Assalamulaikum para pembaca IIUM Confession..
Saya nak share kisah saya. Hanya inginkan pendapat. Mohon jangan kecam.
Cerita saya berkisarkan keluarga saya. Saya ada ayah. Alhamdulillah masih sihat serba serbi, sudah pencen dan kini menetap di kampung.
Ayah saya baik orangnya, ketika bekerja dahulu ayah menjawat jawatan yang tinggi di syarikat yang terkemuka di ibu kota, dengan gaji belasan ribu ringgit.
Oleh sebab ni, keluarga ayah dikampung sering meminta tolong ayah untuk bayarkan itu dan ini.
Seperti keperluan perbelanjaan anak-anak buah ayah, termasuk keperluan pendidikan ketika mereka di menara gading.
Ayah seorang yang baik. Ayah tak pernah cakap “tak boleh”. Lagi-lagi dengan adik beradik ayah.. semua ayah turutkan. Kadangkala seperti digunakan.
Hinggakan adik beradik ayah nak buat rumah dikampung, nak pasang aircond dirumah masing-masing pun minta duit ayah.
Sedangkan masing-masing ada duit, semua bekerja. Tapi masih cari ayah…
Ayah seorang yang baik. Kalau kami sekeluarga pergi membeli belah di pasaraya besar, kami ambil sahaja apa yang kami nak, tak pernah ayah marah.
Keperluan rumah tak pernah habis. Alhamdulillah..
Ayah dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Jadi ayah tidak dimewahkan sejak kecil.
Rumah kami tidak pasang astro/netflix dan sebagainya yang ayah rasakan tidak perlu. Cukup makan dan pakai.
Tapi,
Ayah culas bab nafkah pada ibu. Ayah tak pernah hulurkan duit belanja pada ibu. Ibu tak pernah minta. Segan, tak sampai hati katanya.
Namun, ibu sangat pandai menjahit. Jadi ibu ambil upah menjahit baju jiran tetangga.
Dengan upah ini lah ibu beli keperluannya. Skincare, tukar langsir rumah cantik-cantik, beli kereta ketika abang nak sambung belajar dahulu dan sebagainya.
Baiknya ibu… Saya tak sempat berbakti pada ibu.. Tak sempat saya mewahkan ibu.. Hari ini, genap 10 tahun ibu pergi..
Al-fatihah ibu..
Soalan saya…
Berdosakah ayah?
– Orked (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit