Berdosa Ke Aku?

Assalamualaikum, boleh dengar luahan aku?

Aku ringkaskan sahaja lah. Aku menetap bersama suami. Kedua ibu bapa & adik ada di kampung. Kami berdua bekerja. Setiap bulan, aku akan transfer duit belanja kepada umi & papa.

Baru baru ni, mereka dapat tahu gaji aku berapa. Sebelum ni, mereka tidak tahu & setiap bulan aku tak pernah miss untuk transfer duit belanja kepada mereka. Jadi mereka tak pernah meminta lebih dari apa yang aku berikan.

Aku nyatakan dahulu, komitmen bulanan aku termasuk dengan PTPTN, bayar kereta (brand malaysia), perbelanjaan minyak & tol pergi kerja, perbelanjaan makan & minum, bil telefon & akhir sekali, untuk umi & papa.

Selepas tolak kesemua dari gaji bersih, lebih kurang selalunya ada baki RM900 untuk aku agihkan separuh untuk simpanan kecemasan & separuh untuk belanja harian.

Baru baru ni, ada borang yang perlu aku submit & di dalam ada nyatakan amaun gaji. Umi & papa dapat tahu & sejak itu, sangat kerap mereka akan minta untuk aku transfer lebih dari apa yang aku ada.

Di kampung mereka jalankan perniagaan penghantaran makanan. Hantar nasi ayam kepada orang orang yang order melalui whatsapp. Pekerja, pelajar & orang kampung jadi pelanggan mereka.

Kadang kadang sudah aku nyatakan yang aku tak dapat nak bagi lebih. Aku pun baru berkahwin jadi banyak yang perlu kami simpan bersama.

Satu satunya duit saving yang aku ada & terbesar dalam hidup aku RM3k tahun lepas sudah aku beri kesemuanya disebabkan mereka kata motor di rumah dah rosak & mereka perlu beli motor baru.

Itupun aku pinjam tambahan RM2k dari encik suami yang sampai sekarang aku masih bayar bulan bulan pada dia.

Bulan lepas, mereka minta pinjam untuk perbelanjaan sekolah adik. RM1k aku berikan.

Tak sempat sampai bulan seterusnya, minggu seterusnya dah whatsapp lagi untuk beli perbelanjaan lain. Sejujurnya aku tak faham pengurusan kewangan mereka bagaimana.

Kereta aku pun dah bertangguh dua bulan dari tarikh sepatutnya untuk servis sebab aku perlu menabung lagi.

Sudah juga aku jelaskan keadaan & kewangan aku di sini bagaimana. Kadang aku meminta maaf sebab tak dapat bagi lebih.

Tapi aku akan tetap bagi. Tak pernah kosong. Tapi mereka seolah-olah berkecil hati & merajuk. Kalian mesti tahu juga bukan murah hidup di ibu kota.

Aku juga perlu simpan duit untuk urusan kecemasan. Kita tak tahu apa yang akan jadi. Aku tak suka meminjam & aku tak mahu meminta orang. Jadi aku sangat serba salah bila aku tak dapat nak beri apa mereka minta. Meskipun ada.

Tapi itu bukan untuk duit aku berhibur, aku cuma mahu menyimpan semula & menabung.

Berdosa kah aku kalau aku beritahu yang aku tak dapat nak berikan wang yang mereka minta? Minggu lepas umi & papa beritahu hajat mereka- mahu sedekah pada seorang asnaf.

Seorang anak kecil yang ada masalah kesihatan & perlukan duit untuk beli ubat. Mereka minta duit dari aku. Aku jadi jammed sekejap.

Aku faham, bersyukur yang umi papa mahu bantu orang dengan niat baik. Tapi mereka kesiankan orang & tak kesiankan diri sendiri. Bukankah konsep sedekah itu beri sekiranya mampu?

Mereka sendiri tak cukup duit untuk perbelanjaan sendiri & keluarga di rumah sebab itu aku tak pernah miss untuk hantar wang perbelanjaan. Tapi tak pernah cukup.

Umi & papa tidak minta pun duit dari abang aku atas alasan abang berkeluarga & perlukan duit untuk anak bini. Abang pula tak pernah bertanyakan khabar umi papa & adik adik. Muncul hanya bila raya setahun sekali.

Tapi mereka tidak faham pun situasi aku & beranggapan gaji tu memang aku tak guna untuk perbelanjaan harian.

Aku pula tersangatlah lembut hati & susah sangat untuk aku menolak tapi sekiranya aku terus bagi tanpa had, mereka pula merasakan yang aku sentiasa berduit.

Aku pun bukanlah jenis nak mengadu aku tidak berduit. Cukup sekadar kami suami isteri susah senang bersama. Sekiranya ada rezeki lebih, memang akan aku berikan pada umi papa.

Cuma itulah, aku tak tau macam mana nak terangkan tanpa buat mereka kecil hati.

Salah tak kalau aku terpaksa katakan tidak sebab aku perlu menabung juga. Aku sayangkan mereka. Tapi aku sedih bila rasa mereka tak fikirkan apa yang dah banyak aku korbankan dari dulu.

Dari remaja sampai aku berusia sampai sekarang, selalu aku bantu dari segi kewangan & jadi sebahagian dari ‘bread-winner’ untuk keluarga.

Maaf sekiranya berbunyi seperti aku merungut. Aku cuma perlu kata kata semangat & nasihat. Terima kasih kerana membaca.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *