Terima kasih admin kerana approve.
Aku kenalkan diri aku sbg Ms Vivy. Berumur 20-an dan sudah bekerja. Biasalah, bila dah keja ni korang akan jumpa macam-macam jenis manusia. Macam kes aku, tempat keja aku ni majoritinya lelaki dan dalam department aku pun, lelaki ramai. Cerita aku ni tentang colleague aku iaitu Jiji. Jiji ni lelaki dan sudah berkahwin. Dalam team kitorang, selain dari bos aku, Jiji ni pun kategori mulut longkang. Bergurau jenis kasar dan kadang kalau cakap tu, kita yg dengar ni terpaksa tahan telinga. Aku pulak jenis tak suka nak sentap atau emo jadi kalau dengar diorang cakap kasar tu, selalunya aku buat tak peduli je.
Cuma satu je yg aku tersinggung. Masa tu, kitorang sembang pasal bab diet, dan tiba2 dia cakap, “Hang diet2 pun, tapi hang.. tak lawa pun.” Straight to my face. Kebetulan masa tu sorang lagi teammate kitorang pun ada kat situ. Aku senyum dan diam je masa dia cakap tu. Korang rasa lawak ke? Haha.. entahlah. Kalau korang nak tau, aku jenis yang makeup ala kadar je sekadar taknak bagi muka nampak pucat dan selekeh. Yang penting, aku nampak kemas. Dan aku sedar, aku bukannya stok2 cun-melecun yg ramai lelaki nak. Jadinya aku malas nak amik port kalau orang nak compare aku dengan perempuan lain. Berbalik semula ke mamat ni, mungkin niat dia nak bergurau tapi perlu ke dia mention macam tu? Sepanjang aku hidup la kan, tak pernah sekali orang cakap macam tu dekat aku. Tapi takpe la, aku anggap itu gurauan dan takkan berulang. Tapi jangkaan aku meleset.
Ada satu masa ni aku dan teammate tengah sembang2 sekali bos pun join. Jiji ni pun ada sekali. Kitorang sembang pasal family dan aku pun bukak cerita pasal background family. Dipendekkan cerita, parents aku ni dalam ‘international marriage’. Mak aku adalah orang luar, dan moyang belah ayah aku pun bukan rakyat Malaysia. So aku ada je sepupu-sepapat di negara-negara jiran. Dan tengah syok2 sembang tu, Jiji ni menyampuk dan tanya, “Setahu aku, orang P*****i tu cantik-cantik, tapi awat hang tak cantik?”. Dalam circle tu, ada 4 lelaki, aku je perempuan. Apa perasaan korang kalau orang cakap ko tak cantik, di hadapan orang lain? Semua kat situ terdiam. Aku? Aku sebolehnya cuba kawal riak muka tapi dalam hati Allah je tahu. Malu, marah, sedih semua ada. Nasib bos aku pandai counter balik so aku pun ye kan je lah..
Kalau aku ikut hati nak je aku balas balik statement dia tu sebab rupa dia pun biasa-biasa je. Tapi aku tak buat sebabnya;
1: Aku taknak orang anggap aku ni emo tak tentu pasal. 2: Aku takut perkataan yang keluar dari mulut aku nanti buatkan orang terasa hati. Pernah dulu aku bergaduh dengan kawan aku sampai tak bercakap lepas aku tegur salah dia. Silap aku juga masa tu aku tak boleh nak control emosi. Lama jugak kitorang gaduh tapi last2 baru okay. Aku taknak benda tu berulang.
Macam aku cakap tadi, aku tak pernah face benda macam ni. Sebab common sense la, kau takkan cakap orang tu hodoh ke tak lawa ke. Unless kalau kau memang tak ada manner. Dalam bahasa kasar, kurang ajar. Muka lawa ke tak, itu bukan keja kita. Patutnya jangan tanya aku kenapa tak lawa, tu kena tanya Tuhan sebab Dia yg cipta aku macam ni. Lagipun, cantik itu perkara subjektif. Mata orang lain-lain. Honestly, aku bersyukur dengan apa yang Allah bagi dekat aku. Aku lahir sempurna tubuh badan, ada akal fikiran. Tapi bila ada orang cakap macam tu, aku rasa kecik hati dan terkilan. Indirectly, benda tu ibarat menghina mak dan ayah aku. At the same time, aku rasa rendah diri. Even masa aku tulis ni pun aku rasa sedih. Terngiang2 kata-kata ‘Hang tak cantik’ tu. Macam Jiji ni, dia dah kahwin dan mungkin nanti dia dapat anak. Apa perasaan dia bila orang cakap anak dia tak lawa? Tak handsome? Isteri dia tak cantik? Rasa lawak ke bila cakap macam tu?
Pesan aku kepada pembaca sekalian, nak bergurau tu berpada-pada. Jangan sampai menyakiti dan menghina. Kalau nak cakap tu, jaga perkataan yang keluar dari mulut kita. Kita tak sedar yang kita mungkin menyakiti orang lain. Hari ni mungkin kita rasa benda tu normal, tapi akan datang, orang lain akan buat benda yang sama dekat kita.
– Ms Vivy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit