Hi semua, sekadar bertanya. Maaf kalau soalan saya mengguris perasaan.
Bolehkah saya merancang anak menggunakan kaedah luar seperti IVF tanpa melalui hubungan seksual suami isteri? Apakah hukumnya di dalam Islam?
Saya sudah berumur lewat 20an dan masih belum berkahwin. Akan tetapi, saya benar2 ingin memiliki baby/anak sendiri.
Saya sedih dan agak down melihat orang lain yang mempunyai anak2 sebagai peneman.
Melalui anak saudara, saya curahkan kasih sayang sepenuhnya pada mereka.
Saya mengaku saya memang tidak mempunyai rupa paras yang menarik.
Senang kata, saya seorang yang sangat buruk rupa dan tidak CANTIK langsung. Saya tak rasa akan ada orang yang berkenan dengan saya.
Jadi, saya sanggup untuk berkahwin dengan mana2 lelaki yang sedang mencari bakal isteri tapi tidak mahu mempunyai komitmen apa2 (zahir dan batin).
Hanya sebab nak tutup mulut masyarakat, family suruh, gay, dan etc. Cukup untuk sekadar kahwin sahaja. Tidak perlu hantaran atau apa2.
Saya juga tak harapkan apa2 dalam ikatan perkahwinan ini sebab saya juga bekerja dengan pendapatan yang lumayan. Sangat2 cukup untuk saya tampung diri sendiri dan bakal anak saya.
Saya memang sudah berdikari sejak kecil. Saya hanya nak anak tapi melalui cara yang sah dalam Islam.
Sekiranya lelaki tersebut ingin ceraikan saya sebelum/setelah saya berjaya mendapat baby (kalau ada), juga tidak mengapa. Dan tidak perlu risau tentang nafkah anak.
Saya yakin dan pasti saya akan ditinggalkan jua kelak sebab ramai perempuan yang cantik di luar sana.
Jadi ini adalah win2 situation. Lelaki tidak perlu risau dah saya juga tidak perlu berharap lebih2.
Terima kasih kalau sudi bagi pandangan.
– Yang Menanti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit
Dgn izin Allah akan ada someone yg menerima akak seadanya satu hari nnti.. cantik tu subjektif, kita akan nampak cantik di mata org yg tepat💙 semoga akak akan temui kebahagiaan nnti Aamiin..
don’t do IVF is haram for muslim single women maybe boleh try ambil anak angkat dulu