Berhati-hati Dalam Berkata-kata

Terbaca cerita “Janda terbahagia”, sangat menyentuh perasaan dan byk pengajaran yg boleh diambil. Ape2 pon tahniah puan kerana berjaya menempuh dugaan dan ujian yg diberikan oleh Allah. U deserve my respect. Sesungguhnya anda merupakan wanita yg hebat, yg tidak mementingkan diri sendiri dan berpandangn jauh. Semoga anak anda menjadi seorg anak yg soleh dan berbakti kepada anda. Sy seorg lelaki dan sy juga benci lelaki seperti bekas suami puan. Nanti puan, bgtau bekas mak mertua puan, sila bertanding jawatan president dalam persatuan makcik2 bawang semalaysia. Layak sgt dah tu..

Terdetik untuk menulis setelah membaca komen2 netizen tentang “move on”. Perkahwinan merupakan “sharing” and balance utk setiap lelaki dan wanita. Didalam apa2 perkara pon anda perlu balance diantara lelaki dan wanita. Bukan mesti menangkan lelaki dan bukan juga mesti menangkan wanita. Mesti adil dan balance. Tak semua perkara disbbkan lelaki, dan xjuga disebabkan perempuan. Tetapi ada juga netizen komen anda mesti move on, jgn hidup dgn lelaki seperti ini, jgn biarkan perempuan terlalu berdikari. Seolah-olah setiap perkara pergaduhan suami isteri kerana lelaki.. hmm, kalo lelaki yg bersifat dayus dan seperti dalam cerita akak janda bahagia itu sy setuju anda boleh move on.

Tetapi anda bayangkan, xsemua cerita pergaduhan suami isteri ni disebabkan perangai suami. Ianya sesuatu yg subjektif. Dan komen2 seperti inilah yg boleh menghancurkan rumah tangga. Perkahwinan yg msih boleh diselamatkan gagal diselamatkan disebabkan komen2 netizen. Dan yg lebih buruk, bagaimana nasib anak2, bagaimana hubungan kekeluargaan mereka, anak2 yg msih memerlukan mak, msih memerlukan ibu dan bapa. Ada saja lelaki diluar sana yg layan isteri dgn baik, pandai kemas rumah, pandai masak, pandai layan anak dan sbgainya. Kita hidup dalam era convergence dan segalanya berubah. Xsemua suami seperti suami zaman dulu dan suami dalam drama.

Kenapa Allah berikan lelaki kuasa cerai, kerana bila membuat keputusan, lelaki kurg berlandaskan emosi. Kenapa lelaki dilantik menjadi nabi dan rasul, kerana daya pemikiran lelaki kurg berlandaskan emosi. Tatkala dilanda ujian, nabi dan rasul bersabar dan memikirkan jalan terbaik untuk hadapi ujian. Allah larang sekeras-kerasnya suami isteri ceritakan hal rumah tangga kepada orang luar. Kenapa? Sebab untuk elakkan perkara yg x di ingini berlaku dan utk elakkan kelakuan batu api di kalangan org lain. Sila jgn silap ya, kaunseling perkahwinan itu berbeza. Cerita akak ni pon berbeza kerana cara penceritaan lebih kepada pengajaran. Bukan bersifat menghasut.

Sebab itu anda boleh tengok, rata2 kaum hawa yg komen. Ada yg universal, ada yg batu api, dan xkurang juga menghentam. Lelaki juga ada je yg komen cmtu tetapi depends on issue. Sy memuji sesetengah sikap kaum hawa yg komen dgn cermat dan pinpoint pada pengajaran dalam cerita akak ni.

Jadi kesimpulannya, sila berhati hati dalam memberi komen dan fikir dgn bijaksana. Sila lihat apa akan terjadi dgn komen anda. Sila berpandangan jaug. Setiap manusia, xkira lelaki atau perempuan mesti dilayan adil dan saksama. Jgn stereotaip kan pemikiran anda berlandaskan satu2 cerita shj. Tulisan sy lebih bersifat universal. Bukan memihak kepada lelaki atau wanita. Sy tegaskan, sy juga benci kepada lelaki yg menindas kaum hawa. Sy harap anda faham. Nak cerita semua mmg pnjg. Tp cukup untuk memikirkan baik buruk. Sy minta maaf sekiranya tersilap karangan dan menyentuh sensitiviti org lain. Sekian terima kasih.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *