Berdosakah Doakan Orang Mati Cepat?

Hai pembaca sekalian. Persoalan aku seperti di tajuk berdosakah aku kalau doakan seseorang itu cepat mati?

Aku dah tak tahan sangat pendam sakit hati, diseksa mental aku hari2. Orang yang aku doakan itu adalah iparku sendiri, kakak kepada suamiku.

Walaupun bukan tinggal serumah tapi rumah kami berdekatan. Hari2 pun akan berjumpa. Selalunya dia yang akan kerumahku. Aku? Memang tak akan suka2 jejak rumahnya tanpa ada apa2 sebab.

Iparku kalau datang kerumah bagi salam memang dari jauh dia akan jerit panggil.

Suara dia memang kuat macam petir. Selagi tak buka memang dia akan panggil banyak kali. Kalau masih tak buka juga dia akan intai dan ketuk tingkap bilik.

Pernah sekali aku ignore, dia call suami aku yang tengah kerja dan mesej di ‘Whatsapp group’ keluarga yang aku tak dengar2 dia ketuk pintu. Dia nak letakkan anaknya bermain dirumah aku, tujuan dia tak nak anaknya mengamuk nak ikut ayahnya krluar.

Sudahnya, anak dia mengamuk2 juga. Dia macam salahkan aku sebab tak buka pintu. Aku ni bukanlah kejam sangat tapi anak aku baby baru tido kot. Nak melayan kerenah korang pulak.

Itu baru satu dari seribu hal yang terjadi. Aku hadap dia hari2 sepanjang 7 tahun perkahwinan. Lagi satu kenapa aku malas nak bersembang dengan dia adalah sebab dia suka mengkritik orang. Aku ni memang tak terkira dah dikritinya.

Dari segi penampilan, bab jaga anak, cara aku berpantang, cara tidokan anak, cara aku pakaikan baju anak2, hal2 dalam rumah aku pun disibuknya. Cara aku lipat kain salah, cara aku sidai kain salah, cara aku siang ikan salah. Serba serbi salah lah bagi dia.

Mata dia macam lalat tau tak. Ada je kesalahan dimata dia. Nak aku senaraikan satu2 tak tertulis rasanya. Aku pernah melawan cakap dia sebab tak tahan sangat dah. Alih2 nampak aku juga yang salah.

Itu cerita dengan aku. Tapi bukan setakat aku je, dia nak menyibuk juga ambil tahu hal adik beradik, sepupu sepapat aku. Family aku ni memang dia kenal sebab dia suka menyibuk. Bagi dia mungkin dia peramah berbual bertanya itu ini tapi mulutnya tak pandai jaga, cakap main lepas je.

Contoh macam sepupu aku kena. Anak sulungnya berumur 4 tahun masih belum bercakap lagi dan sangat aktif susah nak duduk diam. Boleh depan2 sepupu aku dia cakap,

“Stressnya jaga budak macam ni ye. Lain kali anak2 dari kecik kena rajin bercakap dengan dia. Anak2 akak takde masalah macam ni sebab akak rajin bercakap dengan diorang”

Motif cakap macam tu? Kau main hembus je kan. Tak fikir pun perasaan orang lain. Dia ingat dengan cakap macamtu orang kagum la dengan dia? Padahal orang menyampah.

Anak2 dia pun buas juga kat rumah aku melompat2 atas sofa, berlari kesana sini menjerit2. Bagus sangat la ajaran kau tu.

Adik aku pun kena juga. Tapi dia cakap kat aku la. Dia tanya kat aku, “abu kahwin dah lama takde anak lagi ye? Suruh la dia pergi berurut dengan makcik xx ni” aku dalam hati, yang kau nak menyibuk hal orang ni kenapa? Tapi aku senyap je malas nak layan berbual.

Suami aku jenis tak ambik kisah sangat. Katanya biasalah tu, abaikan je. Suami aku ni jenis soft spoken, tak pernah tinggikan suara pada aku. Ayah yang baik dan bertanggungjawab. Aku sangat bersyukur dikurniakan suami yang begitu.

Cuma kakak iparku memang puaka sungguh. Kakak iparku ni ibarat ibu kepada suami dan adik- adiknya selepas pemergian orang tua mereka. Jadi, mereka seperti redha je dengan perangai dan mulut kakak iparku ni.

Banyak lagi hal lain terjadi tapi aku rasa dah cukup panjang sangat. Masa aku meletup tak tahan sangat, aku marah dia balik. Seminggu tak bertegur dengan aku, aman sikit rasa. Tapi dia buat balik perangai sama.

Nak suruh aku pindah memang takkan dapat sebab dia rumah suamiku sendiri yang dibina diatas tanah keluarga mereka. Mana mungkin la nak pindahkan? Dah duduk di rumah sendiri.

Dalam hati aku memang hari2 doakan supaya dia mati cepat, baru aman tenteram hidup aku. Mungkinkah hati aku yang bermasalah sebenarnya?

– Cinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *