Hi semua. Aku Minah. First of all, luahan aku adalah berkaitan marriage. Sila skip kalau tak nak baca.
Usia perkahwinan aku bawah 5 tahun dan usiaku hampir 30, dan usia suami lebih tua dariku. Aku dah ada anak.
Awal kahwin, semuanya indah. Kentut suami pon masih aku boleh tahan. Selepas ada anak, semua berubah. Aku jadi panas baran.
Untuk pengetahuan semua, aku dan suami PJJ dan hanya berjumpa waktu weekend sahaja. Urusan anak, semua dibawah tanggungan aku.
Suami aku typical lelaki, yang mana kita perlu ketuk, baru dia gerak. Aku tak minta banyak, cuma nak suami aku take over jaga anak waktu weekend je.
Macam biasalah, kalau aku tak minta tolong mandikan anak, jagakan anak, takdelah suami aku buat. Walhal aku dah banyak kali bincang pasal ni.
Aku dah banyak kali bagitau aku penat jaga anak. Dah banyak kali juga aku mental sampai termarah anak, hempas anak dekat tilam, baling mainan anak. Aku bukan sengaja, tapi aku geram.
Suami aku macam tunggul, kadang-kadang kalau dia mandikan anak, tugas dia stop sampai mandikan saja, siapkan anak dia pass pada aku.
Kadang anak aku nak tengok tv, pon aku jugak yang kena layan. Suami aku? Terbongkang atas katil main game. Aku tak berkira tapi aku nak sama-sama buat. Anak sama-sama kan?
Kalau makan luar jangan ceritalah. Dulu aku pernah cuba amalkan konsep take turn. Tapi bila aku makan dulu dari suami, aku akan makan dengan cepat. Tak sempat kunyah 40 kali. Kesannya aku jadi cepat lapar (mungkin sebab aku breastfeed jugak).
So aku tukar plan, makan selepas suami aku makan. Paling sakit hati, dia makan dengan tenang tanpa memikirkan perut aku yang berkeroncong kelaparan. Geram tak? Atau aku je yang over? Lepas dari tu memang aku makan sekali dengan anak.
Anak aku dah masuk fasa semua benda nak buat sendiri. So bila dia nak guna sudu, yang masuk 1% je, selebihnya jatuh ke bawah. Air pon dia nak minum dari gelas dan straw milik kedai makan.
Suami aku macam biasa, masih tenang di posisi makan sambil jadi kak nam dengar orang borak, kadang makan sambil leka tengok skrin layar, kadang makan sambil sibuk dengan phone. Yelah kita mak kan, memang kita je lah kena busy dengan anak.
Kadang tu aku sampai kena cuit laki sendiri, tolonglah marahkan anak tu sebab anak aku banyak main dengan makanan dari makan.
Ya, anak aku tak takut pon kalau aku marah. Sekarang ni pon aku makan apa sahaja hanya guna sudu ATAU garfu. Tak dan nak guna dua-dua. How I wish aku ada 10 tangan.
Bab susu, pampers, barang mandi anak, lauk anak, babysitter pon guna duit aku. Baju anak? Pon duit aku. Awal-awal dulu je laki aku excited nak belikan anak aku barang-barang tu, lama kelamaan takde dah.
Memanglah sedara mara ada bagi baju pada anak aku, tapi kadang baju tu besar sizenya. Tak kemaslah kalau anak pakai baju gelebeh-gelebeh ni, sakit mata kita temgok. So terpaksalah aku pejam mata belanja baju anak.
Laki aku tak pernah pon tanya susu anak ada tak, pampers cukup tak. Pernahlah sekali dua tanya, tapi lepastu nan hadoooo. Nak tunggu weekend beli sesama? Alamatnya memang anak aku tak berpampers, tak bersusu.
Oh btw susu tepung tu hanya pakai waktu dekat rumah babysitter since aku mak yang pemalas nak membasuh breastpump.
Kadang aku rasa tak nak dah kahwin. Aku kahwin pon tak fully kenal suami aku punya perangai. Cuma tau kerja, background family, so, kami proceed je nak kahwin kononnya tak nak dah bazir masa bercinta.
Suami aku kerja biasa-biasa je. Biasalah lepas kahwin dah tido sebantal ni serba serbi tak kena. Suami aku pulak masuk kategori mild pengotor.
Shampoo tu kadang aku suruh sebab tak tahan bau tengik kepala dia. Gosok gigi pon hmmm payah betul. Mandi pon sekali sehari. Kenapa aku kata mild sebab kalau dia bersiap, completelah semua. Deodorant, perfume cuma tulah part lain tu nak diketuk juga dulu.
Masa dating dulu manalah tau semua. Bila jumpa tau tau wangi je. Hahahaha. Aduhai. Letih aku ada dua baby sekarang.
Entahlah rasa nak pulang semula laki aku kat mak pak dia. Takpun nak let go je. Boleh tak gitu?
– Minah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Boleh je. Pulangkan lah suami tu kat mak die.
Dari apa yg tt ni cerita,semua bnde tak kene..semua bnde nk perfect..even anak makan pun dia nk semua 1 pinggan masuk mulut anak..
Sis pjj dgn suami..dri bacaan anak baru sorg. Baru sorg ye.. tp rasa mcm ada anak 10 kan..
Sebab sis rasa beban..sangat terbeban..dri segi anak dan suami serta pengurusan..
Macam ni..sis baru anak sorg..suami pulak jenis ketuk baru buat..bnde ni baru lagi dlm perkahwinan..sis boleh mula kan langkah dengan sis mula kan dulu.
1st sis kene aturkan kewangan dari segi keperluan anak..tengok suami mana mampu,mintak utk dia belikan mcm pempes,susu..baju dan pengasuh tu boleh half2..tengok pada kemampuan suami.kalau suami x mampu,jgn sis paksa diri..rileks dan aturkan sebaik mungkin. Ni baru anak baru nak bertatih..sok2 anak sekolah,semua sis kene buat tau..
Ok..dri segi kerja rumah dan pengurusan rumah,ajak suami buat sama2..sentiasa…paksa dan ajar..biarkan berkali2 sekali pun..lama kelamaan bnde yg diajar ni akan jadi kebiasaan..insyaallah