Apa yang nak aku ceritakan ni sampai skarang masih diselubungi perasaan bersalah yang menebal. Rasa sayu pon ada. Kejadian ni berlaku pada tahun lepas.
Penghujung tahun 2015 aku terlibat dalam kemalangan kecil bersama ayah. Motor. Selepas subuh aku & ayah nak gi pasar beli bahan basah (cuma nak topup je sebab tengah ari tu kami ade plen nak gi kenduri). Aku bawak moto slow & steady je, maklumlah, pagi2 buta kan sejuk. Tah camne tah, ade kereta yang keluar susur bergesel ngan moto aku. Ayah tercampak ke longkang, aku pulak tercampak ke perdu pokok. Masa tu aku tengok ayah tak sedarkan diri & aku just rasa sakit kaki sket.. Cuma otak ngah blur sket & badan saket sebab tercampak kan. Aku prasan owner kete tu kuar, seorang laki berbaju tshirt line hijau bersama seluar kaler brown. Kete dia ade kemek & calar pada side sebelah kiri (akibat perlanggaran dengan moto aku). Sempat la aku jeling tengok no flat dia. Dia berjalan nak menghala kitorang tapi dua tiga langkah je dia patah balik & masuk dlm kete. Blah gitu je. This time, aku cakap ‘Moga Allah tarik nyawa ko & family ko, haram, tak guna punya laki!’. 2 3 minit lepas tu ade lah orang ramai yang datang bagi bantuan. Bawak ayah & aku gi klinik. Ayah juz retak tangan sedikit & aku luka kat kaki.
Selepas kemalangan tu, tengah ari tu ayah tetap bertegas nak gi kenduri di area Gombak. Kata dia cedera tak teruk tambah lagi kenduri tu kawan lama dia. Dah janji nak hadirkan diri. So aku pon pegi kenduri tu bersama abang aku. Dia yang drive. Masa di kenduri tu, aku ternampak seorang lelaki yang agak familiar tapi malang nya otak aku tak mampu nak proses mana aku jumpa dia. Usai je makan kenduri tu, kami berjalan pulang ke kete. Time tu aku terjumpa kete yang seakan sama model yang langgar kami pagi tu. Bila berjalan sebelah kiri kete tu aku prasan calar & kemek yang pada pandangan aku sama macam kete yang langgar kami pagi tu. No plat aku tak brape ingat nombor tapi huruf plat dia sama. Terus la aku bagitau ayah. Tapi ayah aku ni alim orang nya, dia just cakap, ‘Biarlah dia, nanti Allah bagi setimpal apa yang dia wat kat orang’.
Kebetulan kami sampai kat kete, adelah kawan ayah datang menyapa. Aku prasan lelaki yang aku pandang kat kenduri tadi datang menghampiri kami. Rupa2 nya laki tu menantu kepada kawan ayah aku ni. Tapi time ni aku masih tak ingat lagi mana aku jumpa dia.
Usai sembang kami pon balik. Nak dijadikan cerita, elok je kete kitorang gerak, aku tengok kawan ayah & menantu dia tu masuk dalam kete yang aku cakap ade calar & kemek tu. Time nilah otak aku mcm rewind kejadian pagi tu. Tapi still aku tak dapat ingat sangat muka laki yang keluar kete tu. Aku bagitau kat ayah yang kawan dia naik kete yang konon nya langgar kitorang tu, tapi malang nya ayah tak prasan pon dorang berdua tadi. So, aku pon senyap jelah.
So berbulan lama nya sampai time hari raya. Kawan ayah aku tu jemput kami sekeluarga datang open house rumah dia. Masa sampai tu aku nampak kete yang konon langgar aku tu kat luar rumah pak cik tu. Dah takde calar2 & kemek dah. Nampak elok je. Time ni aku dah takde dendam pape dah. Aku terima hakikat ade hikmah nya kemalangan tu. So masa kat open house tu layanan family pakcik tu sangat baik. Even lelaki tu, baik je dia layan kitorang. Ade anak2 comel. Seronok usik anak2 dia.
Hari berganti hari, bulan pon berganti bulan. Tah camne 1 hari tu ayah dapat panggilan kawan dia tu. Bagitau yang anak dia 1 family terlibat kemalangan. Paling sayu sume meninggal kat tempat kejadian. Ada yang meninggal masa otw to hospital.
Dummm! Tang sini je terus aku teringat apa yang aku cakap masa kejadian kemalangan tu. Aku doakan benda yang tak baik kat family dia. Sumpah aku rasa bersalah sangat.
Korang suma, hati2 la ape yang korang doakan. Takot nanti termakan diri. Cukup la doakan yang baik2 je walau teruk mana orang buat kita.
– Hamba Allah yang bersalah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit