Bergaduh Suami Isteri Yang Tak Berpenghujung

Assalammualaikum. Terima kasih admin siarkan luahan hati saya.

Saya Mia berusia 30 tahun, baru berkahwin 2 tahun dan belom mempunyai anak, suami saya bernama M, saya kenal dengan M di tempat kerja, sama2 bekerja di syarikat tersebut, saya pekerja baru di situ.

M ni agak popular di tempat kerja kerana sikapnya yang disenangi ramai, baik, lembut, pemurah dan banyak lagi.

Officemate selalu kenen2 kan kami, mulanya saya tak nak, tapi sebab ramai bagi greenlight cakap dia baik, lama2 saya terima, selepas 6 bulan kami pon berkahwin.

Baru je berkahwin, M dah mula tunjukkan perangai, bukan la perangai yang jahat. Tapi dia suka asingkan diri, kerap tidur diluar, kerap menyendiri, bila saya nak bermanja dia kerap tolak.

Baru sebulan usia perkahwinan, kami kerap bergaduh, M seorang yang baik, tapi dia selalu sangat menjauhkan diri, dia selalu mahu sendirian.

Kalau saya ajak berbincang dia selalu menolak. Sampai saya rasa sedih, kenapa dia macam ni padahal di pejabat dia sangat disenangi ramai.

Sejak tu kami kerap bergaduh, bila bergaduh dia akan amik cuti dan pulang ke rumah ibunya di ipoh berhari2, kami bekerja di shah alam, kadang2 sampai 3 4 hari saya sorang2 kat rumah.

Bila dia balik, dia buat macam takde pape, baik je, belikan saya macam2. Nanti lepas seminggu jadi lagi. Benda ni berlarutan sampai 2 tahun. Mungkin ini sebab kami tak ada zuriat lagi.

Saya selalu menitis air mata bila mengenang rumah tangga saya. Mana silapnya. Kami selalu solat berjemaah, makan sama2 tapi keras gaduh, kadang2 saya tanya nak makan atau tak pon boleh jadi gaduh.

Mungkin nampak macam perkara remeh, tapi benda ni berulang dan terus berulang.

Saya dah cuba untuk mengalah, dia pon kadang kala mengalah tapi at the end akan bergaduh lagi
Saya letih, kalau saya diam tetap bergaduh, kalau saya melawan akan bergaduh lg teruk.

Saya sayang suami saya, dan saya tau dia pon sangat sayangkan saya. Cuma suami susah nak ajak berbincang. Mohon semua doakan rumah tangga saya bahagia.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *