Bergerak Dalam Garis Masa Yang Berbeza

Assalamualaikum semua. Saya rasa terpanggil untuk share pengalaman berkenaan dengan masalah graduan nak dapatkan pekerjaan ni. Harap perkongsian aku ni sedikit sebanyak dapat memberi motivasi pada anak anak muda yang tengah struggle untuk dapatkan pekerjaan.

Kenapa tajuk confession aku ni ‘bergerak dalam timeline berbeza’.. sebabnya tak kisah dalam urusan kerja ke, jodoh ke, rezeki ke… semua orang ada timeline berbeza.. kita tak boleh samakan rezeki kita dengan orang lain. Allah dah tetapkan semuanya.. yang kita boleh lakukan, usaha sehabis baik, doa banyak-banyak dan bertawakal.

Ok berkenaan cerita aku pulak… alhamdulilah pada usia aku sekarang 34 tahun aku tengah sambung phd dengan gaji penuh sebagai seorang pensyarah. Laluan kerjaya aku tak mudah tapi alhamdulilah aku seronok, hehe.. Pengalaman banyak sangat mengajar aku. Selepas grad rasanya kalau tak silap beratus resume aku hantar.. asal dengar ada kerja kosong je.. aku apply.. semua karnival kerjaya aku pergi.. cakap jelah kat mana, hahaha. Aku start cari masa last semester aku time degree… aku grad dalam engineering field.. sekarang pun masih dalam bidang yang sama.

First tempat kerja aku kerja kilang.. masuk kerja tak nampak matahari balik kerja matahari pun dah terbenam… kerja engineer kilang… masa ni first time kerja dengan warga asing.. kerja sampai lewat malam kalau machine breakdown. Kalau setakat kena tengking dengan boss sebab tak achieve target, quality out memamg dah perkara biasa lah… tapi aku janji dalam hati, apa pun jadi jangan nangis…bergenang air mata tu biasa lah, hahahaha.. perempuan kan.. So, kadang kadang touching jugak.. masa ni aku masih lagi usaha untuk cari kerja lain..

Selepas 6 bulan, aku dapat kerja kilang tempat kedua.. jawatan executive tapi kalau setakat buat kerja operator tu perkara biasa.. aku niat aku nak timba pengalaman sebanyak mungkin… setakat panjat lori tangki amik sample, masuk tangki yang besar besar tu dah perkara biasa… kerja kilang semua tau kan pressure dia macam mana… semua pasal profit profit.. kerja operator tu semua aku pernah rasa buat, hahahaha.

Tempat kerja ketiga aku, Aku lompat kerja sebab of course gaji lebih, hehehe… tempat kerja no 3 aku.. kilang jugak.. pengalaman yang paling berharga, area plant bukan ada aircond ok… berpanas-panas lepas tu bunyi machine gedegang gedegung… jangan terpengaruh sangat dengan cerita tv3 pukul 7pm tu ye, engineer duduk kat office je ada aircond semua.. nak rasa jadi engineer sebenar… start working in factory… paling aku tak lupa bulan puasa aku berbuka kat gerai luar kilang dengan warga asing… minum air kejap makan sikit lepas tu sambung kerja balik.. macam biasa engineer kilang kerja sebelum matahari naik balik pun matahari dah terbenam ye.. tapi kadang kadang aku balik awal jugak, hahaha…

Tempat ke empat aku kerja kilang.. sama as engineer jugak.. pengalaman banyak sangat.. kerja dengan warga asing, sebab aku dah biasa kerja dengan diaorang so dah tau nak handle macam mana.. alhamdulilah time aku kerja kilang ke empat ni Allah gerakkan hati aku untuk sambung master.. sambil kerja engineer sambil sambung master.. peh penat Tuhan jelah tahu.. tapi bila dah start sambung master aku pegang concept aku kena habiskan susah macam mana pun benda yang aku dah mulakan.

Aku pernah tulis confession sebelum ni pasal pengalaman aku sambung master : https://iiumc.com/pengalaman-sambung-master-sambil-kerja-full-time/. Kalau rajin boleh bacalah.. aku share jugak tips macam mana nak survive sambung master sambil kerja full time.

Alhamdulilah habis master aku terus dapat offer jadi pensyarah.. masa ni aku masih kerja engineer di kilang lagi…. fikir punya fikir aku terima jugak offer ni… lepas 4 tahun aku jadi pensyarah.. Allah permudahkan urusan aku dapat sambung phd.. Alhamdulilah sekarang tengah sambung belajar.. Doakan Allah permudahkan urusan phd aku ye.

Nasihat aku bagi student yang baru habis study and tengah struggle cari kerja jangan risau.. aku pernah lalui apa yang korang rasa… even kerja engineer.. aku selalu je kena buat kerja operator.. anggap pengalaman semua tu.. kadang kadang aku rindu jugak nak jadi engineer… lecturer pun best jugak.. Niat kerja semua tu ibadah kerana Allah..

Usaha usaha usaha.. doa doa doa… sedekah jangan lupa… berbuat baik pada orang tua…. aku yakin satu hari nanti korang semua akan jumpa kerja yang stabil dan korang akan tersenyum tengok korang berjaya lalui semua dugaan-dugaan tu.. Aku doakan korang semua berjaya dunia akhirat ye.

– MISS POWER PUFF GIRL

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *