Berdikari dan Sunyi

Aku dah berkahwin hampir tiga tahun. Tapi selama tiga tahun perkahwinan ni, aku rasa sunyi. Hampir semua benda aku berdikari sendiri.

Suami? Masih seperti orang bujang. Sibuk dengan dunia dia, sampai lupa anak bini. Nafkah zahir dan batin? Hambar sangat.

Aku sedih bila tengok keluarga orang lain. Si suami pasti akan sentiasa usahakan yang terbaik. Sedangkan suami aku, asalakan ada, okay lah. Bak kata dia bersyukur.

Suami orang lain tak nak isteri dia bersusah payah, suami aku suka tengok aku susah. Bak kata dia mudah nanti kalau dia mati, aku tahu uruskan sendiri.

Yelah sekarang pun dia macam dah mati untuk aku. Sampai satu tahap sekarang aku bertanya pada diri sendiri. Apa guna aku ada suami tapi kalau aku berdikari? Baik aku sendiri alang2 dah boleh urus semua sendiri.

Nak cakap pasal nafkah? Hmm dia kononnya pentingkan agama sangat tapi hal nafkah aku. Hampeh dibiarkan macam tu je.

Dia kata dia risau aku tak solat, akan bawa diri dia masuk neraka. Dia kata nanti dajjal keluar dia kena rantai aku dengan rantai besi. Risau katanya ikot dajjal, iman tak kuat. Tapi tanpa dia sedar tak perlu kerana aku.

Dia terlupa pasal hal nafkah yang memang tanggungjawab dia. Dia lupa tanggungjawab dia sebagai suami pun dia hampir lupa. Tapi nak salahkan aku kalau dia tertarik masuk neraka nanti.

Ye aku tak solat, aku tak pandai solat. Aku sedang cuba ubah diri. Kalau dia nak bersama, aku pernah menolak dikatanya aku berdosa dan akan masuk neraka. Tapi bila keinginan aku? Dibiarkan sepi begitu sahaja.

Dari sini lagi aku pelik, kenapa ye aku ada suami kalau nafkah zahir dan batin aku macam ni?

Lately ni dia susah sebab bayaran bulanan rumah makin naik. Aku lah yang support dia. Aku buat tanggungjawab dia, duit pengasuh anak, barang keperluan anak, barang dapur rumah. Habis aku support dia.

Aku tak kisah sebab kami hidup bersama tapi itulah aku bertanya lagi. Kalau dah sampai ketahap ini. Aku macam tak perlukan suami dah.

Dia masih seperti orang bujang. Duit yang tersisa pun untuk duit sukan, memancing. Aku lah yang kena support benda lain. Sampai poket aku pun kosong.

Bila mintak itu ini, dikatanya duit dah habis. Tapi bab bila sukan dan mancing. Wah laju aje tanpa pikir kann yang kitaorang ni memang tak ada duit.

Duit aku yang ada pun habis guna untuk support dia. Aku ni berhempas pulas untuk bantu dia tapi bila dia pentingkan benda lain dari aku.

Aku rasa semua ni sia sia. Aku ni sanggup tahan diri aku dari macam-macam benda sebab nak tolong dia. Tapi dia sibuk dengan sukan dan mancing. Kecewa betul hati ini.

Sepanjang perkahwinan aku tak pernah rasa dihargai. Aku berkerja jugak tapi aku masih lakukan tanggungjawab aku. Sama sama kami berkerja.

Duit nafkah hambar apatah lagi duit belanja. Betul macam orang bujang kan aku ni. Dia pun ibarat suami atas kertas je. Sebab aku yang banyak tanggung diri sendiri.

Orang kata 5 tahun awal perkahwinan akan diuji. Aku tak kisah dilambung ombak kalau berteman kan suami tapi kalau dilambung ombak sendirian. Baik aku sendiri seperti dulu..

– Amyra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *