Assalamualaikum.. terima kasih sekiranya luahan atau coretan ini disiarkan. Ketika sedang menulis ni, aku berada dalam kereta. Berehat sekejap dari kekalutan dunia, cuba mencari me time. Kereta ni pun letaknya kat porch depan rumah saja.
Maklumlah, musim pandemik ni. Sekolah tak dibuka, PDPR campur bekerja dari rumah campur menguruskan rumah tangga memang sangat penat.
Kadang-kadang aku akan mencari ruang untuk menarik nafas, berehat apabila rasa kepala nak meletup atau amarah mulai menguasai.
Yang membuatkan aku terdetik untuk menulis di IIUM Confession apabila berjumpa kawan lama semasa membeli barang keperluan di pasaraya baru- baru ni.
Walaupun memakai mask, tapi raut pandangan mata memang masih sama, tak berubah. Kami berbual sekejap sambil menolak troli ke arah parking kereta.
Kawanku ni satu kuliah semasa belajar di universiti. Dia antara pelajar cemerlang dan mendapat kerja yang agak bagus selepas tamat pengajian.
Namun, kesan pandemik dia diberhentikan kerja dan suaminya yang bekerja sendiri tiada pendapatan tetap. Baru- baru ini, dia didiagnos mengalami masalah kemurungan yang sangat teruk.
Rasa sedih, rasa useless, ingin m4ti cepat. Aku memang faham perasaan itu sebab semasa belajar sekolah menengah, aku pun pernah mengalami masalah kemurungan, depression ni.
Bayangkan waktu tu sosial med belum wujud seperti sekarang, awareness tentang masalah depresi ni tak meluas seperti sekarang.
Kalau zaman dulu, banyak orang akan kata kesan buatan orang. Tapi aku siapa nak kenakan. Bukan sudah bekerja, ada musuh pun. Aku tanggung seorang. Tak ceritakan kepada ibubapa atau keluarga.
Tapi masa tu, aku rasa ada kekuatan yang menyuruh aku fight balik, jangan cepat mengalah. Satu tahun aku tanggung masalah mental ni. Luar nampak okey, dalam aku seorang je yang tahu.
Kekuatan tu susah aku nak gambarkan. Tapi aku yakin Allah yang bagi aku semangat dan kekuatan tu. Masa tu, remaja besar aku mana faham sangat istilah Allah uji orang yang kuat dan layak saja.
Aku cuba dekatkan diri pada Allah. Mengaji, solat awal waktu.Cuba cari ketenangan sebab diri rasa macam nak m4ti je. Tidur tak tenang, makan tak lalu.
Alhamdulillah, selepas setahun aku rasa aku pulih. Memang aku tahu Allah sentiasa bersama aku.Dia uji aku untuk kuatkan jiwa rohani aku.
Jadi,masa kawan aku ceritakan masalah dia. Aku nasihatkan cuba dekatkan diri semula kepada Allah. Letak betul- betul pengharapan pada Dia.
Contoh macam bila kita nak sesuatu, kita aim doa kita tu. Fokus betul – betul dengan harapan Allah makbulkan. Kadang – kadang Allah lebih tahu yang terbaik. Dia belum makbulkan mungkin Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Minta doa dengan Allah, bagi jalan petunjuk. Aku memang amalkan ni sejak dari zaman kejatuhan (kemurungan) tu.
Kesan dia, emosi aku lebih stabil. Jiwa aku lebih kuat. Bila diuji, mula- mula aku akan sedih,tidur tak lena. Tapi takkan berpanjangan.Insyallah, Allah akan bagi petunjuk satu- satu untuk masalah kita.
Kerja aku sememangnya agak banyak dan multitask. Maklumlah, syarikat sendiri. Kita la bos, kita la kuli kan. Memang kita akan buat yang terbaik.
Besarkan syarikat ni seperti membesarkan anak sendiri. Dan kerja kita setiap hari memang tak akan habis. Dugaan kerja aku ni, macam mana nak cakap ya.
Sebab aku berurusan dengan pembekal dan pelanggan. Aku duk tengah- tengah tu. Macam sandwich, hehe.
Pelanggan nak barang cepat, tapi masalah stuck pada pembekal. Kita dah buat sehabis baik. Bila berlaku perkara macam ni, aku akan duduk sorabg- sorang. Cuba berdoa pada Allah.
Aku akan kata dalam hati. Aku dah buat yang terbaik. Selepas tu, bukan dalam kawalan aku dah. Aku tak tahu barang tu masalah apa, kenapa delay lama sangat.
Customer dah bising barang lambat nak guna. Kalau lambat lagi, mereka nak cancel. Ya Allah, kau tolonglah aku permudahkan. Bagilah barang tu sampai cepat.
Minta doa dengan bersungguh- sungguh ya. Insyaallah, mesti barang tu tiba- tiba sampai esok atau minggu yang sama.
So, aku bagitahu kat kawan aku. Cuba dulu macam ni. Minta doa jalan keluar masalah yang terbaik dari Allah.
Mohon kerja yang sesuai, lembutkan hati majikan tu untuk ambil kita. Usaha & usaha. Tiada orang lain yang dapat bantu kita kecuali diri sendiri. Kalau ada masalah kewangan, aku cuba bantu mana mampu. Tapi, usaha tetap kena usaha.
Sedikit sebanyak coretan dari aku. Tak boleh lama dalam kereta ni. Aku dah dengar suara anak bongsu aku menangis – nangis cari ibu. Ibu.. ibu.. langsung tak boleh berenggang. Hidup normal baru ni memang merimaskan.
Tapi kita tetap kena lalui. Aku stress tapi dalam masa sama aku happy. Sebab masih cukup makan, ada tempat tinggal, tidak berhutang. ALHAMDULILLAH.. Semoga kita sentiasa bergantung harap pada Nya.
– Miss Anne Kembang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit