Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca IIUM Confession. Aku ni memang ex-IIUM dan ex-Kaed. Jadi aku saja nak share pengalaman aku bekerja selepas grad. Harap menjadi inspirasi dan pengajaran buat semua.
Aku convo tahun 2009, tapi habis degree show dalam bulan Jun aku dah start kerja. Kononnya tak sabar-sabar kerja nak bayar hutang Ptptn. Haha. Tapi aku bertahan kerja 7 bulan saja di company 1st tu sebab tak tahan stress. Huhu
Tahun 2010 aku kerja di sebuah company kecil di mana designer tak sampai 3 orang. (Paling ramai 5 orang campur budak praktikal) Di company ni alhamdulillah aku belajar banyak benda, terutama cara-cara buat sales, handle client dan pergi site. Pastu walaupun aku reti software design macam 3ds max, AutoCAD dan Photoshop, aku bodoh sangat pakai Microsoft Excel. Haha. Tapi masa aku kerja company ni aku kena belajar juga guna sebab nak taip quotation, etc.
Aku kerja 2 tahun lebih di company tu dan pindah ke company baru sebab nak gaji tinggi dan nak kahwin. Di company baru aku improve sikit design skill dan bila dapat anak, aku berhenti lagi setelah bekerja setahun setengah di company tersebut.
Pastu aku kerja di sebuah company kecil dan hanya bertahan 3 bulan sebab aku decide nak buat freelance atau set up company sendiri. Sebelum tu memang aku dah mula buat freelance dan jadi tutor 3ds max. Jadi aku berhenti kerja dengan orang dan untuk ada fix income, aku kerja part time lecturer di sebuah kolej swasta.
Bermulanya kehidupan mencabar pada tahun 2014 bila aku kerja di kolej, aku mengandung lagi. Dengan gaji yang tak menentu (ikut jam), kewangan masa tu memang tak stabil. Freelance pun tak banyak masuk cuma ada satu projek kena maintain dan itu adalah projek yang aku handle dari A-Z.
Walaupun suami aku masih bekerja, gaji dia pun hanya cukup-cukup nak bayar rumah, taska anak dan kereta family dia guna. Masa nak lahirkan anak kedua dia terpaksa hold duit kereta family. Family dia marah-marah sebab mereka pun takde income untuk bayar kereta. (Tau guna, tapi tak mampu bayar) Disebabkan stress sangat, aku nekad lepas bersalin aku nak kerja balik dengan orang.
Belum habis pantang aku dah hantar berbelas-belas resume through jobstreet dan ke email company design. Walau dengan pengalaman hampir 5 tahun, hanya satu yang panggil interview tapi aku terpaksa tolak (terlupa sebab apa). Masa tu aku down sangat sebab kenapalah Tuhan tak nak tolong aku nak sangat kerja ni. Isk isk..
Tapi rupa-rupanya perancangan Allah lebih baik. Aku ada baca luahan ada seorang kakak ni dalam page penulis buku *Mudahnya Menjemput Rezeki* yang mana dia meletakkan Penggantungan Sepenuhnya kepada Allah. Daripada luahan dia tu aku pun rasa aku kena ikut bergantung sepenuhnya kepada DIA.
Ditakdirkan, HOD course aku di Kaed call aku tanya nak jadi lecturer part time lagi tak kat UIA (sebab aku pernah ajar sekejap ajar budak repeat subject design computer) Tapi dia bukan offer satu subject je, dia minta aku ajar Studio gak.
Alhamdulillah daripada takde kerja, aku dapat mengajar di UIA hanya 2 hari setengah seminggu tapi gaji hampir 3K. Dalam masa yang sama lepas anak aku lahir, bertubi-tubi projek masuk dan suami aku pun terpaksa berhenti untuk tolong handle projek yang ada.
Selain tu, ajaibnya bila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, pernah masa habis pantang, pagi tu duit tinggal RM10 je. Petang tu jumpa client, terus dia bayar cash RM1000. Menangis aku. Haha. Sekarang pun walau ekonomi tak baik, rezeki aku masih ada bila dipanggil bagi talk design dan projek masuk sikit daripada langsung takde. Huhu
Apa yang aku nak highlight kat sini:
1. Dalam mencari kerja ni, kalau kita dah usaha macam-macam tapi kalau Allah tak izinkan, takkan dapat gak. Cuma kena sabar, yakin Allah akan bagi kerja yang lebih baik kalau kita gagal dapatkan kerja yang kita nak tu.
2. Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah. Rezeki DIA yang bagi, bukan manusia. Banyakkan solat sunat dan sentiasa baiki ibadat kita.
3. Jangan takut anak ramai. Haha. Ramai yang marah sebab tak rancang anak dan kaitkan anak dengan rezeki. Seriously, rezeki anak ni memang ada dan kita pun akan *menumpang* rezeki mereka. Selagi kita bergantung kepada Allah, kita niatkan cari rezeki untuk besarkan anak-anak, memang rezeki takkan putus. Insya Allah.
Buat adik-adik yang masih tak dapat kerja di zaman ekonomi gawat ni, kuatkan diri dan jangan give up ok. Yakin Allah pemberi rezeki. Dia takkan bagi apa yang kita nak, tapi akan bagi apa yang kita perlu.
Sekian. Wassalam
– Mdm D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit