Berdosakah Saya Pada Dia?

Salam semua. Saya seorang isteri dan ibu pada dua orang anak perempuan. Berumur awal 30an. Saya seorang jururawat manakala suami adalah pegawai tentera.

Saya berkenalan dengan suami sejak sekolah menengah di utara tanah air. Sudah cukup sedekad usia perkenalan kami. Manakala sudah 6 tahun usia pernikahan.

Saya seorang yang extrovert, suami pula seorang yang introvert (zaman sekolah dulu lah rasanya)..

Selama ini rumahtangga kami bahagia. Saya percaya pada kesolehahan suami sebagai seorang yang menjaga warak.. Berhati hati dalam bergaul dengan wanita..

Sebab suami datang dari latar belakang keluarga beragama, dan beliau pun agak warak bagi saya pada pandangan mata saya yang saya kenal beliau 10 tahun dulu..

Tapi semua berubah pada malam 1 september tahun ini di mana saya scroll gallery phone husband dan terjumpa gambar seorang staff wanita tempat kerja beliau di dalam gallery phone beliau..

Dan gambar itu berada dalam album camera.. Bermakna beliau mengambil gambar menggunakan camera.. Kecewa betul saya apabila suami menyimpan gambar isteri orang begitu.

Apabila saya tanya, katanya untuk tujuan bergurau dalam group wasap..

Dan saya mendesak lagi, kalau untuk bergurau dalam group wasap, mengapa tidak diambil gambar terus dari whatsapp, kenapa perlu buka camera?

Kenapa image tersebut tidak berada dalam folder what’sapp image. Sedangkan gambar saya, isteri beliau, tidak ada sekeping pun dalam album camera, katanya sebab phone beliau khusus untuk urusan kerja.

Saya amat kecewa kerana selama perkenalan ini menganggap suami seorang yang menjaga batas dalam pergaulan.

Mungkin pembaca akan kata saya over react, hal kecik saja, tapi bagi saya benda ini besar. Hal thiqah. Hal ikhtilat laki perempuan.

Saya yang bekerja 10 tahun pun, sekalipun bergaul dengan staff lelaki, tidak pernah sekeping gambar staff lelaki saya pernah snap hatta untuk tujuan gurauan.

Bagi saya itu satu kehormatan.. Dan saya expect perkara sama dari suami saya. Dan expectation saya tinggi kerana menganggap suami katgeori introvert dan soleh.

Kecewa yang saya rasa ini telah membunuh 100% rasa cinta dan percaya saya selama ini. Dan apa yang ada dalam fikiran saya adalah cerai.

Semalam ada kemuncak segala amarah saya apabila saya menghamburkan segala kata2 kesat pada suami sebab suami menganggap perkara itu isu kecil..

Saya jadi tidak boleh terima jawapan beliau, bukan setakat mencarut, malah saya telah pukul suami saya.. Nasib baik beliau seorang yang sabar.

Tapi semua itu tidak dapat menghilangkan rasa kecewa kerana hilang sebuah kepercayaan.

Pada pendapat readers semua, persoalan saya,

Salahkah saya rasa kecewa?

Adakah mengambil gambar staff lain jantina itu tidak berdosa walau sekadar gurauan?

Adakah saya ada masalah mental dan baran berlebihan? (ini kali pertama saya mengamuk dan menggunakan kekerasan pada suami)

Saya terlalu rasa kecewa, dan sudah tak mampu pandang suami dengan rasa percaya dan cinta macam dulu, logic kah bercerai kerana ini?

Adakah saya akan menyesal?

Terima kasih semua… amat perlu bantuan semua sebelum saya mengambil keputusan ke mahkamah. Saya tidak mahu bercerita pada ibu ayah / sahabat demi menjaga maruah suami.

– Mrs H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *