Assalamualaikum, selamat sejahtera. Aku seorang cikgu tadika, 26 tahun, sudah berkahwin. Alhamdulillah, 3 tahun pengalaman sebagai guru tadika.
Sebelum berkahwin, 2 tahun di Islamic pre-school. Dan sekarang hampir setahun lebih di International pre-school.
Okay, permulaan cerita berdasarkan tajuk. Berhati-hati dengan owner tadika. Cerita saya ini berkisar tentang International pre-school. Owner tadika bukanlah orang melayu dan bukan beragama Islam.
Apa yang saya nak tekan kan, bukan kerana racist atau apa, cuma cara dia mengendalikan tadika yang kebanyakannya murid di situ adalah melayu dan beragama Islam.
1. Dia beli makanan untuk budak budak makan di kedai cina. Dan budak melayu tu makan. Selepas saya menyatakan itu tidak boleh dilakukan, kedai cina tu haram. Kami (orang melayu) tidak boleh makan di kedai cina.
Selepas itu, dia tukar cara. Dia ambil kitchen helper Indonesian. Tapi, bukan Islam. Kristian. Tapi, Indonesian tu pandai berlakon dan mengaburi mata kita, orang Islam. Sebab dia keluar pakai tudung, katanya nak mengaburi mata pak polisi dari tahan dia. Sebab dia warga asing.
Macam mana saya tahu dia orang Kristian? Kawan baik saya merangkap assistant principal yang beritahu saya, principal beritahu perkara itu kepada dia.
2. Bila ada parents (melayu) datang untuk bertanyakan tentang tadika, sengaja dia gunakan cikgu melayu untuk menunjukkan hubungan baik dengan cikgu melayu. Dan dia promote tadika dia dengan memberikan makanan yang halal kepada budak.
Saya teringat di awal tahun ini, seorang ibu budak berkata kepada saya, “saya nampak teacher melayu kat sini tu yang saya berani daftar kan anak saya di sini.”
Dan saya pun menggalas tanggungjawab ini untuk memastikn semuanya berjalan dengan baik tapi apa kan daya saya hanya seorang guru melayu yang minoriti di sini.
3. Dia (principal) tidak percayakan saya yang orang melayu di tempat kerja ini, dia lebih percayakan kaum dia berbanding saya yang sudah lama berkhidmat dengan dia.
Jadi, saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kerja di situ pada tahun hadapan.
Nasihat saya pada ibu ibu bapa sekalian, memang kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak, tapi fikirkan perkara yang lebih penting (makanan, etc).
Semoga ibu ibu dan bapa dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kalian.
– Cikgu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit