Bergelutnya Aku Untuk Mempunyai Kerjaya

Assalamualaikum… Nama aku Ishida (bukan nama sebenar). Umur aku dah 40-an. Tapi aku masih lagi mencari lowongan kerja yang boleh dianggap sebagai kerjaya yang berjaya.

Aku masih scroll laman web kerja, update resume setiap tahun, walaupun aku tahu umur macam aku harapan sangat tipis untuk dapat kerja sedap.

Untuk pengenalan, aku graduate tahun 2005 dalam bidang sains gunaan di sebuah universiti awam dengan CGPA cukup makan.

Jadi untuk pelajar yang sedang belajar sekarang, berusahalah lebih keras supaya bila korang graduate nanti biar CGPA korang gah. Sebab majikan tak pandang lah sijil dengan keputusan cukup makan.

Cuba banyakkan kebolehan selain dari apa yang korang belajar. Macam aku dah terlajak, tak mampu nak patah balik tapi aku masih cuba belajar sesuatu yang baru. Yang bukan dalam lingkungan keselesaan aku sekarang.

Aku bukan graduan memilih kerja. Aku tak pakai cable untuk dapat kerja selesa. Aku cuba segala jalan yang ada untuk cari kerja lepas graduation. Kerja apa yang aku tak cuba, kerja kilang, sales person, cashier dalam masa yang sama aku cuba belajar skill jugak.

Spa8 tiap-tiap tahun update. Pernah dipanggil IV pegawai sains sekali dan pernah ambik exam sekali. Open interview asalkan ada nampak kat banner atau online semua aku try.

Sekarang aku kerja kilang je. Tak dinafikan aku memang bersyukur walaupun kerja sekarang ni bukan pakai degree pun, tapi disebabkan aku dah lama terbenam kat company tu, tentulah gaji akan naik setiap tahun.

Itupun nak mohon tukar bahagian cukup seksa, 6 tahun kerja operator baru aku mampu menapak ke bahagian teknikal. Aku mohon semua kekosongan dalaman yang ada.

Bila aku dah agak lama sebagai teknikal, aku cuba pulak mintak jurutera dengan harapan sebab aku dah lama kat company tu, dengan pengalaman yang ada sekurangnya laku lah untuk diserap ke bahagian jurutera.

Tapi tak jugak. Bos aku berhenti, manager tengok course pulak. Selama aku buat kerja ni, tak tengok plak course apa?

Ada bos yang nak orang yang dah berpengalaman tapi yang masuk semua muka suci fresh. Aku kena game ke macam mana ni?? Tak salah la nak bagi peluang dekat fresh pun.

Aku tak kisah kena belajar benda baru. Aku belajar sendiri pun tak pa. Aku pernah belajar coding sendiri, 6 bulan baru mampu cipta code sendiri yang mudah-mudah. Sekurangnya meringankan beban kerja aku yang banyak main dengan data ni.

Aku rasa majikan rasa aku tak layak. Mungkin sebab faktor umur. Mungkin sebab faktor pengalaman.

Mungkin sebab mereka rasa nanti- nanti susah nak ajar aku benda baru sebab aku dah tua? Atau pun kifarah aku sebab dulu study banyak buat benda lagha dan main- main???

Entah lah.. disebabkan permohonan aku ditolak buat kesekian kalinya, jadi aku rasa kena give up lah.

Buat bisness kecil- kecil supaya nanti boleh berhenti kerja. lagipun, umur macam ni bukan lagi masanya untuk diherdik diperli oleh bos- bos yang semakin muda yang baru- baru masuk dan baru belajar jadi bos.

Tiap kali bertukar bos, tentunya bos baru akan jauh dari muda dari aku.

Untuk adik- adik, waktu muda adalah waktu korang menimba, menyiapkan diri untuk alam pekerjaan yang semakin tak keruan.

Belajar bersungguh supaya mampu banggakan mak ayah, mampu bina masa depan yang cerah yang bebas dari hutang.

Usah pilih kerja, tapi rebut segala peluang yang ada. Cari peluang selagi ada ruang. Merendah diri masa IV supaya bakal majikan akan rasa hormat pada anda.

– Ishida R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *