Berdosakah Aku Merindui Isteri Orang?

Assalamualaikum. Cerita aku bermula selepas SPM. Aku pada mulanya Sekadar cuba mengganggu rakan sekelas aku sebab dialah perempuan yang paling garang dan misteri dalam kelas aku.

Entah macam mana ejek mengejek dan pergaduhan bertukar menjadi rasa sayang. Tapi kami tak jadi kekasih memandangkan aku fikir duit topup pun mintak mak ayah manakan nk berkasih. Zaman tu sms jadi penghubung. Celcom ke celcom 1sen/sms.

Selepas dapat result SPM aku dapat tawaran luar negara. Dia dapat matrikulasi. Aku masuk persediaan ke luar negara. Dapat elaun bulanan dan aku declare couple.

Tempat persediaan aku dengan matrik dia jauh. Kami sekadar berhubung dengan telefon. Date bila cuti sem. Tu pun 2,3 kali je setiap cuti sem sebab aku tak suka sangat keluar dating. Sebab sebenar takut kantoi dengan ahli keluarga/ sedara.

Selepas aku fly ke luar negara aku masih teruskan hubungan dengan dia. Dalam hati aku memang dialah orang yang aku nak nikahi. Ni memang saat paling indah. Boleh kata tiap2 hari lepas call mak aku dialah orang yang aku call. Rasa macam tak ada siapa yang boleh pisahkan kami.

Pendek kata semuanya sempurna. Tapi masa aku tahun 2 aku ada salah faham dengan dia. Dia terus block aku dari hubungi dia. Aku telefon guna skype jadi dia tak tahu nombor aku. Dengar je suara aku terus dia letak phone.

Lama aku mencuba sampai aku pun lupa berapa lama. Lepas setahun dia ada pakwe baru. Aku pulak belajar ke laut dan extend. Nasib baik habis. Tapi rasa sayang tak pernah hilang.

Selepas habis belajar aku balik Malaysia dan kerja. Gaji aku time tu RM5k. Aku sangat cermat berbelanja tapi untuk keluarga memang aku all out. Aku fikir nak bahagiakan mak aku je.

Ayah aku meninggal masa aku belajar di luar negara. Sampai sekarang aku tak boleh bercakap pasal ayah aku sebab mengundang air mata.

Pernah masa aku interview kerja dapat tajuk ‘orang yang dikagumi’. Aku cerita pasal ayah aku tapi lepas tu termenangis depan interviewer sampai tak boleh bercakap. Dan inilah sebab aku tak bekerja di luar negara. Duit yang aku simpan aku belikan mak aku kereta mewah. Mak akulah segalanya bagi aku.

Dan rasa sayang aku dekat ex aku pun tak pernah hilang. Cuma aku kawal diri dari cari dia. Aku pernah bagitau dia aku ada pride aku sendiri. Aku tak akan kacau dia selagi dia ada boyfriend tapi aku tak akan give up menunggu selagi dia tak kahwin.

2 tahun lepas aku balik Malaysia tiba-tiba ada orang DM facebook aku. Rupanya janda aku. Aku cuba bersikap profesional dan cool dan dia mintak no hp aku. Rasanya aku bagi ke tak? Berbunga2 la aku bagi.

Malam tu dia text aku tapi aku layan macam biasa2 sebab status dia pun aku tak tahu lagi. Tambahan pula aku mmg dah berjanji dengan diri sendiri tak nak terlibat dengan permainan cinta ni. Hampeh dan menyakitkan.

Korang boleh jangka kan kenapa dia contact aku. Sebab dia ada problem dengan bf dia. Takde restu keluarga katanya. Aku jawab no comment dan aku taknak campur. Dia kata aku suka la tengok dia terseksa. Aku pun bagi la ceramah sikit dan dia pun hilang.

Beberapa bulan lepas tu dia contact aku lagi. Katanya dah clash. Tipu la kalau aku kata aku tak happy. Aku pun contact dia mcm biasa dan lama2 lebih rapat dari biasa. Dia nak sambung phd dan aku pun mencadangkan satu universiti dekat dengan tempat aku kerja dan tinggal.

Aku dah terbayangkan bahagia lagi sekali. Kami sepakat dengan term playsafe, ‘kalau ada jodoh ada la’. Dia pun sambung la phd tempat aku. Tapi aku pun pelik kenapa aku tak keluar dating sangat walaupun dekat. Aku pun sibuk dengan kerja dan aku layan dia biasa2. Kecuali kalau dia mintak tolong lepas kerja memang terus aku pergi jumpa dia.

Satu hari tu dia cakap jom kahwin. Aku yang cerdik pandai ni pun cakap la betul ke? Kenapa nak dengan aku. Aku tanya untuk dapatkan kepastian tapi dia mcm takde jawapan. Aku pun biarkan berlalu jela isu ni. Aku sebenarnya nak tengok kesungguhan dia sebab lepas ditinggalkan dia dulu aku jadi berhati2.

Satu hari selepas beberapa bulan aku bangun dari tido dan aku call dia. Aku ajak dia kahwin. Dia gelak2 cakap haritu taknak. Aku pun gelak2 jugak la cakap aku nak test dia je. Aku ingatkan semua ok. Lepas habis call dia mesej aku. Dia cakap dia mmg nak kahwin tapi bukan dengan aku. Aku ingat dia bergurau.

Hari-hari seterusnya aku masih berhubung dengan dia tapi dengan mesej jela. Beberapa kali seminggu. Dia ada cerita kawan dia dok kenen2 dia dengan orang lain. Tapi masa ni aku bodoh tak faham hati perempuan. Aku ingat hati dia dekat aku.

Tak lama lepas tu tiap kali aku bangkitkan lagi pasal kahwin dia akan cakap dia memang nak kahwin, tapi bukan dengan aku. Aku masih anggap benda tu biasa. Ada suatu hari tu dia tanya aku kalau dia jemput ke majlis dia aku pergi tak. Aku cakap haram memang aku takkan pergi. Lepas tu kita orang gelak2.

Dan pada suatu hari dia mintak no akaun aku katanya nk bayar duit aku. Aku ada tolong dia sikit2 sebelum ni sebelum dia dapat duit jadi RA universiti. Aku cakap tak payah la bayar bagi iphone dah la. Tengoklah semua bodohnya aku sampai bab ni pun tak faham lagi. Makin lama aku rasa dia makin jauh.

Dia ada cakap jangan kacau dia sebab sekarang dia tgh seeing somebody. Refer janji kalau ada jodoh. Aku masih tak percaya dan tambah pulak busy kerja. Aku ada mesej dia tapi dia tak reply.

Satu hari tengah aku scroll facebook aku ternmpak satu gambar yang menghancurkan hati aku. Rupanya dia betul2 kahwin. Haritu petang jumaat aku ternampak gambar tu. Aku tengah keje tapi dah dekat nak balik. Aku speechless.

Dengan muka hampir menangis aku bagitau kawan sebelah aku ‘gf’ aku kahwin dengan orang lain. Lepas tu aku balik rumah aku terbaring di ruang tamu tengok kipas. Macam2 aku fikir. 3 hari aku renung kipas. Nasib baik bos aku faham dia bagi cuti.

Aku tak boleh nak describe perasaan aku dengan penulisan. Hancur. Berkecai. Tak berdaya. Aku rasa bodoh sebab tak faham hint dari dia. Aku cuba make peace dengan diri aku. Aku mesej dia ucapkan tahniah dan cakap as promised aku tak akan kacau dia lagi. Aku tak lupakan dia cuma aku biasakan hidup tanpa dia.

Setahun lepas kejadian ni aku masih ingatkan dia. Tapi aku tak pernah pun buka facebook dia. Allah tahu aku ni lemah jadi Allah kuatkan hati aku dengan ujian2 ini.

Baru2 ni aku diuji lagi. Aku kena kanser. Ajaibnya aku terima penyakit ni dengan redha. Allah sayang aku. Bila difikirkan balik kalau aku ada anak bini mesti lagi susah untuk aku hadapi penyakit ni. Aku masih dalam rawatan. Umur pun dah banyak.

Aku menulis luahan hati mohon korang doakan aku. Tajuk aku tak tahu nak letak apa jadi aku letak yang kontroversi sikit.

Terima kasih…

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *