Salam kepada pembaca setia IIUM Confession. Diharap para pembaca sihat walafiat hendaknya ketika mana anda membaca coretanku ini.
Sebenarnya, banyak perkara yang membelenggu hidup aku. Dari kecil sampailah aku sudah berumah tangga. Apa yang membuatkan aku banyak berfikir?
Ianya tentang sepanjang perjalanan hidupku hingga ke saat ini. Dan semestinya ada toxic people dalam kalangan aku iaitu ayahku.
Sebelum aku bercerita lebih lanjut, izinkan aku perkenalkan diri aku. Nama samaranku Mira. Anak sulung dari 3 orang adik beradik. Dah berkejaya, sudahpun berkahwin.
Aku bekerja di ibu kota sementara keluargaku berada di Kedah. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Kerjaya ayahku adalah seorang tentera (kini pencen) manakala ibuku hanya surirumah (tetapi banyak bekerja sambilan untuk membantu keluarga).
Sifat ibuku tegas tapi masih tunjukkan kasih sayang. Manakala ayahku seorang yang lebih kepada panas baran tak bertempat.
Dari kecil kami adik beradik selalu dipukul, digertak, ditumbuk, diterajang, dimaki, ditumbuk, disebat dan macam-macam atas alasan tak munasabah atau tak setimpal dengan benda yang dibuat.
Sebagai contoh, aku pernah kena terajang pukul tumbuk hanya disebabkan tertumpah air putih atas meja makan masa kecil dulu.
Bukan itu sahaja, kalau result peperiksaan tak memuaskan hati dia, balik je rumah memang kami kena kaki lagi dimaki bodoh bebal dan sebagainya.
Time tu semua benda di ungkit, membazir duit besarkan kami adik beradik la, pastu cakap kenapa dia dapat anak yang bodoh tak macam ank orang lain pandai (kami takde la bodoh sangat, cuma malas belajar biasa ka time tu budak-budak lagi).
Pernah kena terajang sampai pengsan sebab hanya bergaduh adik beradik (masatu umur dalam 5 atau 6 tahun) Banyak lagi perkara yang diceritakan pasal tu tapi takpe la. Sampai suatu hari tu rasa give up nak hidup.
Ye la, asyik kena pukul je. Tak pernah nak tegur elok. Masa tu mulalah bandingkan ayah orang lain dengan ayah sendiri. Mula salahkan Allah kenapa hidupkan aku dalam keadaan begini. Allahu.
Yang membimbangkan aku sekarang ni, ibu aku tinggal dengan ayah aku dikampung. Kami adik beradi sudah bekerja di luar negeri (3 orang adik beradik). Ayah aku panas baran. Dia selalu pukul ibu aku. Sebab? Benda simple.
Pernah juga ibuku mengadu kepada aku yang ayah aku selalu main telefon (tertangkap main chat dengan perempuan lain) dan bila ditanya, ayah aku menafikan dan dibelasahnya ibuku, ditolak, diterajang, ditampar, ditumbuk.
Pernah juga ayah aku kantoi dengan aku dia chat dengan perempuan lain. Bila aku tanya kenapa buat ibu aku macam tu, aku pun dapat terajang penumbuk percuma.
Ya, aku tahu ibu aku ni jenis penyabar, hati lembut, penyayang dan semua anak-anaknya syang dekat dia berbanding ayah aku.
Apa-apa perkara kami adik beradik memang berkongsi cerita dengan ibu sahaja. Kerana ibu aku jenis memahami dan saling menyokong, memberi semangat kepada kami.
Lain ayahku, dahlah panas baran, toxic pulak tu. Bila dia yang salah, dia akan putar belit emosi kami, putar belit cerita kononnya dia tak bersalah.
Ibuku juga sering dimarahi dia katanya rumah ni kotor tak bersih la apa la sedangkan dia yang sepahkan barang-barang dalam rumah, bila makan selalu letak sisa-sisa makanan atas meja, letak barang berlonggok.
Bila disimpannya barang dia, kalau tak jumpa barang tu terus mengamuk satu rumah dan mulalah maki maki orang dlm rumah tu. Ya, asal bergaduh je ayah aku akan halau ibu aku dari rumah.
Tapi ibu aku still sabar. Ibuku ada macam-macam penyakit kronik. Tapi tak pernah dihargai oleh seorang suami. Sering dipukul diterajang ditumbuk hanya disebabkan perkara remeh temeh dan tak masuk akal.
Aku bimbang bila aku kembali bekerja nanti (habis cuti) macam mana kehidupan ibu aku seterusnya?
Apa aku nak buat ni? Depan mata aku sendiri ibuku diterajang. Agak-agak masa ketiadaan kami bagaimana keadaan ibuku. Semoga ibuku baik-baik sahaja. Aamiin.
Toxic. Disebabkan perangai ayah aku macam tu, aku jadi trauma. Sering dipukul sejak kecil (perkara remeh temeh) Tiada keyakinan diri untuk bercakap. Tiada keyakinan diri untuk memulakan satu hubungan.
Ditempat kerja aku hanya bersendirian. Kerana sampai sekarang aku masih rasa tak yakin dengan diri sendiri.
Perkataan “anak yang bodoh” sering merasuk minda. Mungkin bagi sesetengah orang rasa perkara ni biasa. Tapi itulah susah aku nak cerita detail tentang ayahku mungkin bagi sesiapa yang mengalaminya akan faham.
Aku rasa hilang hormat aku terhadap dia. Aku berdoa biarlah suatu hari nanti dia dapat balasan setimpal dan dapat menginsafkan diri dia.
Bagaimana satu hari nanti ditakdirkan ayahku sakit atau memerlukan kami adik beradik?
Adakah masih ada rasa kasian dalam hati ini? Dapatkah kami memaafkannya? Kejamkah kami? Berdosakah kami Ya Allah? Maafkan kami.
– Mira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit