Hi semua. Assalammualaikum & selamat tahun baru!
Sekian lama mencari tempat untuk meluah rasa apakah bersalah hanya tinggal bersama tapi tidak hidup bersama?
Pada mulanya hidup bersama. Semuanya bersama. Sampailah satu hari Allah memberi ujian dalam rumahtangga yang membuat aku berbelah bahagi.
Suami aku khianat perkahwinan kami. Walaupun baru 11 bulan dia curang tapi dah jauh mereka pergi.Berhenti selepas kantoi.
Bila minta lepas tak mahu dilepaskan. Aku tanya dekat mana silap dan kurang aku yang tak boleh dibaiki sampai aku kena semua ni?
Katanya tidak ada kurang cuma tamak. Punca tu la perasaan aku semakin memudar sedikit demi sedikit.
Tapi aku tetap cuba dan cuba. Tak henti minta Allah tunjukkan jalan untuk aku pilih agar aku tak menyesal kemudian hari.
Btw aku masih TTC. Dari rasa mahu ada zuriat sampai mati rasa tu.
Pada mulanya aku semakin membaik sampai la perempuan tu muncul semula ugut suami aku. Dan buat emosi aku kacau semula.
Dia kata dia akan hancurkan hidup suami aku. Maka termasuklah hidup aku sebab aku masih isterinya.
Dia ingat aku pilih suami aku. Suami aku tengah bergelak ketawa dengan aku macam sebelum ni ke? Dia tak tahu ke laki aku pun tengah berjuang hadap emosi aku yang semakin hancur.
Tula kan penyondol. Dia yang menyakiti dia pulak extra nampak tersakiti macam aku yang menyakitinya juga hahaha.
But now dia tengah senyap semula. Suami aku cakap apa apa dia akan settlekan. Aku hanya perlu fokus recover diri dulu.
Ye suami aku salah. Salah tetap salah aku tak bela dia even aku nampak lebih menyampah dekat penyondol yang pura2 baik depan aku selama ni. Dia kenal aku ok! Tu lebih memedihkan. But for me dua2 tak guna!
Tapi tu la aku cuba usaha untuk kali terakhir dalam perkahwinan aku dengan niat semoga Allah nampak aku cuba selamatkan perkahwinan aku dari bercerai.
Paling sedih prosess aku recover family aku taktahu pun hal ni. Aku hadap sendirian hancur dia tu luas biasa.
So back to question. Salah ke aku teruskan perkahwinan aku tanpa rasa apa apa dekat suami aku? Hanya sekadar teruskan hidup.
Tinggal bersama dan teruskan tanggungjawab sebagai isteri tapi tiada lagi rasa sayang dan cinta? Cuma fokus nak terus perbaiki diri dan cari keredhaan Allah swt je.
Doakan aku semoga Allah bantu aku membuat pilihan yang terbaik untuk aku. Kembalikan semula keberkahan dan kebahagiaan dalam hidup aku.
(Maaf kalau ayat ada terabur. Risau tak perasan)
Harap sudi berkongsi pendapat dan nasihat. Terima kasih semoga sentiasa dibawah lindungan Allah selalu.
– Capital S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
awak cuba bagi peluang kat suami awak untuk bertaubat dan perbaiki diri dia, penceraian akan menyakitkan banyak pihak
Sebut nk bercerai tu mudah, tp urusanmk brcerai tu rumit Lg2 klau dh ada anak. Pastu ada byk plak harta yg beli sama2 spanjang pkahwinan. Lg rumit, nk uruskn hati yg mula sunyi, emosi yg down, nafsu yg asyik minta dibelai, tp hakikatnya dh brcerai. Apa2 pun fikir masak2 sblm brtindak utk cerai.
Assalamualaikum puan. Saya harap puan baca komen saya.
Saya juga pernah alami hampir sama macam puan tengah hadap sekarang. Suami saya khianati perkahwinan kami yang dibina hampir 10 tahun. Dengan perempuan di tempat kerja yang baru dikenalinya.
Saya jatuh terduduk saat tahu kecurangan tersebut. Walaupun mereka tidak terlanjur jauh, tetapi pengkhianatan yang dibuat oleh suami yang sangat saya dan anak2 sanjungi selama ini betul2 menyakitkan.
Selepas kantoi, suami betul2 menyesal dan bertaubat. Dia tak berhubung langsung dengan perempuan itu lagi(saya install apps jadi boleh tahu kalau suami masih contact atau tak). Walaupun perempuan itu masih cuba hubungi suami, suami block nom dia.
Memang saya nampak perubahan yang besar pada suami, dia hanya fokus untuk ambil smula hati saya, hadap semua kerenah dan amarah saya, tak berhenti pujuk dan peluk saat saya ungkit semua.
Tapi ketahuilah puan, walaupun kejadian curang tu hanya berlaku beberapa bulan saja, tapi hati saya hancur dan langsung tiada rasa pada suami walaupun macam2 usaha suami buat untuk ambil hati saya kembali.
Tapi selepas hampir setahun kejadian itu berlaku, saya dapat kembali diri saya yang dulu. Saya berjaya bangkit semula dengan izin Allah.
Apa yang saya buat lepas kantoi, saya solat taubat dan hajat setiap malam mohon kekuatan dari Allah. Baca yaasin setiap kali lepas solat fardhu minta Allah kuatkan hati. Dan baca doa nabi Yunus banyak2, selawat ke atas Nabi Muhammad banyak2, setiap kali teringat peristiwa sedih tu. Sedih memang sedih sampai tahap saya menangis depan anak2 yang masih kecil, di tempat kerja, sampai terpaksa dirujuk pada pakar kaunseling.
Percayalah pada doa orang yang teraniaya ini tiada hijabnya puan. Allah takkan biarkan hambaNya sendiri. Saya saksikan sendiri kejatuhan dan musibah yang menimpa mereka akibat pengkhianatan yang mereka buat.
Sekarang saya selalu doa, jika suami saya benar2 bertaubat kerana Allah, mohon Allah bukakan semula hati saya untuk mencintai suami seperti dulu kerana hakikatnya hati kita milik ALLAH.
Saya doakan agar Allah permudahkan urusan puan. Puan jangan putus asa, jangan tenggelam dalam kesedihan lama2 sgt. Tak elok untuk kesihatan. Puan kena bahagia dan sayangi diri puan dahulu. Asbab suami curang, Allah dah ambil rasa cinta dan rasa sayang dalam hati puan buat suami. Sebab Allah mahu Puan lebihkn waktu puan dan rasa cinta puan kepada-Nya.
Suami puan salah besar sebab curang. Dia cuba berubah dan bertaubat, itu urusan dia. Urusan puan adalah minta petunjuk Allah, dirikan solat hajat dan istikharah, banyakkan selawat agar Allah beri kejernihan fikiran untuk buat keputusan. Jika stay adalah kptusan terbaik utk dunia dan akhirat puan, puan boleh stay. Namun, jika sebaliknya, beranikan diri untuk ikut jalan yang Allah tetapkan.
Moga puan diberi kemudahan oleh Allah. Allahummaamiin
Akak kena faham suami akak tu,biasanya lelaki macam tu sebab
Akak kena faham suami akak tu,biasanya lelaki macam tu sebab…nafsu