Raya kelima bersama suami tapi masih belum dikurniakan zuriat. Tidak terluah rasanya dengan kata-kata, kadang kala rasa hati memang redha kuat tabah tapi adakalanya air mata jatuh tanpa henti.
Oh ya saya seorang isteri. Alhamdulillah dikurniakan suami yang cukup memahami tidak pernah mempersoalkan tentang rezeki zuriat tapi hati isteri ini sangat inginkan zuriat yang satu hari nanti boleh memanggilnya mama ibu mummy umi. Syukur alhamdulillah juga saya dikurniakan ibu mertua yang tidak pernah bertanyakan soalan yang meruntun jiwa saya berkaitan zuriat, terima kasih mak!
Raya ini saya tidak berharap banyak cukuplah orang sekeliling hentikanlah soalan – soalan yang bakal meruntun merentap jiwa kami ini. belum mengandung lagi? tak mahu berurut ke? dah try makan jamu abc? takkan tak pergi jumpa doc? Cukuplah biar kami suami isteri tentukan apa yang kami perlu dan mahu lakukan. Usaha 1001 kali pun ingatlah kalau Allah belum izinkan rezeki zuriat itu milik kami maka kami masih tetap menantinya tanpa tahu bila bagaimana berapa bakal zuriat kami.
Satu soalan mudah hatta tak mahu cuba berurut di situ? memang niat baik tapi hati ini seperti dirobek robek dgn pertanyaan ini, air mata ini terasa terlalu murah. Maaf hati ini terlalu rapuh. Soalan semudah itu mungkin bakal meruntun jiwa emosi untuk satu dua tiga malah tujuh hari juga.
Rasanya pasangan seperti kami ini sudah habis beratus malah mencecah ribuan ringgit kami berikhtiar demi zuriat. Tapi apakan daya kalian tidak berada di tempat kami. Bukan kami menolak ikhtiar yang dicadangkan tapi kami juga perlukan ruang dan masa bagi mengumpul semula kekuatan dan kewangan kami. Tiada apa yang percuma dalam hidup ini. Maka janganlah kalian berkecil hati jika ajakan untuk berikhtiar itu kami tolak barangkali kami sedang kehabisan wang kesempitan wang.
Cukuplah kalian selitkan doa setiap kali dalam sujud kalian supaya kami yang belum dikurniakan zuriat ini akan dapat merasai nikmat rezeki memiliki zuriat kandung sendiri secepat mungkin, itu sahaja sudah mencukupi buat kami. Saya juga percaya Allah akan beri apa yang saya perlu bukan apa yang saya mahu.
– ain
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit