Berdosakah Perbuatan Aku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/berdosa-ke-perbuatan-aku/).

Hai, aku Hana, kalini tak mintak apa apa cadangan. Sekadar nak meluahkan sahaja.

Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih sebab bagi cadangan macam macam untuk aku menguruskan wang dengan lebih cemerlang.

Paling banyak cadangan supaya aku mintak dekat suami lebih, sebab RM200 tak cukup, walaupun aku dah beritahu yang suami aku baik, sediakan rumah dan sentiasa penuhkan peti ais.

Aku rasa tak cukup sebab aku banyak habiskan untuk belanja keluarga, minyak dan tol.

Kereta RM1000 tu termasuk minyak dan tol pergi balik memakan RM400 setiap bulan. RM100 lagi memang aku asingkan untuk insuran dan road tax kereta.

Bayaran bulanan kereta aku tak sampai RM500 pun, sebab tu hati aku kuat nak tinggal sendiri dengan anak, jimat belanja, minyak dan tol.

Bagi aku personally, tak salah orang nak luahkan apa apa pun dekat page ni, sebab page ni pun page confession dan alhamdulillah ada jugak komen yang bagi aku idea.

Aku tulis dekat page ni pun sebab aku dah buntu taktau nak luah pada siapa, pada keluarga takut pulak diorang pun judge suami aku macam komen komen yang aku baca.

Aku kemurungan jugak baca komen, rasa nak bercerai lagi mudah hidup aku rasanya. Sampai aku bergaduh dengan suami, sebab aku kata apa dia bagi aku tak cukup, walaupun itulah kemampuan dia.

Mungkin aku yang salah, sebab tulis semberono supaya orang bagi pendapat untuk aku uruskan kehidupan, padahal aku tak kuat untuk dikecam. Haha.

Lepastu aku tenung anak aku, aku cuma nak bagi dia keselesaan, sebab tu aku kerja.

Suami aku baik, ayah yang baik, selalu menjadi penguat semangat aku, kalau balik rumah, selalu pastikan rehat aku cukup.

Aku baca komen komen yang cakap nanti suami dah cari lain tahulah. Aku harap kalian doakan rezeki kami bertambah, aku kenal suami bukan berperangai macam yang kalian assume tu.

Andaikata dia berubah macam yang kalian assume tu, mungkin adalah Tuhan nak uji aku apa apa,

Sebab aku tahu perangai aku spesis redho macam ni aku siapkan simpanan emas, sekurang kurangnya aku tak meratap tak ada apa apa. Rumah pun sebenarnya atas nama aku.

Aku cuma sedih, sebab aku cakap dekat suami RM200 tak cukup langsung, aku rasa terbeban dan rasa nak bercerai,

Suami tergamam aku cakap macam tu, aku pun tak tahu kenapa aku cakap macam tu, betul agaknya aku ada masalah komunikasi yang teruk.

Kalian doakan aku dapat selesaikan masalah komunikasi aku jugak ye.

Tak. Aku dah tak nak mintak apa apa cadangan daripada kalian, aku cuma nak meluahkan apa aku rasa, takkan aku nak tulis dekat med sos pulak kan. Lega rasanya dapat luahkan dengan cara menulis camni.

Aku cuma diuji dengan suami yang belum berkemampuan untuk tambah duit poket aku, lain orang, lain ujiannya.

Dan ya, aku memang sayang dan cintakan suami aku, walaupun RM200 tak cukup, aku berkahwin dengan suami sebab aku sayangkan dia, kalian memang sayang suami kalau dia mampu saja ke?

Janganlah kecam sebab kasih sayang aku ni. Aku dah lima tahun kahwin, lepas ada anak saja baru aku rasa susah sikit ni.

Terima kasih kepada yang sudi bagi aku semangat. Yang cakap aku mengeluh tu, aku cuma nak meluah rasa, ni kan tempat confession.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *