Saya amat berterima kasih kepada admin sekiranya menyiarkan cerita saya ini dengan harapan lebih ramai berhati-hati semasa memilih kerja tetap mahu pun kerja part-time. Saya berkerja secara part time selama beberapa bulan di satu kedai runcit . Masalah syarikat ini mereka suka membayar gaji pekerja lewat. Di dalam kontrak mereka menulis akan membayar pada 7 haribulan sekiranya lambat, ianya di atas persetujuan kedua belah pihak. Namun sekarang sudah 9 haribulan bayang pon tidak ada. Mereka bukanlah syarikat yang tiada untung malahan tersangat untung sehingga akan membuka kedai baru lagi pada hujung bulan ini.
Mereka hanya mengambil pekerja yang tidak akan mendatangkan masalah, selalunya gadis muda berusia lingkungan 20an termasuk saya kerana kami bukanlah jenis orang yang akan mengeluarkan panji semerah padi bergaduh dengan bos. Kerana itulah walaupun gaji lambat setiap bulan kami hadap je. Selalunya lelaki tidak tahan bekerja di syarikat ini dan akan kerap bergaduh dengan bos. Bayangkan hari raya Aidilfitri hari tu gaji dibayar pada 9 haribulan, kesian sungguh untuk mereka yang berkeluarga pada masa itu. Bayangkan tuan-tuan dan puan-puan gaji kami di dalam bentuk cek. Untuk cek, hanya selepas 3 hari baharulah duit itu dikira masuk ke dalam akaun bank. Bayangkan pula bila ejaan nama anda salah. Bukan sekali malahan banyak kali terjadi. Tak masuk akal cek yang dicetak mengikut ejaan nama penuh di dalam sistem sering kali salah. Sering ya bukan kadang-kala. Elaun pula tidak dibayar pada bulan itu tetapi pada bulan depannya. Kiranya gaji tinggi yang ditawarkan itu hanya 70% tepat, yang lain dipotong sesuka hati oleh bos atas dasar nak menjimatkan kos syarikat.
Skim gaji yang ditawarkan memang menarik tetapi pekerja di sini sudah lali dengan perangai gila bos. Elaun dipotong sesuka hati, selalunya kedai yang menjadi mangsa adalah kedai yang kurang pekerja. Semakin menghampiri hujung bulan, bersedialah untuk elaun dipotong, kadang-kala hanya kesalahan kecil sahaja. Sudahlah begitu kadang-kala salah pekerja lain, semua pekerja terpaksa menanggung bebannya. Apakah kami harus menanggung potongan elaun beramai-ramai sekiranya seorang pekerja terlambat untuk membuka kedai? Kami juga selalu diugut dengan pemotongan elaun selama sebulan.
Mereka tiada training module, setakat menyuruh pekerja lain melatih pekerja baru. Bayangkan kalau pekerja baru salah bank in duit, siapa yang kena? Gila. Mereka tiada SOP pon tetapi sering kali membuat email kepada pekerja mengenai kesalahan-kesalahan pekerja. Jikalau tiada SOP bagaimana kami tahu kerja yang kami lakukan salah atau betul? Kalau jadi cashier lagi kasihan. Kalau duit short atau extra kena potong gaji 5 kali ganda. Kalau cashier tersebut ada extra RM30 darab sahaja berapa gaji beliau yang akan dipotong.
Memang ramai yang cabut begitu sahaja sebab tidak tahan, setakat hari pertama datang kerja hari seterusnya hilang saya dah biasa dengan semua tu. Syarikat ini pula memang tak takut pekerja lari kerana mereka tidak pernah menjaga kebajikan pekerja. Oleh itu berhati-hatilah ketika memilih kerja kerana kadangkala gaji tinggi itu diberi dengan pakej yang menyusahkan.
Sekian,
Terima Kasih.
– Gadis Teraniaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit