Assalamualaikum.
Okay first niat aku cerita benda ni sebab aku tak tahu nak cerita kat siapa and macam mana aku nak mulakan cerita. Nak cerita kat kawan, nanti aku yang malu. So lebih baik aku cerita kat org yg tak tahu identiti aku.
Adik beradik aku 9 org, aku anak bongsu. Selama aku hidup 22 tahun memang aku duduk dengan mak abah aku. Dari kecik, aku sedaya upaya belajar sungguh sungguh untuk buat mak abah aku bangga. Sekolah rendah aku selalu dapat nombor 1 dalam kelas. UPSR aku dapat 5A. Aku dapat tawaran sekolah berasrama penuh, tapi abah tak bagi sebab takut tak mampu. Ok aku ikut cakap abah sebab taknak susahkan abah. Masuk sekolah menengah, aku selalu dapat calon Perfect Score. PMR aku dapat 7A. Aku dapat tawaran Sekolah Berasrama Penuh lagi tapi macam biasa abah tak bagi. Sampailah SPM aku dapat 8A 2B 1C. Lepas SPM abah aku meninggal so masalah kewangan tu makin bertambah. Aku dapat tawaran Universiti tapi kali ni aku senyap sebab aku tahu mesti semua tentang. Aku kerja kilang, kumpul duit perlahan lahan, sampai lah aku masuk satu kolej bersekutu UiTM. Eh ada pulak duit masuk kolej? Sebab aku kumpul duit utk pendaftaran. Tak dapat masuk U, dapat kolej bersekutu jadilah. Sebab impian aku dari kecik nak masuk U. Sepanjang 3tahun belajar, aku survive pakai duit sendiri. Sabtu ahad aku kerja part time hotel. 8pagi sampai 5petang dapatlah dalam RM40 itu pun kalau ada event baru org hotel panggil. Balik kerja dapat bungkus makanan itu pun kalau ada lebih. Aku survive beli buku semua guna duit PTPTN. Pernah aku mintak kakak abang aku duit tapi masing masing cakap tak ada duit. Okay aku diam dan tak mintak lagi. Ada duit aku makan tak ada duit aku diam.
Sepanjang 3tahun (6 semester), 5 semester aku dapat Dean List. Aku bagitau family aku, tak ada siapa peduli. Aku bagitau mak aku, mak aku cuma cakap "Baguslah belajar rajin rajin". Kawan kawan aku semua jealous dgn aku sebab aku pandai. Mak ayah kawan kawan aku semua suruh anak dia orang belajar dgn aku, mintak tips belajar dgn aku. Sedangkan family aku? Tak ada seorang pun cakap Tahniah atau appreciate apa yg aku dapat. Setiap kali ada majlis anugerah, semua bawak mak ayah. Aku? Aku sorang
Habis belajar, aku dapat ANC. Aku bangga sangat, aku bagitau family aku dan macam biasa dia orang tak respon apa apa. Konvokesyen aku bulan November, tapi bulan September dia orang dah plan nak pergi bercuti bulan November. Kau tahu apa aku rasa? Sedih yang teramat sangat. Aku merayu dekat mak aku supaya teman aku masa konvo, tapi mak aku cakap tiket kapal terbang dah beli. Seminggu sebelum konvo, semua pergi bercuti aku sorang dekat rumah makan hati menjeruk perasaab. Hari konvo tiba, aku pergi sorang. Habis konvo aku keluar dewan, aku nampak mak mengusap kepala anaknya, aku nampak abang bagi bunga kat adiknya, aku nampak kakak memeluk erat adiknya. Aku lari pergi tempat sunyi, aku nangis. Aku nak merasa semua tu! Aku belajar rajin rajin sebab nak family aku bangga dengan aku!
Aku dapat tawaran kerja Eksekutif Pemasaran, aku belum ada harta. Aku mintak tolong abang hantar pergi kerja setiap hari. Sebulan je abang tolong itu pun bising hari hari ungkit penat, hari hari mintak duit minyak. Aku hantar surat resign sambil menangis. Aku tak tahu kenapa aku kena hadap semua ni.
Setengah tahun aku menganggur, aku hantar resume dah semua berjaya tapi aku ada masalah pengangkutan. Aku tak tahu nak mula dari mana. Kawan kawan aku semua dah bekerja. Dalam aku menganggur, abang akak aku sindir aku.
"Dekan dekan jugak tapi tak kerja"
"Duduk rumah besarkan badan buat apa"
"Kau ni bila nak kerja, sedap je duduk rumah"
Aku tahu aku tak kuat. Aku cuba cari jalan keluar, aku kerja kilang. Aku nekad nak kumpul duit nak beli kereta second hand. Lepas ada kereta inshaAllah aku nak cari kerja yg sesuai dengan education aku. Tapi aku kerja kilang pun kena sindir
"Belajar macam pandai tapi kerja kilang"
"Cakap ANC tapi jadi operator"
Aku sabar dengan semua kata kata mereka. Aku teruskan. Gaji aku 1300 aku bagi mak 500. Abang kakak aku gaji 1500 ke atas tapi tak pernah bagi mak duit. Aku rasa bangga kat situ even mak tak pernah cakap aku sorang je anak mak yang bagi mak duit.
Dah kerja ni, aku cuba bagi mak happy. Tapi.. entahlah, mungkin tak cukup atau mungkin tak bermakna apa yg aku bagi.
Aku kalau balik kerja, aku tapaukan mak makanan kesukaan mak, bila sampai rumah mesti mak cakap simpan lah dulu besok mak makan. Tapi kalau abg aku tapaukan, mesti mak aku makan time tu jugak.
Mak pernah kirim aku barang, aku cuba carikan tapi tak jumpa. Mak cakap takpelah kalau tak jumpa. Mak suruh akak carikan barang tu, akak cari dan belikan. Mak sindir
"Terima kasih kakak belikan mak, tak macam yang sorang tu"
Kadang aku rasa makan hati dengan mak sendiri. Kenapa mak layan aku macam ni. Berdosa ke aku kalau aku rasa kecik hati dengan mak aku. Aku buntu taktahu nak buat macam mana lagi nak amik hati mak
– Anak Bongsu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Awk ad skill yg hebat utk survive. In one side awk kna ad mental yg kuat. Stop comparing urself to others. Btw blh compare just utk kayu ukur jgn sampi xhargai nilai diri.
.
Ad sb knp mereka yg lain lebih drp kita.
Jum koreksi diri.
Dear, just try to get out from that house first. Selalunya bila kita di depan mata, orang susah nak menghargai sebab dah biasa tengok kita hari hari. Tapi bila jauh, masa tu la kita buat apa je dorang akan take note, rindu rinduan and learn utk appreciate kehadiran kita. Hm ini cuma cadangan je ok bye.
Kan? Bila dekat bau busuk. Jauh bau wangi. :(
Saya rasa saya setuju dgn idea keluar rumah ni dgn syarat jgn lupa tjwb kat mak tu.
Ak pom stuju. Mintk keje.. pastu sewa lah blk or umah yg bdektan.. ak ase ok jer.. klu mak ko xbg.. cb tekadkan ati pegi jugk. Nnt xkeje, kna sndir lg..
Aku setuju jugak idea ni.
Hmm, doa la minta lembutkan hati mak contohnya “Ya Allah ya Lathif, lembutkanlah hati mak terhadap aku seperti Engkau lembutkan besi. Ya Rahman Ya Rahim ya Rauf, alirkanlah zat kasih sayangMu kepadaku melalui mak, aku rindu utk rasa kasih sayang mak(BAYANGKAN senario yang adek paling teringin dapat nikmati dengan mak, FOKUS dekat rasa SYUKUR dan bahagia tu ye). Ya Qawiyy Ya Aziz Ya Matin kuatkanlah semangatku untuk naikkan taraf hidupku dan berdikari, sesungguhnya aku tak mampu ya Allah tanpa pertolonganMu Ya Somad.
Tentang abang kakak yang memerli tu, they are definitely JEALOUS of you. Syukur lah Allah kurniakan kelebihan akal fikiran yang tajam dan hati yang terang tu pada adek ye. Stay on HIS path always. InsyaAllah sinar akan menjelma. Have faith.
Berhijrah la..pergi jauh ckit dr mak..xslh pn survive your life..must b independent.. Awk bdk pndai..jgn sia siakn kebijaksanaan awk dgn cara mengalah utk bnd yg remeh..buktikn pd fmly yg awk mmpu tuk buat sndr..
Kuar dr umah tu dik..biasa yg jauh2la org suka..
get out of the house please. sorry to say, but your family langsung tak hargai pergorbanan awak. at the same time, doakan mereka supaya akhirnya mereka sedar kesilapan mereka buat.
1.nak tny, mak kirim brg ape smpai u x jumpe?
2.ade lesen moto x? Kalau ada leh laa beli moto dlu. Nk beli kete terus pn xpe..
3.berhijrahlahhh
Kbai
dulu ada skim graduan utk beli keta (perodua/proton)
x perlu downpayment pun
ambik keta murah2 je..axia contohnya
skang ni x pasti ada lagi x skim tu
Betul..
Hijrah..keluar dr rumah tu..but in same time truskan berbakti pd mak dari jauh…
keluar je dari umah tu dan carik keje lain. pastu carik umah sewa yg dekat dgn lrt atau senang akses kpd kenderaan awam.
kalau berdasarkan penceritaan ko dan kesusahan yg ko alami kumpul duit nak study tu semua, rasanya kesusahan nak mulakan hidup baru berdikari tak susah mana pun.
Berdoalah. Hati manusia kan Allah yang pegang.
Kalau awak rasa keluar dari rumah tu boleh buat mereka rasa awak penting dalam hidup mereka. Then keluarlah. Tapi janganlah lupa tanggungjawab. Bagilah duit sesikit mana pun at least, tetiap bulan untuk family. Takpun awak melawat sebulan sekali ke hantar beras,susu.
Yang penting, berdoa. Lumrah manusia, nak disayangi. Lagi2 dengan keluarga, sebab pada siapa lagi kita nak menumpang kasih kan? :)
Cumanya, jangan henti berdoa. Sebab kehebatan berdoa ni hanya siapa yang amalkan akan tahu betapa hebatnya berdoa ni.
May Allah ease your journey.
Bukan ujian namanya jika hati tak teruji. :)
You’re such a great son/daughter. Remember that.
Naik motor je la.. Jimat.
Sya pnh dpt kes mcm awak. Semua adik beradik lelaki prm penagih, keluar msuk pjara kes dadah, curi motor, bsekedudukn, pukul ayah dll. Tp mak ayah tetap syg sgt2, yg sorg lelaki bongsu jd pdukung biawak hdup, duit gaji, duit pinjam, main kutu dll semua kna belanjakn utk abg2 n kakak2 tmasuk byr saman, byr loyer, byr mahkamah, byr jaminan dll. Dpt kerja tak pg sb mak ayah tk bagi, nt dah jauh sapa nak jaga abg2 n kakak2. Last sya minta dia pindah rmh, tgl myewa bilik, lps jguk mak ayah terus balik bilik n rehat. Dlm bilik boleh beramal ibadat, baca quran dll utk mcari kekuatan drp allah. Buat simpanan n keraskn hati thdp abg n kakak utk jga maruah supaya tdk dipijak2. Jgn bgtau kerja di mna, blik sekali sekala dgn kejayaan yg ketara. Hasilnya bdk itu sdh bjaya sekrg sb dia tdk pnh bpisah drp allah dlm segala hal.
Klua dari rumah,tinggal jauh sket.
Tu tips..
Untung masih punya mak.. tu je nk kata..
plan dear cmne nk settle kan problem awk ni.. plan just like how u plan to study.. keraskan hati n byk berdoa.. belajar berdikari jgn hrpkan org lain.. buat something utk kebahagiaan awk sendiri bkn utk org lain.. good luck..
Inilah penyakit org tua.. Dh ada anak yg baik dibeza2 kan.. Moga Allah bg hidayah pd ibu & adik bradik yg lain. Pindahlah utk elakkan Dr hati trs trluka..jika sggp hadapi ombak bsr sbb nk jaga ibu staylah Dan jaga dia sebaik mngkin. Jgn risau ada balasan Dr Allah.
Teruknya institusi kekeluargaan skrg. Ramai anak yg dtg dari ‘broken family’. Lahir pulak generasi yg hilang humanity. Seriau baca family confession dlm ni. Mntk la aku tk jadi mcm these parents. Kesian anak aku.
Lahai , takkan tak kerja sbb takde trnsport . Sblum neh , dah pandai brdikari kan . Takpyh duk bgntung dekat abg abg kakak kakak lg . Tnjuk dekat diorg kau kuat & kau boleh hidup klau takde mereka lah . Kecil hati mcm mana pun hati mak kau kena jaga .
Ye cuba keluar dr rmh tu…dkat2 busuk…jauh2 wangi…doa kpd Allah
Allahu… Sedihnye bace. Berhijrahlah. Duk jauh2 kejap. Sbb org kata ‘bila dekat busuk, jauh wangi’. Bila dah tak nampak baru nk hargai n rindu.. Doakan mereka lembut hati utk terima awak. Tabah ye
Hadap la sat dlu awk nk bt cmna smntra kumpul duit nk beli knderaan sndri. Dh bli transpot sndri mntak keja jauh2. Duk umah sewa. Betul kata2 dorang keluarr dr umah itu segera! Berhijrahh.
sedihnya
Mula2, doakan mak niar hatinya lembut pada awak. Doakan juga adik beradik awak. Hati ni, Allah yang pegang, jd pada Pemiliknya lah kita mohon. Kalau awak mampu, duduk la asing, sewa rumah, dekat2 ni busuk, jauh2 nanti wangi… InsyaAllah. Semoga 1 masa, bahagia itu akan ada untuk awak. Jaga diri!
Keluat cr life sendiri…xyah nk menjeruk rasa sgt…berhijrah la plg bagus aku rasa lg jauh lg bagus…cr kerja kt oversea ke apa…
I feel u.So what I did now is I kelua rmh xbalik balik if ada keperluan.so everybody is happy Dan xde gado2,xde berat kepala nk pkir.huhu jz do ur own stuff Allah will handle the rest
Awk seorang yg kuat.. itu sy nk ckp.
Noor Azam
Aduh. Bagus nya abg kakak 8 orang tu. Bagusssss sgt.
Sebab tu penting hijrah.
Sebab tu org ckp klu berumahtangga keluarlah dari rumah.
Sebab tu sayang tinggal-tinggalkan.
Keluar lah.tapi ingat tanggungjawab.
So kalau keluar dari rumah tu dapat settle masalah tak? Aku tak rasa masalah settle. Lagi-lagi kalau mak jenis tak bagi si bongsu keluar dari rumah. Sindir tu memang sindir tapi mata dia nak jugak nampak bongsu duduk rumah.
Agreed!
Get out from that house and live your own life. Ada depan mata mmg org tak hargai. Stay away, they will find you. Cari transport, keje and go travel. You’ll be happier. Setiap bulan masukkan je duit dlm acc mak. Takpelah dia tak hargai pun just make sure masukkan takde lah nnti diungkit keje bagus tak reti bg duit kat mak. And be strong! Banyakkan doa.