Kisah aku berlaku pada hari Isnin bersamaan 7 Mac 2016. Perjalanan dari tempat aku belajar untuk pulang ke rumah mengambil masa 2 jam.
Aku selalu balik rumah sorang-sorang naik bas express. Kalau dah balik sorang-sorang itu bermaksud kau tak akan tahu siapa yang akan duduk sebelah kau.
Kalau sebelah kau tu sama jantina kira kau beruntunglah, tapi kalau berlainan jantina tu yang kena berjaga-jaga. Tapi kalau bas tu banyak kosong bolehlah ubah tempat duduk.
Pernah jugak tak ada sesiapa duduk sebelah aku memang aku rasa bahagia, tidur pun selesa.
Sepanjang aku balik menaiki bas kebanyakannya lelaki duduk sebelah aku.
Bila lelaki yang duduk sebelah aku memang aku berjaga-jaga, aku sanggup tak tidur walaupun mengantuk macam mana sekalipun. Aku akan mengecilkan badan aku selagi boleh walaupun hakikatnya badan aku bertubuh gempal.
Pada awalnya aku rancang nak balik esok petang sebab aku ada kelas tapi kelas tu batal sebab hari Rabu aku nak teman emak aku pergi hospital.
Jadi aku buat keputusan balik petang Isnin jugak sebab dapat spend time dengan mak aku lama sikit. Aku dapat tiket paling awal pukul 7 petang sebab aku ada kelas hari ini sampai pukul 5.
Aku naik bas bila dah pukul 7 dan orang yang duduk sebelah aku tadi ialah lelaki Melayu.
Aku dah jadi tak selesa, kebetulan hari ini bas tu penuh pulak dan kebanyakannya couple nak tukar tempat dah tak boleh.. jadi, aku pun macam biasa bila berlainan jantina aku akan mengecilkan tubuh aku dan jaga jarak,
Tapi nak jadikan cerita hari ini aku tak berapa nak sihat, kepala pening daripada pagi tadi, jadi aku boleh terlelap dalam bas.
Aku tersedar bila terdengar azan Isya’ daripada phone aku. Bila aku tersedar apa yang aku nampak tangan lelaki yang duduk sebelah aku tadi betul-betul atas tempat yang tak sepatutnya dia letak.
Ya aku dah kena cabul dan aku tak tahu berapa lama tangan lelaki tu atas punya tempat.
Azan Isya’ tu yang menyedarkan aku sebab aku kalau tidur memang dah tak sedar apa lagi-lagi pulak kepala tengah pening hari ini.
Bila aku tersedar aku tolak tangan dia dan dia boleh buat-buat terlelap dan kebetulan time tu dah nak sampai ke tempat perhentian bas. Perasaan aku time tu hanya Tuhan je yang tahu.
Bila bas berhenti je lelaki tu kelam-kabut turun dari bas. Aku dah tak tahu nak buat apa.
Aku teruskan jugak perjalanan aku dari perhentian bas ke rumah dengan menaiki tren. Dalam tren aku duduk tepi tiang dan aku menangis dan terus menangis aku dah tak peduli orang pandang aku time tu.
Nak bagitau mak tapi mak aku tak berapa sihat, mak aku ada darah tinggi, kencing manis dan salah seorang pesakit kanser. Mak aku tak boleh tertekan jadi aku simpan je apa yang terjadi kat aku.
Kesimpulannya, kepada kaum hawa berhati-hati la ketika pulang ke kampung halaman masing-masing. Kita tak tahu apa akan jadi pada diri kita.
Aku sendiri tak sangka benda ni boleh jadi kat aku sedangkan aku selalu balik sorang sorang naik bas tapi kalau benda nak jadikan. Jadi aku tak nak perkara yang terjadi aku tadi terjadi kat korang.
Aku masih trauma dan aku tak tahu nak luahkan kat sape.. jadi aku luahkan kat sini supaya dapat dijadikan pengajaran kepada kaum hawa di luar sana dan aku nak ingatkan supaya berhati-hati.
Kalau boleh jangan balik lewat petang sekiranya tak ada kawan nak balik.
– -Aku mangsa- (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit