Berempatilah Kepada Semua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh admin serta readers semua. Kepada admin saya ucapkan terima kasih jika perkongsian saya ini diterbitkan.

Hai nama saya Anonymous. Seorang pelajar universiti yang kini patuh pada perintah PKP untuk berkuarantin di rumah. Saya sempat balik sebelum PKP bermula jadi saya harap kalian tak kecam saya la ye.

Empati , menurut Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud – daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.

Tengok definisi macam senang je kan tapi berapa ramai jer yang betul2 mampu untuk berempati kepada orang lain. Kebanyakannya sangat gagal untuk berempati terhadap orang lain.

Kenapa saya kata demikian? Lihat sajalah reaksi dan respon netizen terhadap suara2 mahasiswa yang terkurung di kolej masing2. Positif, negatif semua ada. Tapi dijamin bilangan respon yang negatif jauh meninggalkan yang positif.

“Mahasiswa sekarang manja”

“Mengada-ngada betul la student zaman sekarang”

“Ingat korang je ada masalah nak depress bagai kami hilang kerja takleh makan korang kerajaan tanggung semua pun banyak merungut”

Disini kita lihat kurangnya perasaan atau sikap empati dalam diri masing2. Nak orang faham dia je tapi dia langsung tak fikir orang lain.

Sebagai student saya sangat memahami cabaran student2 yang terpaksa kuarantin di kolej. Kalau yang ada kawan boleh tahan lagi. Tapi mereka yang duduk bilik sorang2?

Nak bergerak bebas tak boleh sebab PKP. Hari2 rutin yang sama bangun tidur makan belajar. Sokongan emosi kurang. Videocall takkan sama dengan berjumpa depan mata. Lama kelamaan murung juga.

Tak susah pun nak berempati dan melontarkan respon yang positif kepada mereka ini. Cukup dengan menyuruh mereka bersabar, beri kata2 semangat yang baik dan mendoakan sebanyak mungkin kepada mereka sudah memadai.

Tak perlu pun menyokong tuntutan mereka nak balik kampung untuk respon dengan positif.

Malah sebagai student dalam bidang berkait rapat dengan kesihatan, saya tahu apa impak jika PKP dilanggar dengan membenarkan pergerakan balik pelajar2 ini ke kampung halaman. Risikonya terlalu menyeramkan untuk dibicarakan.

Saya kasihan kepada mereka, saya juga bersimpati pada para frontliners yang berjuang dalam medan masing2.

Tapi jangan dilupa jua kesihatan mental mereka. Kesihatan keseluruhan seseorang tidak lengkap tanpa kesihatan mental yang baik.

Membaca komen2 jelek seperti “manja, mengada-ngada” serta segala macam kutukan hinaan dari mereka yang tak berempati semestinya menerukkan mental dan perasaan mereka.

Saya yang dapat berkuarantin dengan keluarga pun sedih dan terkilan membacanya apatah lagi mereka yang mengalami.

Di twitter sahaja sudah cukup toksik. Kecam tak ingat dunia kononnya diri itu terlalu sempurna. Habis semua student dipukul rata sebagai manja dan mengada-ngada.

Entah2 yang mengecam lebat itu golongan T20 dan kuarantin lengkap dengan keluarga sendiri tapi sebab terlalu bosan maka dihentamnya semua pihak termasuk student yang tak bersalah.

Saya pun tak tahu kenapa kalian yang mengecam ni benci sangat dengan student. Pastu masuk bakul angkat sendiri dengan memuji batch masing2 “zaman aku dulu takde manja macam ni blabla”.

Jangan tunggu sehingga betul2 ada student bunuh diri baru nak sedar pentingnya menjaga kesihatan mental mereka.

Ingat, students ni semua ialah pelapis masa depan negara, sama ada setuju atau tidak, suka mahupun tak.

Ingatlah bahawa setiap orang mempunyai masalah yang berbeza-beza, dan setiap orang juga mempunyai cara penyelesaian tersendiri dan tidak sama.

Sekiranya kita mampu berempati dan memahami keperitan sebahagian daripadanya, mengapa kita menidakkan serta menafikan dugaan sesetengah yang lain?

Bukan isu student nak balik kampung je, banyak lagi situasi lain yang jelas kekurangan sikap empati masing2.

Contohnya kluster yang baru turun dari kayangan yang sedang hangat dikecam.

Andai mereka berempati, pastinya mereka akan menjaga adab tingkah laku mereka dengan frontliner, bersyukur seadanya dengan fasiliti yang disediakan.

Juga golongan yang ingkar dengan PKP. Andai mereka berempati dengan kesusahan pengorbanan para frontliner, pasti mereka tidak tergamak keluar sesuka hati beramai2.

Bayangkan tiada seorang pun yang berempati terhadap orang lain, dalam kata lain semua orang selfish dan pentingkan diri sendiri sahaja, apa akan jadi ?

Golongan yang tersepit dan mengalami kesempitan akibat kekangan ekonomi dek PKP, pastinya tiada yang membantu menghulurkan bantuan kepada mereka.

Jikalau kerajaan dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak berempati dengan rakyat dibawahnya, pasti Makcik Kiah dan kita tidak langsung mendapat apa2 bantuan kewangan.

Saya rasa nukilan saya sudah cukup panjang. Dan saya sedia maklum hanya atas sebab kedudukan saya sebagai pelajar universiti, pasti ada yang memandang rendah dan tidak bersetuju dengan pendapat saya malahan menentang mungkin.

Malah saya yakin dalam kalangan readers iiumc sendiri semestinya ada yang tipikal suka mengecam dan tidak ada empati “ala masalah kecil je banyak lagi benda lain”.

Walau apapun respon saya akan dapat dari tulisan ini, saya terima dengan hati terbuka namun tidak sesekali akan saya ubah pendirian saya.

Maaf dan ampun andai confession ini tidak menarik. Semoga readers mendapat manfaat daripadanya walaupun sedikit. Sekian assalamualaikum.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *