Berdikari

Assalammualaikum..saya pembaca setia cerita-cerita diIIUM ni.. Intro- seorang isteri dan seorang ibu anak 3.. 2orang bersekolah dan seorang masih bayi..

Saya mempunyai suami yang sangat baik, penyayang dan ringan tulang tetapi tidak pandai bersosial, keluar melepak apatah lagi nak melayan media sosial seperti facebook..hanya ada whatsapp, itu pun saya buatkan untuk memudahkan urusan-urusan..suami hanya bekerja kilang..Alhamdulillah walaupun gaji kecil tapi cukup seadanya..hanya berpendidikan sekolah rendah.

Dugaan melanda apabila suami dibuang kerja..setelah 11tahun bekerja pengabdian diri disana..dibuang kerana bersubahat kes kecurian..walaupun tidak mencuri barang tersebut dia tetap dikenakan tindakan kerana mengetahui rakan sekerja mengambil lebihan barang-barang yang dibuat oleh suami untuk diseludup keluar dan dijual..saya minta dia jujur, dan dia beritahu dia tidak mengambil apa-apa share atau duit hasil jualan barang tersebut..dia hanya berkata kalau diorang mahu buat, buatlah, tapi sendiri ingatlah.. Namun sangkaan tidak begitu kerana dia juga dituduh bersubahat membiarkan mereka mengambil barang tersebut..

Hujung bulan oktober, suami pulang ke rumah daripada tempat kerja..dari riak wajah nampak sangat sedih, perlahan suara dia meminta maaf, katanya dia sudah tak bekerja..hati ini masih tenang, cuba bertanya samada dia mempunyai masalah, akhirnya dia bercerita dengan mata yang merah menahan air mata dari menitis.. Ya Allah…aku redha.. Bukan lagi rezeki kami disana..

Untuk pengetahuan sepanjang 10tahun usia perkahwinan kami tidak pernah bergaduh besar apatah lagi suami meninggalkan saya dan anak-anak dirumah untuk kemana-mana..dia sentiasa ada..dirumah dia selalu tolong memandikan anak kecil kami, basuh pakaian kotor, kemas dapur dan apa sahaja..kami sentiasa bekerjasama uruskan hal-hal rumahtangga.. Saya masak dia kemas, saya basuh baju dia jemur..baju sekolah anak pun digosok..syukur..

Dua hari selepas dibuang kerja,kami keluar beli barang dapur..bila pulang, datang seorang saudara ke rumah mengajak suami ke pantai timur.. Tolong saudara buat kerja disana..Saya izinkan, walau dalam hati rasa amat berat untuk ditinggalkan selama sebulan..terpaksa saya izinkan kerana amat sukar untuk memohon kerja lain memandangkan suami tidak mempunyai sebarang sijil..
Sekurang-kurangnya upah kerjanya dapat menampung perbelanjaan sementara mencari kerja lain..semoga dipermudahkan..

Malam tu juga suami bertolak..sebelum bertolak suami bagi 400duit perbelanjaan, tapi saya pulangkan 100 kepadanya untuk dia belanja..dia cakap tak dapat bagi banyak kerana roadtax kereta mati 4oktober.. Saya cakap tak apa..insyaallah..ia mencukupi..selepas suami bertolak, air mata mengalir laju.. Allah uji untuk melihat kekuatan dan keimanan kepadaNya..

Hari-hari berlalu sehingga kehari ini.. Rasa sangat perit apa yang dilalui seorang diri menguruskan anak-anak..anak kecil usianya 6bulan.. Saya hanya mengharap ihsan jiran-jiran untuk membeli barang mentah..terima kasih tak terhingga..bila anak kecil tidur saya segera mandi solat dan siapkan segala kerja..kadang-kadang ada waktu sikecil meragam, mahu digendong, tak mahu diletak.. Waktu pagi, agak kalut..si kecil masih lagi mahu menyusu tapi saya perlu segera bangun, siapkan dua orang lagi anak yang perlu ke sekolah, masakkan sarapan..waktu tu terpaksa dibiarkan sikecil menangis untuk saya mandi dan solat…Tapi perlu berdikari untuk buat semuanya..sebelum ini suamilah orang yang banyak membantu.. Bila fikir, selama ini terlalu banyak nikmat yang Allah beri, dan ternyata Allah boleh menarik nikmat bila-bila waktu dikehendakiNya..

Diuji sebegini saya terasa hidup seorang diri amat sukar menjaga anak-anak..namun apalah sangat ujian ini dibandingkan dengan mereka yang kehilangan suami dan ramai anak yang masih kecil.. Doakan saya kuat dan suami mendapat kerja disini dan kami kembali bersama..

~ Hamba Allah dibumi yang fana

– -Puan surirumah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit