal kenapa cari kasih sayang yang haram. Buat apa dia solat tunggang terbalik. Lebih baik dia langgan GRO.

Senyap Salad mendengar kata-kata herdikan aku. Dirangkulnya aku. Menangis aku tersedu-sedan dalam pelukan Salad. Keluarlah kata-kata mahal pertama kali dalam hubungan kami selama ini, ‘Sayang.. abang mintak ampun.. abang mintak maaf..’

Aku beri kata dua buat Salad. Sama ada password telefon itu aku tahu atau semua gambar kejalangan Serai aku viralkan! Salad akur. Akhirnya, malam itu aku diberitahu password telefon walhal aku sudah tahu dari awal. Aku rahsiakan dari Salad aku ternampak password tu.

Salad buat video berjanji tak akan ulang semuanya bagi meraih kepercayaan aku kembali. Kami akhiri pergaduhan kami dengan solat maghrib berjemaah. Aku ambil tangan Salad. Tunduk bersalaman. Memohon ampun kekasaran aku tadi. Aku peluk Salad. Walau apapun dia suami aku. Monolog aku.

Aku maafkan Salad malam itu. Bagi aku masalah kena hadap. Aku dah dapat jawapan dari Salad. Salad masih sayangkan perkahwinan kami. Jadi, aku tidak mahu menghukum Salad berterusan.

Aku perlu lihat kebaikan Salad yang lain lagi. Solat 5 waktu. Menjadi imam solat aku. Dia tidak pernah culas bagi nafkah. Pemurah berbelanja isteri. Bil-bil rumah semua dia bayarkan. Urusan rumah give and take. Aku masak. Kemas rumah. Dia incharge pakaian. Basuh, sidai dan iron baju kerja kami.

Dan yang paling penting Salad bersabar dalam emosi aku terpukul dia. Mahu dia tak sabar lunyai jugak badan kecil aku ini. Aku bersyukur. Aku anggap ini ujian Allah. Rumahtangga mana tak dilanda badai.

Buat isteri di luar sana yang berhadapan suami curang, kuatkan hati berkomunikasi dengan pasangan. Jangan pendam dan jangan lari dari masalah. Berfikir sebaiknya apakah kamu bersedia ditinggalkan atau meninggalkan mahligai perkahwinan kamu.

Kepada para suami, sekiranya telefon kamu berkunci kami tahu akal kamu panjang sampai mana. Lama kelamaan Allah bukakan juga petunjuk buat isteri.

Dan kepada penyondol diluar sana bersedialah muka terpampang di sosial media dengan caption ‘Lihatlah muka PENYONDOL ini.’ Mahkamah sosial kehakiman netizen menanti!

– Sally (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Saya salute habis dgn tindakan sally. Jangan lembik, meratap nasib. kena ada strateji uruskan suami yg pe’el mcm ni. Klu boleh , sebelom kawin, palajari silat, karate ke apa..bior soami2 ni ada akal sikit nk curang….syabasss sally.

  2. Jangan percaya sgt..saya juga mcm ni. Bergaduh,merayu,berjanji tak akan sambung hubungan lg. Sampai mak ayah dia pun nasihat menangis nangis. Tp masih berhubung di belakang. Skrg perempuan tu tukar no telefon tp saya dpt kesan jgk walaupun dia delete chat whatsapp.
    Saya hanya bersabar & bersedia bila2 masa utk berpisah. Saya jg ambil perdekatan utk bykkan simpanan & selesaikan hutang sblm saya tawar hati dan tinggalkan suami.

  3. dating apps ni mmg bersepah suami isteri orang. ada yg konon2 siap jujur bagitahu, “i ni dah kahwin, u still sudi tak kawan dgn i” kejadah haram betul. alasannya, sbb dia dgn isteri pjj, so sunyi. ada la jugak sorg dua yg sempat aku bagi ceramah sebelum aku block. tp takat mana je ceramah tu bagi kesan kalau dah mmg kaki curang.

    by the way, org curang ni IQ dia lebih rendah ye dari org normal. boleh baca dari artikel ni https://my.theasianparent.com/iq-rendah.

    Udah ler IQ rendah, moral pun rendah. Tak semestinya belajar sampai U, keje hebat2 IQ dan moral dia pun hebat.

  4. erm…sllu ye kalo bt skali akn jd bkali2x..tp x pe husnuzon la ye..at the same time perhatikan jgk after a few months. Hr nie kantoi esok msti die lbh bhati2x dan lbh advance. Klo nk idop aman x yah amek ksh dan berdoa smoga Allah mbntu die untk mjd lbh baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *