Berhenti Atau Teruskan

Assalamualaikum. Pertama kali menulis di sini. Selama ni cuma jadi pembaca tegar sahaja.

Biar aku perkenalkan diri aku dulu. Aku Melur, berumur penghujung 20-an, sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

Tujuan aku menulis di sini hanya ingin meluah rasa yang selama ini aku pendam.

Dulu masa zaman matrikulasi, aku ada sorang classmate yang aku kagum dengan sikap dan keperibadian dia. Dia tak kacak mana, boleh dikategorikan budak ”nerd”.

Dia pada pandangan aku sangat menghormati kaum wanita, tutur kata yang sopan dan seorang ”family man”. Kenapa aku cakap macam tu?

Sebab dia anak lelaki tunggal dan juga anak pertama dalam keluarga dia. Dia selalu akan call dan whatsapp mak dia, setiap kali sebelum kelas, selepas kelas, pagi, tengah hari, petang, malam dan juga hari cuti.

Mulanya aku fikir dia ni mesti anak mak. Tapi bila aku tengok fb dia, dia memang sangat rapat dengan family dia sama ada mak, ayah dan juga adik-adik perempuan dia.

Sangat rapat dan aku sebagai orang luar pon dapat rasa kemesraan dan kasih sayang yang utuh dalam kalangan keluarga dia.

Sampai pernah terdetik dalam hati aku, kalau dia jadi suami, mesti dia akan jadi seorang suami yang baik dan juga bapa yang penyayang.

Dan aku memang ada hati pada dia. Tapi tak pernah pulak aku confess dekat dia.

Lepas habis matrikulasi, kami masing-masing bawa haluan masing-masing. Dia sambung degree dekat Selangor, aku pulak sambung dekat pantai timur.

Tapi aku dapat tawaran SPA masa aku tahun satu, so aku berhenti degree aku dan continue belajar sebelum kerja under government sector.

Masa aku first posting kerja, aku dapat daerah yang tak sama dengan tempat asal aku.

So aku duduk menyewa tak jauh dari tempat kerja aku. Bila duduk jauh dari family, jauh dari rakan-rakan, aku jadi sunyi.

So kadang aku terkenang dekat si dia. Apa khabar dia sekarang?

Macam mana hidup dia sekarang? Bila aku selalu ingat kat dia, aku selalu la buka fb dia.

Tapi dia jenis bukan selalu update perkembangan dia. Biasa mak dia yg selalu post apa-apa pasal family diorang, mak dia tag dia, baru la keluar dekat feed dia.

So bila dah duduk menyewa sorang-sorang tu, perasaan nak berpasangan tu makin kuat. So aku decide nk confess kat si dia.

So kitaorang kan satu kelas dulu, so ada grup whatsapp kelas. So dari situ aku simpan nombor dia.

So bila dah confess, dia jujur dia anggap aku cuma sebagai kawan. Dia tolak aku cara baik.

Sedih? Memang sedih.

Patah hati aku. Memendam rasa bertahun-tahun.

Menangis berhari-hari juga la. Tapi aku tak ada penyesalan.

Sebab aku fikir, walaupun kena reject, at least aku dah mencuba. Dari tak try langsung, kalau tuptup sebenarnya dia pon ada hati kat aku, tak ke dua-dua melepas kan.

So aku belajar redha. Aku doa dekat Tuhan, temukanlah jodoh untukku.

Aku doa sungguh-sungguh. Allah Maha Mendengar.

Aku akhirnya berkenalan dengan suamiku yang sekarang.

Sebenarnya, dari masa tunang, dah nampak red flag dekat dia, tapi nak batal pon majlis dah tak lama. Fikir maruah keluarga lagi. So aku decide teruskan je la.

Lepas kawin biasa la ada turun naik. Banyak masa aku banyak sangat bersabar.

Mungkin sebab diam aku tu, suami aku makin seronok pijak kepala aku. Memang dah takde rasa hormat kat aku isteri dia ni.

Makian tu memang selalu la jadi makanan aku setiap hari. Benda kecik pon boleh kena marah.

Aku tetap bersabar. Sebab aku tak nak besarkan masalah.

Lagi-lagi kami dah ada anak-anak. Aku tak tau nak ubah macam mana cara dia tu.

Aku dah cuba cakap baik-baik, tak jalan. Kadang bila aku burn out, memang aku lawan balik.

Bila time sedih sorang-sorang fikir masalah dengan suami ni, syaitan pon banyak berbisik kat telinga aku. Sampai terdetik di hati aku, kalau si dia kawin dengan aku, mesti hidup aku tak macam sekarang ni.

Astagfirullah. Kadang kalau aku tersedar, cepat-cepat aku istighfar. Cuba buang fikiran tu jauh-jauh.

Setiap kali selepas solat, aku doa sungguh-sungguh kat Allah, berilah yang terbaik untuk rumah tangga ini.

Aku dapat tawaran sambung belajar. Selepas menambah, menolak, mendarab dan membahagi, akhirnya aku terima tawaran tu.

Suami berat hati, tapi dia tau aku memang nak sambung dari sebelum aku kawin lagi. So dengan berat hati, dia lepaskan aku pergi.

Dia jaga anak-anak dengan bantuan mak aku yang tinggal tak jauh dari rumah kami.

Masuk minggu kedua aku dekat tempat belajar, suami dah mula buat hal.

Ke mana saja aku pergi, kena inform dia. Secara detail yaa. Kat mana, untuk apa, dengan siapa, makan kat mana, duduk dengan siapa. Semua la.

Aku okay je kalau nk inform dia, tapi kadang aku rasa rimas. Sampai cousemate aku yang ada boyfriend pon tak selalu nak update sedetail aku ni yang dah kawin.

Tapi aku sabar lagi. Cuma ada satu kali, cousemate buat makan-makan kat mall.

Aku dah update hantar gambar nak keluar bilik, snap gambar dengan member, snap dalam grab, snap dah sampai mall, snap makan (makan fon kena kat tangan yaa supaya senang kalau dia call aku cepat angkat),

Snap tengah tunggu grab nak balik asrama, snap dalam grab, snap dah sampai bilik. Tapi tak lama tu dia video call.

Tanya kenapa tak video call dia. Aku cakap la. Aku dah update semua benda, tapi itu pon masih ada yang tak memuaskan hati dia. Ada saja benda nak cari gaduh.

Aku pon mengamuk la. Aku cakap jangan buat aku macam lembu kena cucuk hidung.

Ingat aku budak sekolah rendah ke nak bodoh-bodohkan aku. Buat aku macam orang takde otak.

Selama ni aku diam aku telan je apa dia suruh, apa dia cakap. Tapi bila aku dah sambung belajar ni, aku dah jadi sibuk dengan pelajaran.

Dia pulak tambah stress dalam kepala otak aku yang memang dah cukup serabut ni.

Ada baru-baru ni, dia sakit hati aku tak angkat call dia. Padahal masa tu aku mandi dan cuci baju. Tapi dia tak nak dengar dan terus block watsap aku.

Masa tu hujung minggu, so anak-anak dekat dia. So bila dia block aku, aku terus terputus hubungan dua hari dengan anak-anak aku.

Aku tak dapat tengok gambar apatah lagi vc mahu pun mendengar suara selama dua hari. Sakit hati aku.

Yang ada masalah antara kau dengan aku. Kenapa libatkan anak-anak.

Aku suruh adik aku pegi rumah aku, cakap kat suami aku yang aku nak tengok anak-anak. Tau apa jawapan dia?

Padan muka dia, biar dia tau rasa. Kau rasa?

Aku call bapa mertua aku sebab aku nak mengadu perangai setan anak dia tu. Tapi bila bercakap dengan bapa mertua aku, aku jadi sebak.

Aku takut aku menangis dan tak mampu tuturkan kata-kata. Hujung-hujung aku cuma tanya khabar dia je.

Aku sampai terfikir nak report polis. Tapi apa je polis boleh buat kan.

So aku kuburkan hasrat aku tu. Jadi bila jadi macam-macam dalam rumahtangga aku ni, sekali lagi aku teringat dekat si dia.

Dah kawin ke dia? Kalau dah, alangkah beruntungnya wanita itu.

Aku pernah terfikir, andai jodoh aku dan suami tak panjang, masihkah aku ada peluang dengan si di? Berdosakah aku?

Ingin bahagia, 

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *