Berdosa Ke Aku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/berdosa-ke-aku/).

Saya Hanim yang menghantar confession berdosakah aku. Saya membaca semua komen di ruangan komen. Terima kasih untuk semua nasihat & hinaan.

Terima kasih untuk sis sis yang komen memberi kata kata semangat dan nasihat. Moga itu salah satu untuk saya terus kuat membuat keputusan.

Lebih lebih lagi untuk sis yang menasihati untuk saya mendirikan solat istikarah. Sis Ainin Sofia, Maizura Madzalan, Umi Habiba. Moga Allah merahmati hidup kalian semua.

Bagi sis yang menghina saya, kadang confessor yang menghantar confession disini cuma mahu tempat untuk meluahkan perasaan dan bertanya pendapat.

Mungkin diaorang semua tiada tempat untuk meluah selain disini dan tikar sejadah. Mungkin kita boleh cakap, pergi mengaji al quran la. Duk atas tikar sejadah la. Buat solat taubat.

Ye, kita boleh bercakap apa pun disebabkan kita tiada di tempat orang tersebut. Kami cuma nak meluah dan bertanya pendapat yang mana patut kami buat bukan sampai menghina kami.

Kadang kami sendiri buntu tindakan apa yang patut kami ambil dan kekuatan untuk ambil tindakan tu.

Iye. Mungkin awak kuat. Mungkin jiwa orang lain rapuh. Jangan lah sampai mengherdik menghina orang lain sehingga membuat orang lain sehina-hinanya.

Semua orang pernah membuat kesilapan dan ada aib masing masing yang cuma Allah yang tutup semua. Jangan kita mendabik dada sebab tidak pernah diuji dalam keadaan sebegini.

Saya tidak pernah minta untuk diuji sebegini. Dalam keadaan begini.

Dulu saya seperti kalian jugak, confident bila bercakap. Saya takkan kenal atau menjadi orang tengah seperti situasi sekarang. Takkan.

Apapun terjadi, Saya tidak akan berbuat begitu. Tapi harini Allah uji saya dengan kata kata yang saya pernah ucap dulu.

Ye saya tahu saya salah. Semua ini ujian untuk saya. Saya tidak pernah minta untuk lalui semua ini. Mungkin saya manusia penuh dosa. Ye saya tahu.

Hmm. Saya tidak pernah minta untuk ada dalam perhubungan yang bila kita dah sayang dan selesa, situasi begini wujud. Sakit.

Terima kasih bagi sis yang menghina saya. Sis, saya tidak pernah minta semua ini terjadi. Saya tidak pernah minta untuk kenal mereka dalam keadaan seperti ini.

Saya pun nak hidup bahagia dengan orang yang saya sayang dan sayangkan saya dan saya selesa berhubungan.

Mungkin takdir hidup sis tidak pernah diuji seperti saya. Saya mendoakan kalian tidak pernah diuji seperti saya dan bahagia bersama pasangan kalian.

Ye salah saya hadir saat mereka dalam tempoh iddah dan perkataan cerai itu dilafaz sebelum saya hadir lagi. Bukan disebabkan saya mereka bergaduh sehingga bercerai. Jangan menuduh saya sebegitu.

Siapa saya untuk memaksa hati orang untuk berbaik semula kalau dia sendiri tidak mahu berbaik dari awal saya kenal dia lagi.

Bagi sis yang komen saya cuma mendengar sebelah pihak, semua yang saya ceritakan adalah daripada dua belah pihak punya cerita. Saya mendengar kedua dua belah pihak.

Dan saya tak pernah memihak mana mana pihak. Bagi saya, dua dua pihak masih perlu perbaiki perangai dan ada salah masing masing.

Siapa tidak pernah membuat kesilapan. Siapa kita untuk menghukum orang lain.

Lelaki itu ceritakan apa yang berlaku dan apa yang menyebabkan dia terlafaz cerai masa itu. Desakan isteri yang mungkin dari kesilapan perangai dia sendiri. Selepas dari itu, kami jarang bercerita topik itu.

Selain dari tu, kisah lain tu saya mendengar sebelah pihak si isteri. Apa yang berlaku. Dan dia banyak meluah perasaan pada saya.

Apa yang terjadi. Ada salah dia dan ada salah si suami juga. Ramai yang komen saya mendengar sebelah pihak sahaja. Tidak. Saya mendengar kedua-dua belah pihak.

Sekarang, mereka dah habis tempoh iddah dan menunggu urusan sijil dan lain lain.

Untuk sis yang cakap, mesti suami maki isteri dahulu baru isteri maki suami.

Berkaitan memaki hamun itu, si isteri sendiri mengaku dengan saya yang dia memang perempuan yang agak kasar dan selalu memaki hamun dan mengherdik suami dan bercakap kasar walaupun disebabkan sekecil kecil isu.

Dan suami akan diam dan bersabar. Ataupun suami akan menjauh dari dia. Itu yang si isteri memberitahu saya.

Saya tidak menyalahkan si isteri sebab mungkin itu cara masing masing. Ini semua diceritakan si isteri kepada saya. Bukan dari pihak si suami. Bukan saya nak memihak mana mana pihak.

Nanti ada yang komen saya nak sebelahkan si lelaki. Tidak. Dia pun tetap ada salah dia.

Saya pernah kenal, seorang suami yang jenis baik, diam dan penyabar dengan isteri walaupun selalu diherdik dan selalu dimaki hamun didepan orang ramai walaupun sekecil kecil masalah.

Kadang saya sebagai perempuan rasa malu bila seorang suami diherdik dimaki hamun dikhalayak ramai sebegitu. Mungkin awak belum jumpa orang sebegitu.

Dari awal saya kenal mereka berdua, saya selalu menasihat kedua-dua untuk berbincang secara baik. Jangan asyik bertengkar. Kalau betul nak berbaik, berbaiklah cara elok. Saya boleh pergi. Saya redha.

Cuma si isteri tidak mahu berubah seperti yang lelaki minta dan si suami masih tawar hati untuk meneruskan hubungan.

Takkan saya nak memaksa si isteri untuk berubah dan si suami untuk menerima.

Saya cuma mampu serahkan takdir kami semua pada Allah yang terbaik untuk kami bertiga. Mungkin ada beribu hikmah disebalik kejadian ini untuk kami semua.

Dan sekarang, saya memberi ruang untuk kedua dua pihak untuk berbincang secara baik. Jika masih ada ruang untuk mereka berbaik dan berdamai, berbaiklah. Saya undur diri.

Siapa saya nak menolak takdir Allah soal jodoh. Semua dah diatur. Dan saya serahkan semua takdir saya kepada Allah.

Moga kalian semua tidak akan pernah diuji dengan orang yang kalian sayang sebegini seperti saya.

Dan pengajaran untuk semua, berhati hati bila mula nak berkenalan dengan orang baru. Jangan ada masalah dengan perhubungan sebelum ini seperti yang saya lalui sekarang.

Sakit itu perit.

Hanim, manusia penuh aib.

– Hanim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *