Berdosakah Aku Membenci 1buku?

Assalamuailaikum aku Zahra berusia awal 20 an aku dilahirkan dalam keluarga yang agak senang semua telah desediakan oleh ayah aku.

Aku anak sulung dari 4 adik beradik. Aku baru saja menamatkan pelajaran di Universiti di utara tanah air.

Setelah tamat degree aku mula bekerja alhamdulilah Allah permudahkan urusan aku semua berjalan seperti yang dirancang.

Insyaallah hujung tahun ni aku akan bernikah dengan pasangan aku yang aku kenal sejak 6 tahun lepas.

Pada luaran aku terlihat bahagia semua cukup dan ayah aku merupakan seorang yang dihormati.

Masalah sekarang ialah ibu aku, aku mempunyai perasaan yang kurang senang terhadap ibu aku sendiri ya wanita yang mengandungkan aku 9 bulan melahirkan aku mengadaikan nyawanya terima kasih ibu.

Ibu aku mempunyai boyfriend ya di luar dari mana aku tahu? Aku bukan kanak kanak yang mudah ditipu semua gerak geri ibu aku aku tahu.

Jantan tersebut (Boyfriend ibu aku) memang suka kikis duit ibu aku hahahah. Malu yesssss aku malu ada ibu seperti ibu aku aku hanya hormat ibu aku kerana syurga di bawah kakinya sayang?

Tak aku lebih sayang ayah aku. Ayah banyak mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik .

Ibu aku berusia pertengahan 40 an nak kata nampak muda tidak sangat tetapi cara pakaian seperti orang umur 18 kot…

Bila kami keluarga keluar satu keluarga ibu aku akan berpakaian sopan bila keluar dengan boyfriend dia ya Allah aku sendiri malu melihatnya nampak semua.. baju nampak pusat skrit sampai peha ya Allah malu sungguh aku malu.

Aku setiap hari berdoa agar Allah bukak pintu hati ibu aku untuk bertaubat kembali kepada jalan Allah tetapi semakin teruk ada la.

Aku tak boleh nafikan perasaan benci ini kadang2 aku menangis kerana aku tidak mampu menegur ibu aku.

Ibu anak mu ingin kita ke syurga bersama sama anak mu tidak membenci mu wahai ibu anak mu hanya membenci perangai mu sahaja.Maafkan anak mu ibu.

Parents aku masih belum bercerai ya dan ayah aku masih memberi duit terhadap ibu aku. Tetapi ibu aku bila di luar ya Allah malu dekat adik-adik aku ya Allah.

Ibu aku aktif di tiktok haritu ada seorang kawan aku hantar video tik tok ibu aku terhadap aku.

Ya Allah sungguh memalukan ibu ku bergolek golek bukan cantik pon pelik ada laa orang tua bergolek ya Allah aku malu.

Pernah juga terdetik kalau keluarga bakal suami aku tahu perangai ibu aku bagaimana?

Ayah aku seorang yang dihormati ibuku pulak kaki gelek tiktok yang mempunyai scandal aduh malu yaa harap2 mereka tak tahu la.

Pembaca tolong doakan agar ibu aku berubah ya menjadi seorang wanita isteri dan ibu solehah. Aamiin…

Ibu maafkan aku ibu kerana membencimu di atas sikap mu… Semoga engkau berubah aku sangat sayang terhadap mu ibu

– Zahra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *