Berdosa Ke Aku?

Assalamualaikum. Saya Hanim. Saya masih anak dara yang belum berkahwin dan sudah bekerja.

Kisah yang saya nak berkongsi ini bermula apabila berkawan dengan seorang lelaki. Pada awalnya, dia memberitahu saya bahawa dia seorang duda & anak dua orang. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Bagi saya, status dia bukan satu masalah. Semua orang ada masa silam masing masing yang mungkin kita sendiri tak nak semua itu berlaku pada kita. Ujian itu boleh terjadi pada sesiapa yang Dia kehendaki.

Bila dah berkawan dan mula memasuki fasa “bercinta”. Dia memberitahu bahawa dia dan “isteri” dia masih dalam proses penceraian.

Maksudnya si isteri masih dalam tempoh iddah. Si suami tidak mahu merujuk kembali dengan si isteri. Sebab dah tawar hati dengan sikap si isteri.

Tapi si isteri mahu merujuk kembali kerana memikirkan anak anak mereka. Kerana pada awalnya, si isteri yang sentiasa mendesak supaya si suami menceraikan dia.

Dan dengan keadaan yang memaksa dan dicampur dengan makian dan hinaan dari seorang isteri sejak dari mula mereka berkahwin sehingga mempunyai anak anak.

Mungkin disitu ego seorang lelaki terasa tercabar. Selepas banyak kesabaran menghadapi kekasaran seorang isteri.

Dan tidak dinafikan si suami ini ada membuat silap seperti kurang perhatian kepada si isteri dan masa bekerja yang tidak menentu sehingga malam demi menyara isteri dan anak anak. *Ini yang isteri dia memberitahu saya.*

Tetapi lelaki ini tak pernah culas dalam menyediakan nafkah untuk isteri dan anak anaknya.

Dari situ perbalahan dan makian sentiasa tercetus. Boleh katakan setiap minggu mereka akan bertengkar. Jarang kalau tidak bertengkar.

Kisah ini diceritakan oleh si suami dan si isteri kepada saya. Bila si isteri memdapat tahu yang saya ada “berkawan” dengan lelaki ini ketika dia masih dalam tempoh iddah.

Dia ada menghubungi saya. Ye salah saya berada pada keadaan mereka begitu. Saya jadi buntu.

Dia menuduh saya yang merosakkan rumah tangga mereka. Sedangkan kami berkenalan selepas lafaz cerai terlafaz. Bagi dia, si suami tidak mahu merujuk kembali kerana saya ada.

Saya terus bertahan berkawan dengan lelaki ini kerana saya nampak pada mula saya kenal dia, dia sangat tertekan dan memerlukan seorang kawan untuk bercerita dan menghargai kewujudan dia.

Sampaikan dia mahu membuat sesuatu yang boleh merosakkan diri dia selepas dia melafaz talak akibat terlalu tertekan.

Tetapi sejak saya berkawan dengan dia, dia mula menunjukkan sikap yang lebih ceria, senyum, mula bercakap lebih banyak.

Ramai kawan dia yang menegur perubahan diri dia selepas berkawan dengan saya berbanding diri dia dahulu yang selalu diam dan tidak bercakap dengan orang lain.

Banyak termenung seorang diri. Berulang kali saya menasihati lelaki ini, fikir baik baik. Kalau mahu merujuk kembali si isteri, saya tidak ape ape dan undur diri.

Tapi dia lebih memilih untuk tidak merujuk kerana dia dah tawar hati dan si isteri ini tidak pernah berubah.

Pada mula lafaz cerai terlafaz, si isteri mahu merujuk kembali dan si suami ini masih memberikan peluang untuk isteri berubah dari sikap kasar dan makian tu. Tapi dia tidak nampak si isteri dah berubah dan nak berubah.

Dan bagi dia, kalau dia merujuk kembali keadaan sama dia akan lalui seperti mana dia lalui dulu. Hidup suami isteri tapi hanya makian dan kekasaran sahaja dalam rumah tangga.

Dari apa yang saya lihat, lelaki ini mungkin kurang memberi perhatian. Lelaki yang matang yang bukan 24 jam boleh call & whatapps dan jenis yang tidak pandai memberi perhatian.

Bukan seperti yang isteri dia mahukan * isteri dia yang memberitahu saya dia kurang mendapat perhatian call dan whatapp bila mereka berjauhan.

Kerana jadual suami yang selalu outstation. Dia ada cara dia dalam memberi perhatian. Dengan jadual kerja yang sibuk.

Mungkin juga saya jenis yang tak suka meraih perhatian 24 jam. Dan dengan jadual kerja si lelaki ini yang tidak menentu dan masih struggle mencari kestabilan hidup.

Bagi lelaki ini, lagi baik berdiam diri kalau kita sebagai wanita asyik mendesak untuk lelaki ceritakan semua kisah dan masalah dia.

Cuma kita perlu pandai sycho dia untuk dia sendiri menceritakan kepada kita.

Dan lelaki ini jenis yang kurang menunjukkan perasaan, lebih memendam rasa menyebabkan orang melihat dia seperti tidak kisah tetapi dia mengambil kisah semua itu dengan cara dia tersendiri.

Dan dia banyak memendam rasa dan terus bersabar sehingga satu tahap dia hanya memilih untuk tidak mengulas panjang sesuatu isu.

Kurang respon untuk isu yang boleh menyebabkan pergaduhan lagi besar tercetus. itu yang menyebabkan mereka selalu bertengkar.

Hmmm. Saya ikhlas sayangkan lelaki ini. Saya taknak dia kecewa lagi dan hidup dalam stress. Saya jadi buntu. Tidak tahu apa patut saya buat.

Si isteri menuduh saya yang merosakkan rumah tangga mereka. Namun, si lelaki ini masih mahu meneruskan hubungan kami. Salah ke saya nak “berkawan” dan meneruskan hubungan kami?

Yang benar,

– Hanim yang buntu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *