Untuk part I, (https://iiumc.com/berhati-hati-dengan-owner-tadika/).
Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab publish kan confession saya yang lepas. Ini adalah sambungan confession saya yang lepas.
Terima kasih komen-komen netizen pada confession yang lepas. Tapi maaf saya tidak berpeluang untuk membaca semua komen. Saya baca mana yang sempat.
Kebanyakan komen mengatakan tentang mandarin. Bagi saya, tak salah untuk hantar anak ke tadika yang menawarkan subjek mandarin kepada anak-anak.
Macam tadika tempat saya bekerja ini, memang ada menawarkan subjek mandarin, tapi owner nya bukanlah Chinese. Dan makanan untuk waktu pagi (break time) budak-budak bawa sendiri. Dan tak boleh share makanan dengan orang lain.
Cuma masalah yang dihadapi untuk budak-budak yang stay sampai pukul 3 atau 6 petang. Makanan tengah hari disediakan. Untuk tadika yang baru dibuka seperti tadika ini, permintaan dari parents untuk budak stay sampai pukul 3 atau 6 petang sangatlah sedikit.
Kebanyakannya parents lebih gemar hantar ke taska selepas pukul 12. Jadi, mereka tidak memerlukan lunch. Ok, situ dah selamat. Dengan adanya saya sebagai guru melayu di situ, insyaAllah terjamin makanannya.
Cuma untuk budak-budak yang stay sampai pukul 3 atau 6 petang, sebelum parents nak hantar untuk program itu, anda berhak tanya apa yang dimakan, bagaimana masaknya, kalau dia kata halal, halal macam mana yang dimaksudkan, ayam nya dibeli dimana, dan sebagainya.
Kalau dia jawab macam nak tak nak, situ dah tau macam mana dia ambil berat tentang hal ehwal makanan.
Tentang mandarin pula, jangan salahkan parents yang ingin menghantar anak ke tadika yang menawarkan subjek mandarin. Tak salah, malah banyak juga kelebihannya.
Saya ada murid yang ambil subjek mandarin, dan pada masa yang sama juga, dia laju baca iqra’. Solat, bacaan surah dan doa juga dia tau.
Bukan tak boleh, boleh, cuma pastikan perkara fardhu ain seiring dengan fardhu kifayah. Yang penting, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mencorak anak-anak.
Untuk yang bertanyakan tentang tadika mana yang bagus. Sebelum anda menghantar anak anda ke tadika, pastikan anak anda boleh ke tandas dengan sendiri, boleh makan dengan sendiri, tidak perlu memakai pampers, tidak perlu botol susu. Lebih baik lagi, anak anda boleh mengenal a-z, 1-10.
Seperti yang saya katakan diatas, ibu bapa yang mencorakkan anak-anak. Ibu bapa lebih mengenal anak-anak, lebih tau dimana kekuatan anak-anak.
Pada saya, tiada tadika yang bagus tanpa adanya kerjasama dari parents. Ke mana tadika pun anda pergi, kalau anda tidak membaca dengan anak anda di rumah, tiada guna juga.
Survey tadika dan bertanya 1001 soalan kepada owner adalah tindakan yang bijak. Boleh tanya tentang syllabus, bagaimana cara guru mengajar, bagaimana di dalam kelas, etc. Selepas itu, fikirkan sama ada anak anda sesuai atau tidak dengan tadika itu.
Selain itu, guru pun memainkan peranan penting dalam sesebuah tadika. Kepada guru tadika di luar sana, jangan mengeluh dengan kerja, lakukan kerja anda dengan seikhlas hati, bukan acuh tak acuh. Kita mendidik anak bangsa pada masa hadapan.
Kepada ibu bapa, sentiasa berdoa anak anda dikurniakan guru yang bekerja dengan seikhlas hati.
Sekian dari saya, terima kasih kerana membaca pandangan saya yang tak seberapa. Diri saya juga ada banyak kekurangan. Memandangkan kita di bulan Rabiul Awwal, banyakkan selawat, moga asbab selawat, kita dikurniakan guru yang baik untuk anak kita, dan dipermudah segala urusan.
– Cikgu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit