Bergaul Mesti Yang Sekufu

Hi semua, aku gelarkan nama aku “H”. Cerita aku tak panjang tapi mungkin boleh memberikan pendapat dan pandangan aku sendiri tentang makna “sekufu”.

Bila kita cerita tentang sekufu ni bukan pasal nak berkahwin semata. Pentingnya sekufu ni bila kita nak berkawan, bekerja, berborak semua penting that’s why kita kena letak “sekufu” ni as priority.

Jadi apa yang cuba aku highlight kan adalah base on kisah aku yang cuba untuk bekerja dalam bidang yang lain. Aku major dalam communication, media and strategic communication memang makanan aku.

Jadi company aku before this memang sempoi biasalah kita kerja dengan geng geng media jadi orang nya pun semua jenis tak keras dan tak begitu formal professional sangat.

Sejujurnya character aku pun bukan sempoi sangat aku jenis yang keras juga kaku dan agak pemalu. Lain dengan character kawan kawan kerja yang lebih loose dan sempoi.

Dari segi pemakaian baju pun aku lebih teratur dan kemas banding diorang yang hari-hari pakai t-shirt dgn kasut sneakers.

Setahun yang lepas aku buat keputusan yang drastik dan nekad waktu tu degil betul untuk pindah kerja dan cuba masuk dalam company yang betul betul corporate dan bidang yang betul betul lain iaitu Energy solar dan construction.

Dua bidang yang sangat berbeza dari media ke solar energy.

Dulu aku buat kerja kerja admin entah macam mana rezeki aku dapat kerja dengan team solar engineering ni.

Meja sebelah aku yang dulu production team and producer terus bertukar kepada senior engineering dan head project solar.

Dia cakap A aku cakap B aku borak pasal movie diorang borak pasal solar panel. Aku borak pasal angle nak snap gambar diorang borak pasal photovoltaic dan sebagainya.

Jadi dari sini aku perasan. Penting nya bergaul dan berkawan dengan orang yang sekufu dengan kita. Jadi bila kita cerita pasal sesuatu diorang tak pelik dan keliru dengan topic kita tu.

Bila kita cuba untuk blend in dia akan ambik masa yang sangat lama sebab kita bagaikan masuk kandang kambing padahal kita ni species kucing, haha. Boleh bergaul tapi nak jadi geng mungkin take time.

Lama kelamaan aku cuba juga masuk dengan diorang walaupun ada terms yang aku tak faham tapi aku cuba tanya. Jadi bila kita tanya diorang pun semangat nak cerita dan terangkan topic tu. Aku pun angguk jelah selagi mampu.

Jadi nasihat aku kepada sesiapa yang nak ceburi bidang yang lain dari lain supaya korang tenangkan diri dulu fikir masak-masak dam hadam.

Cuba study apa bidang yang kau nak ceburi tu. Expect juga dengan environment dan culture yang berbeza.

Cuba untuk beza kan golongan professional elite dengan golongan biasa biasa. Yang mana yang kau selesa borak dan tak segan tu la tempat kau sebenarnya.

Walaupun hakikat kau berani nak cuba benda baru tapi tak semestinya benda baru tu boleh buatkan kau bahagia.

Semoga orang yang bercita cita sama dengan aku dapat tempuhi dunia yang berbeza ni dengan tenang dan jayanya.

Itu je cerita yang aku nak share semoga ada yang boleh relate dengan keadaan aku sekarang.

– yang bercita cita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *